Yeay!! Potluck Iftar

السلام عليكم


Excited ni!! Minggu depan kami plan nak buat potluck iftar di rumah sewa saya. Syok!! Dah terliur ni..ngee. Saya gatal sangat volunteer nak masak asam pedas, padahal tak tau masak pun. Takpe..takpe, ada seminggu lebih untuk belajar. Can't wait!


My Humble Iftar

السلام عليكم


Alhamdulillah, berjaya melewati hari pertama berpuasa. Namun sebenarnya bukan kejayaan berpuasa saja dititik-beratkan, bagaimana pengisian ibadah lah yang perlu diutamakan. InsyaAllah, moga pada hari-hari mendatang ni bertambah baik daripada segi pengisian ibadah.

Sayu rasanya bila semua housemates takde kat rumah, dan saya sendirian berbuka. Teringin sebenarnya nak balik KL, tapi kewangan tak mengizinkan lagi. InsyaAllah, minggu depan lepas gaji masuk, bolehlah balik KL bersahur dan berbuka dengan mak abah dan adik-adik.

Tadi pukul 6 saya ke pekan Kulim. Tujuan utama nak beli ikan dan barang dapur sikit, dah alang-alang beli sekali lah juadah iftar. Hari ni memang ada pasar malam kat area tu. Disebabkan lokasi param dengan pasar malam tak sama, saya beli je lah makanan yang ada di pasar malam tu. Memang tak banyak choice sebab kebanyakan peniaga bertumpu di lot-lot param. Akhirnya, saya cuma beli bihun sup saja.

Tepat pukul 7.37pm, saya berbuka dengan air blackcurrant dan bihun sup. Stok kurma belum beli pun, InsyaAllah moga esok sempat beli kat param Kelang Lama pulak.

*I wonder what were my family had for iftar~

Hati Yang Rapuh

السلام عليكم


Salam Ramadhan untuk semua. Start malam ni bertarawikh la kita. Alhamdulillah, Allah bagi peluang pada kita untuk jumpa Ramadhan lagi.

Entah mengapa tiga empat hari ni hati saya rapuh sangat. Sayu je.. Malam tadi mengadu pada En.Tunang Syg, tak pasal-pasal dia cakap macam judul lagu plak. "Hati Yang Rapuh - Rahimah Rahim". Ye..ye je En.Tunang Syg tu. Bersungguh-sungguh dia yakinkan lagu tu wujud. "Tak caya g tengok kat youtube", kata dia. Masih tak percaya ni~

Hang up call, search kat youtube.. Hahahaha yelah, memang ada la lagu tu. Dok gelak-gelak, pastu text pada En. Tunangku sayang. Kikiki..untuk beberapa ketika dia telah menceriakan hati saya. Terima kasih, Syg =)

Nama Saya Norina

السلام عليكم


Pernah tak rasa nama kita tak sesuai untuk diri kita? Ermm..ada kot~

Err bukan bermaksud tak suka nama yang mak abah bagi. Saya suka sangat, malah rasa istimewa sikit sebab tak ramai yang punya nama sama dengan saya. Mungkin 100 dalam 7 billion..hee

Walaupun seketul je nama, tapi boleh formed beberapa singkatan daripadanya. Tapi ada antara nama-nama panggilan tu kadang-kala tak sesuai untuk diri dan perwatakan. Contohnya, saya geli kot kalau orang panggil saya Ina. Sebab bagi pendapat saya, nama Ina ni sesuai dengan orang yang berperwatakan lembut gitu. Saya akui saya manja tapi saya bukan perempuan yang lembut dan sopan. Garang kot saya ni! Hahaha~ Jadi tolong jangan panggil saya Ina ya.. Erggg!

Saya dah biasa dengan nama Norin. Mungkin la nama tu ada bunyi-bunyi kelembutan..eceh! Tapi bagi saya, ia takde lah selembut nama Ina..hehe~ Kalau di Utara ni, depa panggil saya Nurin. Tak tau pasai pa, lidah depa biasa sebut lagu tu kot.

Ada juga yang panggil saya dengan nama Rina. Ermm..yang ni ok gak la, walaupun tak biasa. Ada aura tegas dan ganas dalam nama tu..kikiki~

Last but not least, saya sangat suka kalau orang panggil saya Norina. Penuh maknanya..'Cahaya kami' eh?


Stress Out!

السلام عليكم


CikRean tiba-tiba rasa risau dengan persiapan untuk majlis nanti. All this while I thought everything will be alright until yesterday. This is all because of money. Persiapan itu bukan over budget, tapi budget tu makin lama makin sukar dicapai. The budget is accumulated every month, but since we having financial crisis, it's very distressful.

Oh, CikRean sedang sungguh stress!!


Bulan.Penuh.15.Syaaban

السلام عليكم


Salam Nisfu Syaaban untuk semua. Hari ni ramai yang berebut kumpul pahala berpuasa sunat. Malam semalam ramai juga baca Surah Yaasin dan mohon keampunan dari Allah SWT. Alhamdulillah~

Cerita saya, malam semalam tidur awal selepas Isyak dengan harapan boleh bangun awal juga. Tapi waktu terjaga tu dah pukul 4.49am. Alamatnya bangun jerang air untuk masak mi segera sajalah. Usai saja makan sahur dah pukul 5.30am. Ermm..takpelah, Imsak pun pukul 5.36am.

Lepas sahur terus mandi dengan perut kenyang *sangat tak bagus untuk kecantikan, oke*. Semangatnya rasa nak puasa sunat hari ni. Syok sangat sebab kawan-kawan semua dah pakat-pakat nak iftar sama-sama Maghrib nanti. Tapi Allah Maha Berkuasa, rupanya hari ni dah ditakdirkan bermula kitaran haid yang baru. Sedih juga tak dapat sempurnakan puasa hari ni. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, maka bertawakkal saja. Moga Allah berikan pahala pada niat yang baik itu.

Ok, kejap lagi nak jumpa kawan-kawan kat Kapitan. Walaupun tak puasa, nak gak join dorang iftar. Menu apa agaknya kejap lagi? Tandoori Nan Set? Milani? Atau Nasi Beriani Ayam lagi? Cuba sesuatu yang baru mungkin~




Random.Talk

السلام عليكم


Ermm..bosannya. Dah 3 malam berseorangan di rumah. Housemates dua-dua takde, dorang balik kampung. Switched on TV tapi tak tengok, saja biarkan untuk wujudkan rasa riuh kat rumah. Mata dan tangan dok focus kat PC; layan fesbuk yang makin membosankan. Bosannya, rasa nak melompat-lompat hilangkan bosan.

Jumaat nanti nak balik KL la, mati kutu duduk sorang-sorang kat sini. Sabtu lepas ada gak keluar dengan Siti. Tapi hari Ahad takde aktiviti kecualilah menjelang petang. Tapi bila kat rumah, termanggu sorang-sorang. Nak jalan ke sana-sini pun perlu duit. Sejak dapat newsletter, semakin beringat-ingat untuk belanjakan duit. Apa-apa pun boleh jadi semasa gawat ni.

Petang tadi lepas kerja, g singgah saloon untuk trim rambut. Rambut semakin kasar sekarang ni, ditambah pulak dengan hujung bercabang. Bila guna shampoo anti-dandruff ni jadi camtu lah. Kulit kepala mungkin elok, tapi rambut jadi kering plak. Frizzy semacam~ Frizzy hair kadang-kadang cantik juga, tapi tengok bentuk muka gak kot.


Dalam berjimat-jimat, terberkenan pulak serum rambut kat saloon tadi. Haish, semoga pelaburan ni terjamin hasilnya. Kalau ok, lepas ni nak beli produk lain dalam rangkaian yang sama. Pernah rasa shampoo dan tonic dalam rangkaian ni masa buat hair treatment sebelum ni. Best juga lah, sejuk je kulit kepala. Takpe lah, guna serum ni dulu ye.

Entiti.Hijau

السلام عليكم



Ehehehe... =D


up