السلام عليكم
Salam Nisfu Syaaban untuk semua. Hari ni ramai yang berebut kumpul pahala berpuasa sunat. Malam semalam ramai juga baca Surah Yaasin dan mohon keampunan dari Allah SWT. Alhamdulillah~
Cerita saya, malam semalam tidur awal selepas Isyak dengan harapan boleh bangun awal juga. Tapi waktu terjaga tu dah pukul 4.49am. Alamatnya bangun jerang air untuk masak mi segera sajalah. Usai saja makan sahur dah pukul 5.30am. Ermm..takpelah, Imsak pun pukul 5.36am.
Lepas sahur terus mandi dengan perut kenyang *sangat tak bagus untuk kecantikan, oke*. Semangatnya rasa nak puasa sunat hari ni. Syok sangat sebab kawan-kawan semua dah pakat-pakat nak iftar sama-sama Maghrib nanti. Tapi Allah Maha Berkuasa, rupanya hari ni dah ditakdirkan bermula kitaran haid yang baru. Sedih juga tak dapat sempurnakan puasa hari ni. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, maka bertawakkal saja. Moga Allah berikan pahala pada niat yang baik itu.
Ok, kejap lagi nak jumpa kawan-kawan kat Kapitan. Walaupun tak puasa, nak gak join dorang iftar. Menu apa agaknya kejap lagi? Tandoori Nan Set? Milani? Atau Nasi Beriani Ayam lagi? Cuba sesuatu yang baru mungkin~
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!