السلام عليكم
Ermm..bosannya. Dah 3 malam berseorangan di rumah. Housemates dua-dua takde, dorang balik kampung. Switched on TV tapi tak tengok, saja biarkan untuk wujudkan rasa riuh kat rumah. Mata dan tangan dok focus kat PC; layan fesbuk yang makin membosankan. Bosannya, rasa nak melompat-lompat hilangkan bosan.
Jumaat nanti nak balik KL la, mati kutu duduk sorang-sorang kat sini. Sabtu lepas ada gak keluar dengan Siti. Tapi hari Ahad takde aktiviti kecualilah menjelang petang. Tapi bila kat rumah, termanggu sorang-sorang. Nak jalan ke sana-sini pun perlu duit. Sejak dapat newsletter, semakin beringat-ingat untuk belanjakan duit. Apa-apa pun boleh jadi semasa gawat ni.
Petang tadi lepas kerja, g singgah saloon untuk trim rambut. Rambut semakin kasar sekarang ni, ditambah pulak dengan hujung bercabang. Bila guna shampoo anti-dandruff ni jadi camtu lah. Kulit kepala mungkin elok, tapi rambut jadi kering plak. Frizzy semacam~ Frizzy hair kadang-kadang cantik juga, tapi tengok bentuk muka gak kot.
Dalam berjimat-jimat, terberkenan pulak serum rambut kat saloon tadi. Haish, semoga pelaburan ni terjamin hasilnya. Kalau ok, lepas ni nak beli produk lain dalam rangkaian yang sama. Pernah rasa shampoo dan tonic dalam rangkaian ni masa buat hair treatment sebelum ni. Best juga lah, sejuk je kulit kepala. Takpe lah, guna serum ni dulu ye.
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!