Sampai kat sana, buat pendaftaran dan terus masuk ruang rawatan. Ramai orang sana usik Adik Shukor, ingatkan aku ni awek dia la. Tapi yang paling tak best, impression yang sorang nurse berikan pada aku. "Eaa..campak. Alamak!". Sedih aku dengar dia kata camtu, siap pakai sarung tangan hanya untuk check bp dan denyut jantung. Hina sangat ke orang yang kena chicken pox ni?
Aku terkilan dengan sikap dia sebagai nurse yang ada sifat bias terhadap patient. "Bukan tak nak guna tangan, tapi takut berjangkit". Adik Shukor pun jawap "Kalau dah pernah kena, takkan kena lagi kot". Tak mengalah, nurse tu cakap "Kalau Allah kata nak kena, tak kira lah dah kena ke belum". Haaa tau pun, kalau dengan sikap kamu yang tak ikhlas melayan pesakit, tak mustahil kamu akan terkena lagi.
Selepas tu, aku terpaksa tunggu untuk setengah jam hingga Dr. sampai. Dibiarkan sorang2 kat kerusi rawatan tu. Ada sorang nurse lain dah pegang dah fail aku, bila dia nampak aku je terus dia letak balik fail tu. Sedih betul rasa nak menangis, aku betul2 sakit dada bukan main2. Kalau tak sakit, aku tak datang. Boleh diorg buat cmtu pada patient, boleh plak pilih2 patient.
Aku ceritakan sakit aku pada Dr. Dia kata memang ada kemungkinan luka di dalam sebab ada kes chicken pox kena sampai ke peparu. Tapi mungkin juga aku gastrik aje, jadi dia bagi MMT untuk legakan sakit di dada. Kalau dalam masa 3 4 hari tak OK, datang balik ke sana. Dia juga bagi aku MC 13 hari sampai 28/Nov.
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!