Tengah minggu nanti saya akan pulang ke KL untuk hadiri interview dgn SPA bagi jawatan PLV. Jujurnya saya tidak meletakkan harapan untuk terpilih bagi jawatan itu. Cukuplah mendapatkan pengalaman ditemuduga dalam sektor awam. Sekurang-kurangnya saya mendapat overview dan bakal berguna untuk saya pada masa depan. Tapi apasal la tak buat hari Jumaat ke, bolehlah saya bercuti hingga Maulud Nabi nanti. Terpaksalah saya pulang dua kali dalam seminggu itu. Ntah ape saya akan buat di sini kalau saya tak pulang sedangkan housemate saya semua ke rumah masing2.
Oh ye, saya nak hadiri majlis resepsi teman semasa di matrikulasi dulu; Dianah dan pasangannya pada hari Ahad itu. Tahniah pada Dianah!! InsyaAllah saya akan ke sana dengan Shu..
Hidup di perantauan (eceh bunyinya macam berjuta-juta batu aje)..memang sunyi. Saya sering merindui orang-orang yang tersayang. Tapi mujur saya akan pulang dalam masa terdekat ini. Dapatlah saya bermanja dengan mak abah nanti..hehe. Tapi pun tetap tak dapat jumpa orang yang selalu teringat. Dia dh ke tempat yang lebih jauh dari sebelum ini..berkhidmat.
2 comment(s):
Berkhidmat utk negara
yeah..berkhidmat untuk negara! wish u all the best..
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!