segan @ geram ? dua2 pun ada

Jelak dan rasa annoying plak bila hampir setiap hari officemate saya bertanya apa saya buat hari ini. Yelah, dorg je yang busy dan byk kerja tapi saya duduk2 saja. Tapi saya tak minta mcm tu pun. Bukan saya tak tanya langsung pada supervisor saya apa2 kerja yang boleh saya buat, kan..

Mentor ada bagi slide2 yang perlu saya review untuk saya lebih faham process yang berlaku. Memandang monitor dengan cuma jari telunjuk mengetuk mouse membuat saya mengantuk. Saya perlukan kerja yang semua jari dan otak saya bekerja. Jika boleh, saya juga mahukan kerja yang memerlukan saya berjalan.

Semalam, saya menghabiskan masa lebih sejam hanya untuk mengisi masa saya yang amat lapang itu di dlm FA lab. Menyibuk di sana sambil menambah pengetahuan saya tentang operasi di dlm lab tu. Bertanya itu ini sedikit sebanyak saya mula memahami mengapa analytical service yang saya request selalu ambil masa sekurang2nya seminggu untuk siap. Jadi selepas ini, tidaklah saya merungut sekiranya result yang saya perlukan lambat saya terima.

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up