Updated
Lets go back to the interview session. There were two interviewers; a Malay technical officer and a Chinese JPA officer. The first Q was
Siapa nama?
Simple Q tapi saya telah jawap dengan panjang lebarnya. Selesai jawap, saya diam dan mereka juga diam. Saya hairan, then the Chinese officer tanya
Awak dengar tak soalan saya? Saya tanya nama saja, kan?
S***!! Saya telah menjatuhkan diri saya sendiri. Serta merta saya jadi cuak dan sedih kerana belum apa-apa lagi saya sudah merosakkan segalanya.
Apa kualiti yang perlu bagi seorang PLV?
Saya jawap
Dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan dan difahami
Saya lihat, the Chinese officer tak puas hati dengan jawapan saya. Dia mahukan saya berikan jawapan yang lain. Dan saya jelas dengan point yang dia mahukan. Dia sekali lagi mahu menghentam saya.
Selain itu, apa yang paling penting?
Huh saya dah agak dia akan tanyakan soalan itu. Dia memang tak puas hati. Takpe2..jangan mengalah.
Ok, saya minta maaf dengan hal tadi. Saya tahu point yang tuan pengerusi
mahukan. Kualiti yang penting yang perlu ada bagi seorang PLV ialah dia
seorang good listener. Dia tahu apa yang pelajarnya mahukan.
Haa..selepas itu saya dihentam lagi. Dia berikan saya cabaran dan juga nasihat. Banyak juga soalan yang dia lemparkan supaya saya berfikir dan mengkaji. Overall, dia memang banyak menghentam saya, tapi saya berterima kasih padanya kerana sedikit sebanyak dia telah membuka mata saya.
Tidak kira apa pun kerja yang kita lakukan, lakukanlah dengan dedikasi dan sepenuh usaha. Tempuhilah cabaran kerja itu dan jangan lari daripada cabaran2 itu kerana orang yang berani menempuh cabaran itulah orang yang hebat dan berjaya.
Soalan technical yang ditanya dalam interview itu cuma 1 saja. Saya ulang, 1 saja OK...
Berikan saya Hukum Kirchoff bagi arus dan voltan
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!