♥ saya sayang mak saya ♥

Dah dekat seminggu tak update virtual diary ni melalui lappy sendiri gara-gara tertumpahkan air kat lappy yang baru berusia setengah tahun tu. Kali terakhir update pun dari office. Rindu sangat dengan habit sehari-hari. Rindu pada blog ni, rindu pada fb..

Hari ni saya update dari KL, sampai di sini pukul 12 malam semalam. Siang tadi keluar dengan Sayang. 9 jam bersama dia. Daripada plan asal untuk ke PWTC tengok KLIBF, cancelled terus balik ke Selayang sebab tak sanggup meredah jammed.

Pengalaman yang lucu bila tukar driver di dalam kereta di tengah-tengah sesaknya jalanraya KL. Dia sangat mengantuk dan kurang fasih (blh ke guna perkataan ini? belasah je la..) dengan jalan kat situ. Saya pandu kereta dia dari Jalan Putra sampailah ke Tesco Jalan Ipoh. Dia...?? tidur di sebelah. Kesian Sayang saya, dia letih terpaksa pandu dari JB sampai ke KL demi saya (terharu sungguh).

Lepas makan di Tecso Jalan Ipoh, headed to Taman Metropolitan Kepong. Sambil duduk-duduk tengok tasik dan budak-budak (plus orang tua) main layang-layang, cakap pasal perut buncit..hehehe. Balik rumah tambah lagi buncit perut dengan masakan mak yang sedap.

Hurm..memori tu masih segar (mungkin sebab baru). Beratnya hati nak lepaskan dia balik tadi. Tak puas tengok muka dia, tapi malu plak kalau nak tengok lama-lama. Segan.. Agaknya itulah rasanya CINTA..huhu

I am EMO Queen

So many things to think about
Too many story to tell
But I don't know where to start
Feel miserable, so gloomy


Kerja vs. Kawen

Aku dalam dilema. Aku nak teruskan kerjaya ini. Aku ingin di sini. Tapi aku mahu juga menggapai impian yang lain; kawen.. Aku terpaksa buat keputusan sama ada terus di sini dan tangguh, atau berhenti dan teruskan impian itu. Seolah-olah aku tak dapat memiliki kedua-duanya. Tak boleh ke??

Dah tiga orang nasihatkan aku dengan pendapat yang sama; kawen dulu then barulah fikir kerja sama ada terus di sini atau cari peluang yang lain. "Lepas kawen, InsyaAllah Dia bagi jalan. Tapi buat Istikharah dulu. Istiharah ni bukan maksud Dia bagi kita pertunjuk dan dan tu jugak. Sekurang-kurangnya hati kita tenang bila kita dah letakkan keputusan ke tangan Dia"

"Boleh kalau kita nak lepaskan kerja yang ada, tapi tengok jugak sama ada dia dah stabil atau tak. Kalau dia pun tak stabil lagi, sama ada tunggu atau move on. Lagipun baru je berkawan, kan." Uhuk =( relakah hati ini?

P/S “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216

2 hari ini...

Semalam saya ke Penang Island sebab big boss ajak the whole department + jiran department makan malam kat umah dia. Walaupun saya tinggal kat Kulim ni, saya jarang sangat g ke bahagian pulau sana. Selalunya saya berkeliaran di bahagian mainland je.

Pukul 6 petang saya gerak ke umah Shafaq kat Taman Pauh, dari situ terus ke island. Belum pun pukul 7 malam, kami dah sampai kat USM untuk tumpang solat Maghrib kat situ. Selepas solat Maghrib, kami konvoi bersama Kak Lisa, Kak Jihan dan Zura ke umah big boss; Arjun.


Sampai je kat sana, colleagues yang bukan muslim dan famili masing-masing dah ramai + sesi makan-makan belum bermula. Uhuk..saya dah la lapar sangat masa tu sebabnya memang simpan perut untuk dinner tu..hahaha. Bila caterer start bukak penutup tray tu, sayalah antara orang-orang yang mula beratur..lapar okay!

Yang paling best masa dinner tu adalah ice cream! Saya makan sampai dua cup, dah macam budak-budak. Arjun dan isteri dia sangat peramah, then takde la rasa kekok sangat. Selesai makan, jom balik.. Tapi Shahrol cadangkan kitorang sambung lepak kat Padang Kota plak. Yelah terlanjur dah ada kat island tu, lepak-lepak la dulu (**encik kekasih tak berapa berkenan bila saya guna perkataan lepak-lepak ni..huhu).

Masa tu awal lagi, belum pun pukul 10. Shahrol ajak naik satu kereta je, so kereta saya dan Amy diparkir kat umah Shahrol. Belum pun sampai kat Padang Kota, hujan dah turun. Kami pusing-pusing cari tempat lain yang tak hujan. Tapi hujan sentiasa ikut ke mana kami pergi, so tak jadilah lepak. Walaupun tak lepak makan rojak/pasembor, pusing-pusing tu je dah ambil masa sejam. Dekat pukul 11, kami balik ke umah Shahrol untuk ambil kereta dan balik ke mainland.

Saya tak terus balik ke Kulim, sebaliknya tidur kat umah Shafaq. Pagi tadi selepas Subuh saya gerak balik ke Kulim. Sampai Kulim, saya singgah kat Sg. Ular untuk beli sarapan; nasi lemak RM1. Plannya lepas makan nak tidur, tapi macam tak best plak. Ambil baldi kat toilet, sabun dan berus sabut.......basuh kereta. Main-main buih + air, best jugak. Tapi penat betul..! Kereta siap disapu wax lagi, mana tak penat. Masa basuh dan wax kereta tu, kecewa gak bila tengok kesan calar-balar kat buah hati no.2 tu.





Ada yang saya buat, ada yang adik buat, ada gak yang kena masa abah drive; motorsikal langgar. Yang paling teruk, yang saya buat la. Gesel dengan tiang kat carpark Giant Kulim.


I will survive la!

So funny this people, plus so mean. Hahaha..just because we didn’t agreed and obeyed for their talk, they would just put us aside. Hence, they would dare to take back all that they had given to us. In fact, not their money that supports all those things before. They are only have the name, but not own the money. Hahaha..what la! I hope this people success with their greedy and stingy attitude (at least in this world, donno whether they could in hereafter).




P/S "It is dangerous to be sincere unless you are also stupid." - George Bernard Shaw. Think I am stupid silly~

Poya-Poya @ Kuala Ketil

(I'm still learn English, pls forgive my Manglish)

This is an update for previous entry.

We went to Kuala Ketil; about half an hour from Kulim to respect Azrin's invitation on her sister's wedding. The 'journey' to Kuala Ketil was teasing our patient. Why? Because we have to drove behind the sluggish truck before us. To over-take the truck was too risky because the road condition is not allowed us to do so.

At the wedding, we were having a good time and we created our own world. Hahaha..so much fun for being together. Let's enjoy the photo (nah..not from DSLR, but the quality is still good)

Besides the bride, this was super gorgeous during the wedding. Hence, the flowers is our fav props in most photos.

ke Mentaloon

Majlis bertandang Su : Ahad, 14 Mac 2010

Amek gambo dlu sementara tunggu Husna

Take 2!

Cantik. Semoga kekal hingga akhir hayat..

kenuri-kenuri

2 hari ni g kenduri org je.. semalam g Kuala Ketil; kenduri kat umh Azrin. Kakak Azrin kawin.. Hari ni g Alor Star plak; kenduri Su kat sebelah suami dia plak.

Intai-intai FB, kat Home je dh nmpk photos kenduri kkwn kat Selayang/KL. Perasaan berbaur sebab xdapat attend wedding dorg. Kalau dorg jemput pon, xdapat attend sbb duk jauh. Skg duk kje kat Kulim, klu ade cuti barulah blk Selayang. Klu time cuti tu dorg kenduri, blh la attend. Uhuk rasa sedih xdapat attend dan join the gathering. Klu dorg xjemput plak, rasa kecik ati cket. Tp bkn blh join..uhuk =`(

Ish..xmo la sedih-sedih. Jom, nk siap g kenduri Su.. See ya later (nt nk update ngn photo kat umh Azrin)

Sushi? My first time

Today I had my lunch @ Sakae Sushi.
In the first place, it was really awkward to me when Kak Lisa said we will have welcome lunch for our new group member @ sushi place. It is because I do not eat raw food. I do not even eat ulam, not because I do not like them but I tak reti.

Sob..Sob..I'm Sobbing - part 3

saya menangis... tapi mengapa? apa yang saya sedihkan? saya rindukan dia ke? tak..tapi saya menangis. saya sangat sedih dan mohon supaya Allah memelihara saya.
source:Google

saya menangis sebab INI!

Lesen Baru Ku =(

Tak cantik la dorg wat lesen saya.. =(
Potong tak cantik gambar tu, senget..uhuk kecik ati
Agaknya Pn.Azie menggigil sebab lapo sangat sampaikan senget gambar saya dia potong


free P

Selamat tinggal lesen yang telah kujaga dan kubelai selama dua tahun..(ceis poyos giler ayat wa!)

Siang nanti lesen ini bakal digunting oleh officer JPJ Kulim. Uhuk sedih plak..tp dalam masa yang sama happy sebab dah bebas P. Pasni kalo ade terbuat kesalahan pon tak la kena merit. Ihik..ntah pape ntah kamu neh, Norina.

Sebabkan tak aware, rupanya dah 4hari lesen neh mati. Tarikh tamat lesen 3-March, tapi dua hari lepas pon masih boleh g Transkrian jenguk Eryna. Semalam baru perasan lesen dah mati, beristighfar sekejap. Seb baik tak kena tahan semalam, klu tak..sia-sia je weh!

El-Nino Effects

Got nu hair!

After attended religious class, headed to hair saloon

A Muslimah hair saloon and cost RM15

A cute short hair cut but looks funny after washed..huhu

Will takes months to grow longer as previous

Love the long hair but cant takes the hot weather

The nu hair is quite funny, precise Wolverine..haha
.
.
.
.
.



~latest update~


This is Eryna Batrisyia. Just came back from visiting her at Awatif's home; Tmn Ilmu. Her age is 3months old (or should I used young?)


Born on Dec 2nd, she know how to smile when her mommy said " Batrisyia senyum..." Hehehe.. When I reached there, she was breastfeeding by her mommy and soon after that she fell to sleep.

closed up



maaf kalau saya hati kering

Bongok sangat ke sampai langsung tak tau besekedudukan itu HARAM? Hish tak tau nak cakaplah..rasa geram sangat dengan wanita itu. Maaf saya langsung tak rasa kasihan dengan kamu. Mungkin kepergian permata hati kamu itu adalah balasan terhadap kejahilan kamu itu. Walaupun saya marah dengan kejadian itu dan sedih atas kepergiannya serta kesengsaraan yang telah dia lalui, namun saya bersyukur pada-Nya sebab dia tidak perlu melalui penghinaan orang sekeliling atas dosa ibunya serta tidak perlu lagi dianiaya oleh binatang itu. Saya sangat menyampah tengok muka kamu di dada-dada akhbar mahupun di kaca TV. Jujur, tak ada rasa kasihan kepada kamu. Atas kebodohan dan kemaksiatan yang kamu lakukan, permata hati kamu yang merana.


up