Kerja vs. Kawen

Aku dalam dilema. Aku nak teruskan kerjaya ini. Aku ingin di sini. Tapi aku mahu juga menggapai impian yang lain; kawen.. Aku terpaksa buat keputusan sama ada terus di sini dan tangguh, atau berhenti dan teruskan impian itu. Seolah-olah aku tak dapat memiliki kedua-duanya. Tak boleh ke??

Dah tiga orang nasihatkan aku dengan pendapat yang sama; kawen dulu then barulah fikir kerja sama ada terus di sini atau cari peluang yang lain. "Lepas kawen, InsyaAllah Dia bagi jalan. Tapi buat Istikharah dulu. Istiharah ni bukan maksud Dia bagi kita pertunjuk dan dan tu jugak. Sekurang-kurangnya hati kita tenang bila kita dah letakkan keputusan ke tangan Dia"

"Boleh kalau kita nak lepaskan kerja yang ada, tapi tengok jugak sama ada dia dah stabil atau tak. Kalau dia pun tak stabil lagi, sama ada tunggu atau move on. Lagipun baru je berkawan, kan." Uhuk =( relakah hati ini?

P/S “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up