2 hari ini...

Semalam saya ke Penang Island sebab big boss ajak the whole department + jiran department makan malam kat umah dia. Walaupun saya tinggal kat Kulim ni, saya jarang sangat g ke bahagian pulau sana. Selalunya saya berkeliaran di bahagian mainland je.

Pukul 6 petang saya gerak ke umah Shafaq kat Taman Pauh, dari situ terus ke island. Belum pun pukul 7 malam, kami dah sampai kat USM untuk tumpang solat Maghrib kat situ. Selepas solat Maghrib, kami konvoi bersama Kak Lisa, Kak Jihan dan Zura ke umah big boss; Arjun.


Sampai je kat sana, colleagues yang bukan muslim dan famili masing-masing dah ramai + sesi makan-makan belum bermula. Uhuk..saya dah la lapar sangat masa tu sebabnya memang simpan perut untuk dinner tu..hahaha. Bila caterer start bukak penutup tray tu, sayalah antara orang-orang yang mula beratur..lapar okay!

Yang paling best masa dinner tu adalah ice cream! Saya makan sampai dua cup, dah macam budak-budak. Arjun dan isteri dia sangat peramah, then takde la rasa kekok sangat. Selesai makan, jom balik.. Tapi Shahrol cadangkan kitorang sambung lepak kat Padang Kota plak. Yelah terlanjur dah ada kat island tu, lepak-lepak la dulu (**encik kekasih tak berapa berkenan bila saya guna perkataan lepak-lepak ni..huhu).

Masa tu awal lagi, belum pun pukul 10. Shahrol ajak naik satu kereta je, so kereta saya dan Amy diparkir kat umah Shahrol. Belum pun sampai kat Padang Kota, hujan dah turun. Kami pusing-pusing cari tempat lain yang tak hujan. Tapi hujan sentiasa ikut ke mana kami pergi, so tak jadilah lepak. Walaupun tak lepak makan rojak/pasembor, pusing-pusing tu je dah ambil masa sejam. Dekat pukul 11, kami balik ke umah Shahrol untuk ambil kereta dan balik ke mainland.

Saya tak terus balik ke Kulim, sebaliknya tidur kat umah Shafaq. Pagi tadi selepas Subuh saya gerak balik ke Kulim. Sampai Kulim, saya singgah kat Sg. Ular untuk beli sarapan; nasi lemak RM1. Plannya lepas makan nak tidur, tapi macam tak best plak. Ambil baldi kat toilet, sabun dan berus sabut.......basuh kereta. Main-main buih + air, best jugak. Tapi penat betul..! Kereta siap disapu wax lagi, mana tak penat. Masa basuh dan wax kereta tu, kecewa gak bila tengok kesan calar-balar kat buah hati no.2 tu.





Ada yang saya buat, ada yang adik buat, ada gak yang kena masa abah drive; motorsikal langgar. Yang paling teruk, yang saya buat la. Gesel dengan tiang kat carpark Giant Kulim.


2 comment(s):

LeeNaz said...

hahaa...tu la kan..bila basuh kete sendiri baru la napak kesan calar balar kat kete..masa bwk sedap jek..kekee...

nOtCinDeReLLa said...

tu calar akibat 'xcident', naz.. calar akibat cuci kat kedai blm kira lg. agaknya berus dawai kot yg mesin tu guna. so moral of the story, lebih baik cuci guna tangan sendiri. jgn g kedai cuci ngn mesin. calar + xbersih pon..

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up