Alhamdulillah, Allah give him an opportunity to built his career once again. Even though he has to start it all over again, for me this is a big rahmat from Allah. Thank you, Allah.
Alhamdulillah, Allah give him an opportunity to built his career once again. Even though he has to start it all over again, for me this is a big rahmat from Allah. Thank you, Allah.
Haa comel kan?
Glory Jane mengisahkan tentang Yun Jae In yang dipinggirkan selepas kematian ayahnya dalam kemalangan oleh kawan baik ayahnya yang tamak. Selepas 17 tahun hidup terpinggir di rumah anak yatim, dia yang hilang ingatan terhadap keluarganya muncul menuntut hak selepas mengetahui kisah sebenar. Pastinya ada juga kisah cinta yang terselit dalam series ini. Terbuai-buai jugak perasaan tu.
Sekarang dah episod ke-20 dah, ada lagi 4 episod untuk melengkapkan series ni. Ha apa lagi, tengok jangan tak tengok! Syok~
Errr..message dari Abg Apis. Alahai, ada rasa getar dalam hati. Ya Allah, rasa takut nak buka message, takut kalau-kalau bukan berita baik.
Embah kanang beransur pulih. Kepada saudara2ku setiap kali lepas solat sama2 doakn kesejahteraan embah kanang dan embah yah. Semoga Allah SWT memberi kesihatan yg baik, kekuatan iman serta rezeki yg melinpah ruah utk embah kanang dan embah yah. Amin...
Aminn.. Alhamdulillah. Syukur~
Malam Sabtu lepas semasa bersalam dengan Mbah, tangannya masih panas. Keesokan harinya dia masih lemah. Betul, makan pun tak lalu. Siwo belikan tulang-tulang lembu, Mbah minta Mak masakkan. Saya pulak buatkan moi supaya dia boleh makan dengan sup tulang tu. Baru dua sudu, dah tak mahu dah. Abah belikan glukos perasa oren dan oat. Abah ingatkan oat yang dibeli tu oat kosong, rupanya 3in1. Bagi jugaklah Mbah makan, biar dia ada tenaga sikit, tapi kata dia manis sangat. Dia prefer barli yang direbus. Glukos oren yang dibancuh tu pun dia suka. Suka? Ermm..tak tau apa perkataan yang sesuai untuk gantikan perkataan doyan
Hari Ahad tu nampaknya Mbah dah bertenaga sikit. Pagi tu Mbah makan sebiji apam dengan dua ketul keladi yang mak rebus. Rasa senang hati tengok Mbah dah mula makan banyak. Dah borak-borak dengan anak dan menantu pasal politik lagi, haahh dah mula sehat la tu. Alhamdulillah, syukur sangat Mbah mula kembali lantang dan bertenaga.
Terima kasih Ya Allah kerana Kau memperkenankan doa kami. Hanya PadaMu kami meminta pertolongan.
Sebelum ni ada plan nak balik kampung sebab adik En.Syg punya majlis hari Ahad ni. Tapi rasa tak jadi nak balik sebab rasa letih sangat kebelakangan ni. Dah beritahu pun kat Mak yang saya tak jadi balik. Kalau balik, Mak Abah harapkan saya bawa kereta balik, bukan naik bus. Bila fikir-fikir, tu yang letih tu. Kan baru je pindah rumah sewa, letih mengemas dan memunggah pun belum hilang lagi.
Lepas Mak called, saya pun called Mbah bertanya khabar.
"Mbah dah sehat, Mbah?"Eh, lain macam je ni. Hati si tua, makin tua makin sensitif.
"Cmni la, Ren. Sehat pun tak, mati pun belum"
"Mbah dah makan?"
"Makan pun tak lalu la, Ren"
"Makan la, Mbah. Sikit pun jadilah, jangan tak makan langsung"
"Yelah, makan sikit la tu. Sesudu je, lepas tu dah tak lalu".......
"Ko bila balik?"
"Minggu ni Noren tak jadi balik la, Mbah. Letih, baru pindah. Kenduri adik ***** pun tak pegi la"
"Ohh.."....
"Yelah, takpe lah kalau dah tak balik. Tapi jangan sampai menyesal"Huhuuu..ayat punyalah saiko untuk cucunya. Ni aku lemah ni.. Tak boleh jadi camni! Kena balik jugak. Takpe lah berkorban sikit. Besar pahalanya kalau kita berbuat baik dan menggembirakan hati orang tua. InsyaAllah, Allah akan balas dengan beri tenaga yang kuat untuk jalani kehidupan. Aminnn~
Petang ni gerak balik KL dulu, tapi naik bus la. Esok pagi, dengan Mak Abah dan adik-adik, konvoi dengan Abg Yus sekeluarga gerak balik Sagil.
Mbah Kanang, here I come. Love you..!
Lepas sarapan kat cafe, terfikir nak amik half-day AL. Saya bukannya tak sehat sangat pun, saya cuma letih. Tambah pulak dengan mabuk hari pertama menses. Hurmm..sejak usia bertambah ni, bila tiba je masa menses mulalah rasa pening-pening, lemah longlai. Mujur boss bagi permission walaupun emergency applied leave.
Sampai je kat rumah sewa ni, tukar baju terus tidur sampai kul 5pm. Tu la, syukur Allah bagi nikmat menses pada perempuan, dapat rehatkan diri. Bangun tidur tadi ada lah rasa segar sikit, tapi pening-pening lagi. Layan kartun sambil tunggu Tentang Dhia bersiaran. Habis cerita Dhia, lori yang hantar almari dapur gas sampai. Berkemas-kemas dapur dan bilik, kemudian barulah mandi. Sekarang bilik pun dah teratur sikit. Selain almari dapur gas, saya rembat almari baju dengan penyidai telekung jugak. Murah je almari tu, RM250..oke lah, doesn't expect much.
Saya suka nak gantung semua baju, sebab saya penyegan |
Inilah motif utama buat survey kat kedai perabot |
Malam Sabtu lepas tengok Puss in Boots, malam tadi tengok Ombak Rindu pulak. Sebenarnya teringin nak buat movie marathon pada malam Sabtu tu, tapi sebabkan kawan yang saing menonton PIB kerja keesokan harinya, niat tu dikunci saja.
Tak plan pun nak tengok Ombak Rindu malam tadi. Lepas plan nak cari cat tampung calar-calar pada body kereta tak kesampaian sebab kedai tutup, saya dan housemate pergilah survey kabinet dapur gas kat pekan. Selesai survey kat sebuah kedai, terus je rasa lapar dan gatal tangan nak shopping. So kami pun menuju ke Giant; nama lain bagi Kulim Landmark Center. Sampai kat sana je dah masuk waktu Maghrib, so solat dulu. Lepas makan barulah tengok The Store sale dalam bangunan tu, rembat jugaklah sehelai seluar jeans walaupun niat asal nak cari seluar track. Sila maklum yang seluar track tak termasuk dalam senarai sale, memang takde!
Matahari di pagi Sabtu sebelum bergerak ke Cherok To'kun. Hiking konon-kononnya~ Inilah sebabnya nak sopin seluar track! |
So it's time for movie. Beli tiket kul 8.30pm untuk tayangan pukul 8.50pm, sempat nyah~ Konon-konon sebelum masuk panggung bergurau tanya ada tisu ke tak? Tapi sampai ke sudah, tisu tak diperlukan pun. Garapannya memuaskan, saya bagi 3 bintang. Hati batu betul, walaupun si Aaron menangis-nangis Kak tetap maintain..huhu. Ada adegan sedih, tapi pengarahnya cepat-cepat pancung rasa sedih dengan adegan lain pulak. Tak sempat nak melayan perasaan tu. Oke la, memuaskan. Tapi baca novel lagi syiok kot..
Lucu tengok Lisa pegang watak antagonist, tak sesuai dengan muka comelnya. Marah pun tetap comel walaupun hidung kembang-kempis menahan marah..kehkeh. Maya dan Aaron hebat, saya suka~ Tapi kan..cliche sungguh bila digambarkan Izzah seorang gadis kampung dengan gaya tudung sampai nampak anak tudung. Perlukah? Rasanya takde pun gadis kampung yang pakai gaya tudung macam tu sekarang ni. Malah, gadis kampung sekarang setanding gaya dengan gadis bandar yang bertudung. Angkat tangan kalau setuju!! Ermm mungkin ke sebab nak gambarkan suasana pada zaman 90an?? Err..tak setujulah~
Selesai movie perut pun lapar. Lepak setengah jam kat maplay, minum teh panas dengan roti canai kosong sambil tengok gelagat pengunjung yang layan Man City lawan Norwich. Bukan jiwa bola sepak antarabangsa, saya suka ayam tambatan tempatan je..huhu~
Updated on 11.51pm
Menarik jugak, rasa berbaloi walaupun terpaksa gagahkan diri drive ke Giant tadi. Enjoy gelak-gelak dengan aksi lucu kucing-kucing comel. Scene paling suka masa dalam kelab tarian malam Selasa..hee. Nak tau yang mana? Kenalah tengok sendiri ; )
27 haribulan November bermulalah episod di rumah sewa baru. Walaupun rasa sayang sangat nak tinggalkan rumah sewa lama, tapi atas faktor keselamatan haruslah berpindah supaya perkara-perkara yang tak diingini berlaku lagi.
Sebabkan nak berpindah rumah, jadi dah mula uruskan pemindahan alamat untuk Streamyx. Mula-mula plan nak terminate je, tapi macam pelik je hidup tanpa internet zaman ni. So g TM Point dapatkan borang tukar alamat. Sewa bilik kat rumah baru meningkat RM60 daripada sewa bilik yang lepas, maka terfikirlah nak downgrade plan Streamyx daripada RM110 ke RM60. Selama ni sorang-sorang guna 1Mbps tu dengan bayaran RM110 tiap-tiap bulan. Kopaklah kalau berterusan dengan sewa bilik yang meningkat. Mujurlah housemate cakap nak kongsi internet, so tak jadilah downgrade.
Kat TM Point plak dorang promote Unifi sebab area rumah sewa baru ni adalah area Unifi. Unifi sedang hangat diperkatakan dekat area Hi-Tech ni, terutamanya bagi kaki donlod. Dengan kelajuan minimun 5Mbps boleh support internet, channel TV dengan panggilan telefon. Macam syiok, tapi ini bermakna menambah beban hutang bulanan, so xmo lah. Stick to Streamyx je la.
Vendor TM datang setup line sejak 2 hari lepas, tapi baru semalam berjaya dapatkan connection. Katanya tak jumpa cari connection slot untuk line rumah sewa ni. Ntah la, tak berapa faham sangat. Tapi akhirnya berjaya jugak online semalam selepas 4 hari tanpa internet. Tahniah pada diri sendiri dan juga TM..huhu
Subscribe to:
Posts (Atom)