Ziarah.Mbah

3 hari lepas Mak called tanya ada tak call Mbah. Dengan jujur memang agak lama juga tak call. Mak beritahu yang Mbah admitted minggu lepas. Emm..tak tahu pun. Yelah macam mana nak tahu kalau tak bertanya khabar.

Sebelum ni ada plan nak balik kampung sebab adik En.Syg punya majlis hari Ahad ni. Tapi rasa tak jadi nak balik sebab rasa letih sangat kebelakangan ni. Dah beritahu pun kat Mak yang saya tak jadi balik. Kalau balik, Mak Abah harapkan saya bawa kereta balik, bukan naik bus. Bila fikir-fikir, tu yang letih tu. Kan baru je pindah rumah sewa, letih mengemas dan memunggah pun belum hilang lagi.

Lepas Mak called, saya pun called Mbah bertanya khabar.
"Mbah dah sehat, Mbah?"
"Cmni la, Ren. Sehat pun tak, mati pun belum"
Eh, lain macam je ni. Hati si tua, makin tua makin sensitif.

"Mbah dah makan?"
"Makan pun tak lalu la, Ren"
"Makan la, Mbah. Sikit pun jadilah, jangan tak makan langsung"
"Yelah, makan sikit la tu. Sesudu je, lepas tu dah tak lalu".......
"Ko bila balik?"
"Minggu ni Noren tak jadi balik la, Mbah. Letih, baru pindah. Kenduri adik ***** pun tak pegi la"
"Ohh.."....   
"Yelah, takpe lah kalau dah tak balik. Tapi jangan sampai menyesal"
Huhuuu..ayat punyalah saiko untuk cucunya. Ni aku lemah ni.. Tak boleh jadi camni! Kena balik jugak. Takpe lah berkorban sikit. Besar pahalanya kalau kita berbuat baik dan menggembirakan hati orang tua. InsyaAllah, Allah akan balas dengan beri tenaga yang kuat untuk jalani kehidupan. Aminnn~

Petang ni gerak balik KL dulu, tapi naik bus la. Esok pagi, dengan Mak Abah dan adik-adik, konvoi dengan Abg Yus sekeluarga gerak balik Sagil.
Mbah Kanang, here I come. Love you..!

1 comment(s):

nOtCinDeReLLa said...

Hari Jumaat pukul 5.3pm dari Kulim, sampai di tol Jln Duta pukul 10.30pm. Abg amek terus balik Sagil malam tu jugak. Sampai Sagil kul 12.40.. Salam Mbah, tangannya masih panas~

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up