Syukur Alhamdulillah

Alhamdulillah demam Mbah dah mula kebah.

Malam Sabtu lepas semasa bersalam dengan Mbah, tangannya masih panas. Keesokan harinya dia masih lemah. Betul, makan pun tak lalu. Siwo belikan tulang-tulang lembu, Mbah minta Mak masakkan. Saya pulak buatkan moi supaya dia boleh makan dengan sup tulang tu. Baru dua sudu, dah tak mahu dah. Abah belikan glukos perasa oren dan oat. Abah ingatkan oat yang dibeli tu oat kosong, rupanya 3in1. Bagi jugaklah Mbah makan, biar dia ada tenaga sikit, tapi kata dia manis sangat. Dia prefer barli yang direbus. Glukos oren yang dibancuh tu pun dia suka. Suka? Ermm..tak tau apa perkataan yang sesuai untuk gantikan perkataan doyan

Hari Ahad tu nampaknya Mbah dah bertenaga sikit. Pagi tu Mbah makan sebiji apam dengan dua ketul keladi yang mak rebus. Rasa senang hati tengok Mbah dah mula makan banyak. Dah borak-borak dengan anak dan menantu pasal politik lagi, haahh dah mula sehat la tu. Alhamdulillah, syukur sangat Mbah mula kembali lantang dan bertenaga.

Terima kasih Ya Allah kerana Kau memperkenankan doa kami. Hanya PadaMu kami meminta pertolongan.

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up