Internet di rumah baru

Ermm..sekejap je dah hari pertama dalam bulan December. Konon-konon ada azam nak tulis daily entry bermula November lepas, tapi tak kesampaian atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

27 haribulan November bermulalah episod di rumah sewa baru. Walaupun rasa sayang sangat nak tinggalkan rumah sewa lama, tapi atas faktor keselamatan haruslah berpindah supaya perkara-perkara yang tak diingini berlaku lagi.

Sebabkan nak berpindah rumah, jadi dah mula uruskan pemindahan alamat untuk Streamyx. Mula-mula plan nak terminate je, tapi macam pelik je hidup tanpa internet zaman ni. So g TM Point dapatkan borang tukar alamat. Sewa bilik kat rumah baru meningkat RM60 daripada sewa bilik yang lepas, maka terfikirlah nak downgrade plan Streamyx daripada RM110 ke RM60. Selama ni sorang-sorang guna 1Mbps tu dengan bayaran RM110 tiap-tiap bulan. Kopaklah kalau berterusan dengan sewa bilik yang meningkat. Mujurlah housemate cakap nak kongsi internet, so tak jadilah downgrade.

Kat TM Point plak dorang promote Unifi sebab area rumah sewa baru ni adalah area Unifi. Unifi sedang hangat diperkatakan dekat area Hi-Tech ni, terutamanya bagi kaki donlod. Dengan kelajuan minimun 5Mbps boleh support internet, channel TV dengan panggilan telefon. Macam syiok, tapi ini bermakna menambah beban hutang bulanan, so xmo lah. Stick to Streamyx je la.

Vendor TM datang setup line sejak 2 hari lepas, tapi baru semalam berjaya dapatkan connection. Katanya tak jumpa cari connection slot untuk line rumah sewa ni. Ntah la, tak berapa faham sangat. Tapi akhirnya berjaya jugak online semalam selepas 4 hari tanpa internet. Tahniah pada diri sendiri dan juga TM..huhu

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up