Saturday.Outing

Julung-julung kalinya (eceh..!) bermuvi untuk dua malam berturut-turut. Apa rasanya? Kopak, tapi syiok. Hahaha~

Malam Sabtu lepas tengok Puss in Boots, malam tadi tengok Ombak Rindu pulak. Sebenarnya teringin nak buat movie marathon pada malam Sabtu tu, tapi sebabkan kawan yang saing menonton PIB kerja keesokan harinya, niat tu dikunci saja. 

Tak plan pun nak tengok Ombak Rindu malam tadi. Lepas plan nak cari cat tampung calar-calar pada body kereta tak kesampaian sebab kedai tutup, saya dan housemate pergilah survey kabinet dapur gas kat pekan. Selesai survey kat sebuah kedai, terus je rasa lapar dan gatal tangan nak shopping. So kami pun menuju ke Giant; nama lain bagi Kulim Landmark Center. Sampai kat sana je dah masuk waktu Maghrib, so solat dulu. Lepas makan barulah tengok The Store sale dalam bangunan tu, rembat jugaklah sehelai seluar jeans walaupun niat asal nak cari seluar track. Sila maklum yang seluar track tak termasuk dalam senarai sale, memang takde!

Matahari di pagi Sabtu sebelum bergerak ke Cherok To'kun. Hiking konon-kononnya~
Inilah sebabnya nak sopin seluar track!

So it's time for movie. Beli tiket kul 8.30pm untuk tayangan pukul 8.50pm, sempat nyah~ Konon-konon sebelum masuk panggung bergurau tanya ada tisu ke tak? Tapi sampai ke sudah, tisu tak diperlukan pun. Garapannya memuaskan, saya bagi 3 bintang. Hati batu betul, walaupun si Aaron menangis-nangis Kak tetap maintain..huhu. Ada adegan sedih, tapi pengarahnya cepat-cepat pancung rasa sedih dengan adegan lain pulak. Tak sempat nak melayan perasaan tu. Oke la, memuaskan. Tapi baca novel lagi syiok kot..

Lucu tengok Lisa pegang watak antagonist, tak sesuai dengan muka comelnya. Marah pun tetap comel walaupun hidung kembang-kempis menahan marah..kehkeh. Maya dan Aaron hebat, saya suka~ Tapi kan..cliche sungguh bila digambarkan Izzah seorang gadis kampung dengan gaya tudung sampai nampak anak tudung. Perlukah? Rasanya takde pun gadis kampung yang pakai gaya tudung macam tu sekarang ni. Malah, gadis kampung sekarang setanding gaya dengan gadis bandar yang bertudung. Angkat tangan kalau setuju!! Ermm mungkin ke sebab nak gambarkan suasana pada zaman 90an?? Err..tak setujulah~

Selesai movie perut pun lapar. Lepak setengah jam kat maplay, minum teh panas dengan roti canai kosong sambil tengok gelagat pengunjung yang layan Man City lawan Norwich. Bukan jiwa bola sepak antarabangsa, saya suka ayam tambatan tempatan je..huhu~

1 comment(s):

MalizaMah said...

tgh2 puasa ni.. tgk perkataan roti canai pun dh rasa lain... issyhh....
singgah jap di sini.
sambil singgah sambil usha iklan.
sama2 tambaha tabung.
BLOG UPDATED : VIEW IT...

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up