Good-Bad Recently

Good:-
1. Recover from indigestion problem
2. Had a lamb chop for lunch with group at PMC

Bad:-
1. TV with audio, without video
2. Bathroom without lighting
3. Fire in the bathroom cause by candle
4. Some toiletries lost in the fire
5. Water tank with faulty floating ball

Why there are many bad things happened to me?? Is there something that I did wrong? Is there nazar that I didnt paid yet? I feel a lil bit down.. Oh Jeez



Quick Update

Sepanjang minggu lepas saya tak berapa sihat. Seminggu juga takde mood nak update blog. Bila perut cramped, otak pon jadi cramped gak.

Hari ni dah rasa okay sikit. Actually last week ade masalah indigestion dan gastrik sikit. Rasa makanan tak turun ke perut, dan bila sedawa makanan pon kuar sekali. Seminggu hilang selera dan di'haram'kan makan pedas. Makanan minggu lepas hanya biskut, moi sup dan bihun je. Allah tarik nikmat makan, nasib baik tak semua. Alhamdulillah, sekarang dah rasa okay tapi pedas-pedas masih tak amik lagi.

Rindu nak menulis macam selalu. Tunggu ada mood k.. See ya!

Bengang tapi Lucu gak

Tengahari semalam saya makan bihun sup dekat dengan Stadium Keladi tu. Ikuti perbualan kami:-

-Hosmet- Akak, nanti lepas makan kita singgah jap kedai tu, orang nak beli majalah
-Saya- Okay

Tap..tap..tap kaki melangkah selepas perut kenyang dengan sup.

Hosmet belek majalah Mingguan Wanita, saya belum pegang pape majalah pon.
-Uncle kedai-Yang ni baru sampai, adik.. (sambil tunjuk majalah Pengantin)
-Saya- Oh, ye ka, uncle? (amek hati belek-belek majalah tu)
-Saya- Ermm, xpa la, uncle.. Blm lagi la, uncle
-Uncle kedai- Okay..okay, xpa.. (sambil terdengar si hosmet tergelak kecil)

Tap..tap..tap kaki melangkah lagi menghala ke kereta selepas si hosmet membayar untuk Mingguan Wanita.
-Saya-Hampeh betol uncle tu, nampak ke aura-aura orang nak kawin kat muka akak ni?
-Hosmet-Kahkahkahkah (gelak besar). Hehehe biasanya kalau orang g situ mesti dia tunjukkan majalah Remaja kat orang. Tak penah pun dia tunjuk majalah Pengantin. Hahahaha dia nampak aura tu kat akak kot?...
-Saya- Cess..banyak laaaa.. (Bengang!)


i wanna grow old with you

Got this from my friend's link in FB. So sweeeeeeetttttt...
Enjoice!




Shopping dan Xcident


Pagi tadi saya sangat gembira di office. Buat kje dengan tenang supaya tidak tersilap seperti yang sudah-sudah. Note* Kalau buat kje kna pakai spek sebab saya ada astigmatism.

Menjelang tengahari hati tergaru-garu nak g jejalan. Sebabnya rasa nak mula prepare dari sekarang. Saya fikir eloklah sebulan, satu barang 2x (baca dengan nada satu barang, satu ringgit 2x).

Selepas kuar office terus g bank utk bank-in duit pada tuan rumah lalu ke Perda. Seperti biasa dan seolah-olah tiada tempat lain yang boleh dituju, saya ke Jusco Perda. Tujuannya nak g kedai ni:-


Hasilnya dapat la barang yang diperlukan seperti dalam beg kertas di bawah. Cuba intai amende yang saya beli tu? Huhuhu..


Saya sangat happy walaupun duit telah dibelanjakan dan menyusut di tengah-tengah bulan ini. Norina memang sangat 'bijak' orangnye. Buat sesuatu banyak ikut hati, bukan ikut akal. Ye itulah Norina (Norina, lama-lama sebut rasa sedap juga nama saya ni. Wow, what a nice name!).


Happy kan saya?.. Ye, tapi itu tidak lama. Sebaik je tiba kat bulatan yang hampir dengan Alagappas atau Babas (atau ape je la kilang rempah tu..like i care), saya xcident. Saya langgar keta myvi merah seorang kakak sewaktu saya cuba cari peluang masuk ke sebelah kanan sedang dia di sebelah kiri. Si merah melanggar si merah. Sumpah saya tak rasa saya langgar keta dia (yelah, dah lali langgar-langgar ni). Bila dia kuar keta baru saya tau saya langgar dia. Huhuhu..terbang patploh hengget. Baru je tadi duit menyusut sebab shopping, pahtu susut lagi sebab xcident. Dugaannnnnnn..

I dont love U like I did yesterday

Kebelakangan ni banyak sangat kisah anak bawah umur (abu) lari dari rumah demi cinta (i called cinta monyet). Berita terbaru pasal adik Halimaton (saya yang poyo pada mulanya membaca sebagai Hamilton..kuikui). Rasa rugi pada masyarakat khasnya, negara umumnya sebab dia seorang yang pintar dalam pelajarannya. Ramai yang yakin dia bakal memberikan sumbangan kepada masyarakat apabila dia dewasa kelak. Tapi yang dicita tak kesampaian, lain pula yang jadi.

Wahai adik (kalau kamu membaca, tapi baca ke blog saya yang tak famous ni..), kamu masih muda. Kejarlah cita-citamu dulu kerana yang kamu kejar sekarang bukanlah cinta yang sebenar. Jika dia benar cinta, dia akan support kamu dalam mengejar kecemerlangan, bukan memancung masa depan kamu seperti ini. Kasihanlah kepada ibu kamu yang menangisi apa yang terjadi ini. Tidakkah kamu berasa berdosa menyebabkan ibu kamu menangis?

Wahai adik, benar perkahwinan adalah sesuatu yang sangat dituntut. Ianya ikatan suci yang diberkati, tapi jangan kamu lupa bahawa perkahwinan itu menuntut pengorbanan dan banyak cabaran. Sudahkah adik benar-benar bersedia? Perkahwinan yang kamu kejar kini adalah atas dasar kamu ingin bersama dia, bukan kerana kamu benar-benar bersedia.

Wahai adik, sedarlah dari angan-angan dan mimpi ini. Kamu harapan ibumu, jangan kecewakan dia, jangan biarkan dia menangis. Lembutkanlah hatimu dan bukakanlah matamu kepada kebenaran dan realiti sebenar. Janganlah adik hanya bijak menjawap di kertas tapi tidak bijak dalam kehidupan.


kasih ibu kasih sejati, kasih sang kekasih datang dan pergi


Oh, I love Nuffnang...!

Tak sampai 24jam selepas raised ticket pd helpdesk, saya dapat balik glitterati status saya..

Thnk you, Nuffnang.. Luv u!

Info Glitterati:
An "Exclusive Nuffnanger" is a Nuffnang blogger that has NO advertisements on his/her blog that originates from SEA and also from any ad network we deemed as competitors.

Exclusive Nuffnangers entitle for:-
Payment Rates (CPM) : Set A Bands. Earnings to be 20-50% Higher than current blog income.
Payment Rates (CPC) : 60% higher than normal rate.
Payment Terms : 30 Days from End of Month Requested
Advertorial Opportunities : Eligible
Community Events : 70% of seats allocated for Nuffnangers. Guests allowed.
Contest Winners : 70% of prizes to Exclusive
Use of Innit.com : Eligible
Selection for CPUV Ads : Priority

More info, pls visit Nuffnang

Mee Ketam Warung Pak Su

10 Apr, kira-kira pukul 11 pg...dapat text dari Shafaq. The conversation started:-
"Salam. Norin, gi mne2 xptg ni? jom g mkn mee udang mau?"
"Ktne?"
"Kt juru..kdai paksu tu, nk ke? kn kmu da lme tringin.."

Yeah, true..! Selalu dengar orang citer kata kat ctu sedap sangat. Terliur gak la dengar..hoho. Memang lama dah teringin nak g, tapi xberkesempatan dan tak tau lokasinya.


Dah janji ngan Shafaq nak g lepas Asar, so dalam pukul 4 gtu..saya dah mula bersiap sedia. Mula-mula iron seluar dulu..pahtu iron shawl (yg dh lama beli tp xpernah pakai..so teringin nak pakai wlpn dh outdated). Lepas iron dua-dua tu, terkial-kial cari baju yg sesuai dipadankan. Dah jumpa! Alamak sekali cardigan belum kering plak..terpaksa cari baju lain. Belasah, amek je t-shirt padankan dengan inner. Tadaaa...




Tanpa buang masa, headed terus g umah Shafaq. Sampai di sana, masuk kereta comel dan terus menuju ke Juru. Tanpa jammed, kami sampai kat Warung Pak Su dalam pukul 6 (ermm ye ke? cam awal lg je). Time tu memang xramai orang. Best..best! Order pon cepat je dapat.



Saya order limau ais dan mee ketam. Mula-mula fikir nak mee udang, tapi udang selalu sangat makan. So tukar la mee ketam, mee udang len kali kita try, okey...??




Nampak sedapkan? Memang sedap pon! Ada 3 ketul ketam bersamaan seekor setengah. I was decided to eat the noodle first. Save the best for last..hahaha. Hasilnya seperti di bawah.


Disebabkan kami makan dengan nikmat, pukul 7 barulah siap makan. Lepas makan, ngantuk la pulak. Nasib baik Shafaq yang drive..huhu.
"Camne nak wat inspection kat Jusco ni, Shafaq. Aku ngantuk"
"La ngantuk pulak. Xpe, nanti kita beli ice blended cofee kat Jusco"
"Aku xmo yang lima blas hengget tu. Buang duit je.."
"Tak la, yang pat inggit je"
"Hokeh!"
Hahaha..saving siot! Yelah, tadi dah pekena mee ketam sampai saploh inggit sepinggan. Xpe, berbaloi-baloi. Sedap betul ketamnya.


Dengar-dengar citer Jusco PERDA nak ditutup sebab tanah mendap, so dorang wat sale besar-besaran. Tu yang kami nak wat inspection tu..hahaha. Nak tengok betol ke tanah mendap dan ada sale giler-giler. Jom!

Memang ade sale, tapi tak pula saya rasa cam giler-giler sebab hargenyer so-so je. Kot la memang murah, tapi bagi saya yang kurang berduit ni hargenyer tetaplah diluar kemampuan saya. So kita tengok-tengok je la.




Dalam tengok-tengok tu, ngantuk gak. Adoii memang mintak pekena kopi ni. Tapi hampeh, ice blended xde kat food court sebab mesin rosak.
"Nak gak ke? Jom g Nash Donut, tapi lima inggit setengah la"
Kehkeh..Shafaq ni betol laaa..

Di Nash Donut, saya makan Tiramisu donut dengan ice blended mocha with caramel cream.




Dok lepak-lepak jap sambil dengar Shafaq citer gosip terbaru. Hehehe..



Tiupan Sangkakala

Saper tengok citer tu tadi? Ape perasaan kamu? Saya sedih Weepy , takut pon ada gak.. Semoga Allah jauhkan saya (dan kita semua) dari derhaka pada suami .

Jom baca sinopsis Tiupan Sangkakala:-
Arissa tidak menghormati suaminya kerana dia berkahwin tanpa perasaan cinta selepas bapanya mengenakan syarat itu jika mahu mewarisi harta kekayaan. Adi adalah guru agama yang turut dikenali sebagai tukang urut diminta bapa Arissa, Datuk Faid agar memimpin anaknya itu. Untuk memastikan kehidupan Arissa lebih teratur, dia dijodohkan dengan Adi. Namun, pelbagai kejadian dan cabaran dilalui Adi selepas berkahwin. Arissa sering bersikap kurang ajar terhadap Adi. Sebaliknya,suaminya itu banyak bersabar dan berusaha membimbing Arissa menjadi isteri soleh.

Ya Allah, tobat saya sedih sangat tengok citer tu. Takutnya kalau-kalau kelak saya derhaka pada suami saya. Sedangkan kalau suami minta air dan kita kata 'ish' pon dah jatuh dosa, inikan pula sepak suami yang sedang lakukan ibadah. Akhirnya tak sempat pon bertaubat dan minta maaf pada suami. Sebak sangat pada babak Adi mohon diri untuk 'pergi jauh' tu. "Arisa jaga diri ye. Abang sayang Arisa.." Uhuk..uhuk.. Sobbing


p/s ni yg wat hati saya gundah gulana mau kawin ni. bersediakah saya memikul tanggungjawab dan melalui cabaran-cabaran hidup berumahtangga? huhuhu..


mak, adik rindu mak..

Buntunya nak fikir Ponder apa yang seronok dibuat esok hari. Kalau balik KL, tak jalan mana-mana tapi asyik tengok muka mak pun takpe. Tapi bila dekat sini, bosan betul. Apa nak buat esok ek? Huh? 2

Kalau saya ade sayap, Chickdengan segera saya terbang balik KL. Uhuk, saya rindu mak saya Tears

Tapi tak best kalau balik KL masa ada kenduri kat rumah jiran-jiran. Sebab mak mesti akan menghilangkan diri. Pernah terkuar saya cakap camni kat mak:-
"Mak jangan la pegi mana-mana. Tiap kali adik balik, mak hilang. Mak dok je la kat umah."
Even kalau mak nak g kedai pun saya dah buat muka seposen Pouty

Bunyi macam annoying kan? Blah Tapi itulah saya, si manja..huhuhu Wink .



so called controversial statement

Malam ni saya nak buat pengakuan ala ala kontroversi... Can I have drum roll pls..??

1. Kalau anda tak bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan, jangan perkenalkan kekasih anda kepada famili anda. Lebih-lebih lagi kalau umur anda sudah ditahap umur-umur kawin.

2. Sediakan dulu plan dalam hubungan anda berdua sebelum berjumpa dengan famili masing-masing. Kalaupun memang anda berdua masih belum bersedia, sekurang-kurangnya apabila famili masing-masing bertanya, anda berdua tak terkelu lidah. Takkan langsung tak ade plan? Sampai bila nak berkawan aje dan buat mak ayah risau. Pada yang belum pernah terfikirkan plannya, sila-silakanlah bermula dari sekarang ye.

Dalam kepala ni asik teringatkan benda-benda ni aje.. Haishhh..saya fikir niat saya perkenalkan si dia pada famili supaya famili saya tahu dengan siapa saya berkawan, dan juga bermaksud saya tidak sorok hubungan saya dengan si dia. Tapi lain pulak jadinya...haishhh..

hadoi, giler ahh!

sejak abah mula buka mulut tanya pasal 'ikat' neh, saya mula kecut perut
dalam kecut perut tu, boleh plak wat checklist..lawak la
tidak²..padahal saya belum bersedia lagi neh


nah, lawak saya hari neh, takut pun blh pikir mende neh

"sampai bila nak kawan je? abah taknak anak abah buang masa"
hah! sape nak jawap? runsing..runsing

TAK PERCAYEEE!!!

♥Mak♥ dah 49 tahun dah..

Semalam birthday ♥mak♥. Saya balik KL demi ♥mak♥. Rindu kat ♥mak♥ walaupun minggu lepas dah balik. Sejak akhir-akhir ni hati dekat kat sini. Kalau boleh tiap-tiap hujung minggu nak balik.

Bulan ni bakal sengkek la gamaknya, kalau hati rindu kat sini je. Walaupun KL busy, jammed sana sini..tapi KL hometown saya, ia tetap selalu di hati (saper benci KL, sila kuar dari sini).

Tahun ni celebrate birthday ♥mak♥, biasa-biasa aje. 1 barrel ayam KFC dengan sebiji kek. Kami sekeluarga aje..tak ade kehadiran orang-orang lain (yelah, mana cukup 1 barrel kalau nak jemput orang lain..hehe).

Selamat hari lahir ♥mak♥ yang ke-49 tahun. Semoga ♥mak♥ sihat selalu, dipermudahkan rezeki dan panjang umur. Biarpun ♥mak♥ semakin kurus, tapi biarlah kurus yang sihat.

nyanyi..hehehe (bo'ong!)


U are Fool if U celebrate it!

Pepagi dah kena April Fool. "Baju awak koyak!" Terus cuak, pastu confirm memang tak koyak.

Hari ni mmg 1 April, tapi orang Islam jgn la suka-suka nak sambut dengan kenakan orang lain. Tau kan apa yang jadi masa 1 April tu? So xyah la ye. DOSA, memperbodohkan saudara-saudara Islam yang mati dibakar tu.


up