so called controversial statement

Malam ni saya nak buat pengakuan ala ala kontroversi... Can I have drum roll pls..??

1. Kalau anda tak bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan, jangan perkenalkan kekasih anda kepada famili anda. Lebih-lebih lagi kalau umur anda sudah ditahap umur-umur kawin.

2. Sediakan dulu plan dalam hubungan anda berdua sebelum berjumpa dengan famili masing-masing. Kalaupun memang anda berdua masih belum bersedia, sekurang-kurangnya apabila famili masing-masing bertanya, anda berdua tak terkelu lidah. Takkan langsung tak ade plan? Sampai bila nak berkawan aje dan buat mak ayah risau. Pada yang belum pernah terfikirkan plannya, sila-silakanlah bermula dari sekarang ye.

Dalam kepala ni asik teringatkan benda-benda ni aje.. Haishhh..saya fikir niat saya perkenalkan si dia pada famili supaya famili saya tahu dengan siapa saya berkawan, dan juga bermaksud saya tidak sorok hubungan saya dengan si dia. Tapi lain pulak jadinya...haishhh..

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up