Jom baca sinopsis Tiupan Sangkakala:-
Arissa tidak menghormati suaminya kerana dia berkahwin tanpa perasaan cinta selepas bapanya mengenakan syarat itu jika mahu mewarisi harta kekayaan. Adi adalah guru agama yang turut dikenali sebagai tukang urut diminta bapa Arissa, Datuk Faid agar memimpin anaknya itu. Untuk memastikan kehidupan Arissa lebih teratur, dia dijodohkan dengan Adi. Namun, pelbagai kejadian dan cabaran dilalui Adi selepas berkahwin. Arissa sering bersikap kurang ajar terhadap Adi. Sebaliknya,suaminya itu banyak bersabar dan berusaha membimbing Arissa menjadi isteri soleh.
Ya Allah, tobat saya sedih sangat tengok citer tu. Takutnya kalau-kalau kelak saya derhaka pada suami saya. Sedangkan kalau suami minta air dan kita kata 'ish' pon dah jatuh dosa, inikan pula sepak suami yang sedang lakukan ibadah. Akhirnya tak sempat pon bertaubat dan minta maaf pada suami. Sebak sangat pada babak Adi mohon diri untuk 'pergi jauh' tu. "Arisa jaga diri ye. Abang sayang Arisa.." Uhuk..uhuk..
p/s ni yg wat hati saya gundah gulana mau kawin ni. bersediakah saya memikul tanggungjawab dan melalui cabaran-cabaran hidup berumahtangga? huhuhu..
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!