Wahai adik (kalau kamu membaca, tapi baca ke blog saya yang tak famous ni..), kamu masih muda. Kejarlah cita-citamu dulu kerana yang kamu kejar sekarang bukanlah cinta yang sebenar. Jika dia benar cinta, dia akan support kamu dalam mengejar kecemerlangan, bukan memancung masa depan kamu seperti ini. Kasihanlah kepada ibu kamu yang menangisi apa yang terjadi ini. Tidakkah kamu berasa berdosa menyebabkan ibu kamu menangis?
Wahai adik, benar perkahwinan adalah sesuatu yang sangat dituntut. Ianya ikatan suci yang diberkati, tapi jangan kamu lupa bahawa perkahwinan itu menuntut pengorbanan dan banyak cabaran. Sudahkah adik benar-benar bersedia? Perkahwinan yang kamu kejar kini adalah atas dasar kamu ingin bersama dia, bukan kerana kamu benar-benar bersedia.
Wahai adik, sedarlah dari angan-angan dan mimpi ini. Kamu harapan ibumu, jangan kecewakan dia, jangan biarkan dia menangis. Lembutkanlah hatimu dan bukakanlah matamu kepada kebenaran dan realiti sebenar. Janganlah adik hanya bijak menjawap di kertas tapi tidak bijak dalam kehidupan.
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!