Sejak minggu lepas kami dah diberitahu tentang jamuan ni melalui emel. Sesiapa yang berhajat menyumbangkan makanan atau sumbangan lain juga dipelawa. Seperti tahun lepas, sekumpulan antara kami mengumpulkan sumbangan untuk menyediakan sate di jamuan itu. Tak pastilah berapa sumbangan yang terkumpul, tapi dengar-dengar lebih 2000 cucuk sate la.
Majlis bermula di auditorium. Ada persembahan dari anak-anak yatim. Selepas pukul 5 barulah sesi makan-makan. Sebenarnya segan jugak nak join. Kekawan saya kebanyakkannya berpuasa hari ni. Rasa janggal pulak nak join tanpa kekawan. Tapi sebab craving for satay, tebalkan muka la join yang lain. Pahtu ilang plak rasa malu bila dah berborak..huhu.