Harapan.AidilFitri.Saya

Raya kali ni tentunya sederhana saja. Ntahlah, makin meningkat umur, makin hilang mood raya. Yang seronoknya hanya bila berkumpul sesama ahli keluarga. Tapi malas pulak nak ke sana ke mari menziarah keluarga yang kadang-kadang langsung tak kenal. Kalau setakat sepupu abah mak, merambat jugaklah kaki ni. Tapi bila dah masuk dua pupu abah atau mak, mulalah rasa malas nak ikut ziarah.

Rancangan TV plak selalu je mengutik hati untuk tercongok depan tu lama-lama. Kadang-kadang bila difikirkan, inilah agenda konco-konco yang sengaja melengahkan kita untuk menguatkan silaturahim sesama ahli keluarga. Habis tu, asyik mengadap TV je, bila nak g ziarah. Tapi tu la, bila diikutkan hati yang malas, termakan jugaklah dengan agenda dorang.

Tiada apa yang nak diharapkan sangat untuk raya kali ni. Memadailah dapat berkumpul dengan mbah, siwo, bibik, paman, dan sepupu-sepupu yang lain. Duit raya? Huh, untung sangatlah kalau boleh dapat. Umur macam ni bukan boleh dapat duit raya, bagi duit raya adalah! Walaupun kerap je saudara-mara abah mak yang fikir saya masih study, tapi tak sampailah nak bagi duit raya. Kalau bagi pun, bila dikumpulkan tak sampai pun saploh hengget...hee.

Baju raya tahun ni dua pasang je lah. Tu pun dikira baju kje gak. Yang satu tu kurung moden, bahan bajunya saya beli semasa kenduri Aleen hujung tahun lepas. Satu lagi tu kurung Pahang, fabrik cotton yang beli secara hutang dengan housemate saya. Opss yelah, patutnya kna langsaikan baki hutang dalam minggu ni. Haiyak..nyaris terlupa!

Tahun ni saya tak beli kuih raya untuk mak saya, tapi saya gantikan dengan benda yang lain. Lagipun bosanlah makan kuih raya. Dalam dua tiga tahun ni, kuih raya dah tak meriah di rumah, tapi digantikan dengan kerepek dan kekacang. Lagi layan la time tengok TV kan? Kuih raya tak lakulah sekarang ni. Baik beli makanan yang orang suka daripada memeriahkan balang kuih dengan sesuatu yang orang dah bosan. Kalaupun tetamu tak suka makan, tapi tuan rumah suka. Jadi tak membazirlah. Hehehe..

Last but not least, nak ziarah ke rumah orang tu. Kalau diizinkan Allah...=]

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up