Anak.Yatim.Dirai

Hari ni kilang anjurkan jamuan raya bersama anak-anak yatim. Sempena itu jugalah saya berbaju kurung hari ni..hehehe.

Sejak minggu lepas kami dah diberitahu tentang jamuan ni melalui emel. Sesiapa yang berhajat menyumbangkan makanan atau sumbangan lain juga dipelawa. Seperti tahun lepas, sekumpulan antara kami mengumpulkan sumbangan untuk menyediakan sate di jamuan itu. Tak pastilah berapa sumbangan yang terkumpul, tapi dengar-dengar lebih 2000 cucuk sate la.

Majlis bermula di auditorium. Ada persembahan dari anak-anak yatim. Selepas pukul 5 barulah sesi makan-makan. Sebenarnya segan jugak nak join. Kekawan saya kebanyakkannya berpuasa hari ni. Rasa janggal pulak nak join tanpa kekawan. Tapi sebab craving for satay, tebalkan muka la join yang lain. Pahtu ilang plak rasa malu bila dah berborak..huhu.


Sejuk hati tengok budak-budak tu. Dorg hepi je~. Makanan pun sangat banyak sampai kena tapau la. Saya makan sikit-sikit je sebab sebelum tu dah kenyang tea break. Sebelum dorg balik, mana makanan yang banyak lagi tu kitorg tapaukan utk dorg. Tapi malu-malu je nak amek..hehe.

Bagi saya, makanan yang terhidang tu tak penting sangat. Yang penting kita ikhlas meraikan dorg. Kan tuntutan agama supaya kita berbuat baik pada anak-anak yatim.

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up