Semalam drive sorang-sorang dari Selayang ke Kulim walaupun kepala rasa berat. Pukul 3.45pm dari tol Rawang, pukul 7.45pm sampai di depan rumah semasa hujan lebat. Nak kata drive laju, tak jugak. Cuma traffic lancar, langsung tak jammed.
Malam tadi demam panas. Pukul 9.15pm camtu dah tidur lepas solat Isyak dan lepas telan 2 biji paracetamol. Huuhh..sejuk sangat walaupun kipas berkelajuan 2 saja. Pakai stokin, selimut badan pastu tidur dengan hidung yang tersumbat. Arghh seksa bila terpaksa bernafas dengan mulut. Sesekali terbatuk apabila tekak kering.
Pagi ni bangun tido pukul 6.30am dengan bantuan alarm. Bangun solat Subuh dan masak air. Lepas iron baju dan tudung untuk ke opis, masuk bilik air terus mandi dengan air panas tadi. Segar sikit, dan mula berpeluh. Demam nak kebah la ni. Uhuhu tak dapat la nak apply MC.
Sejak sampai opis pukul 7.50am tadi, satu email kje pon blm dapat lagi. Elok jugak, dengan sakit-sakit ni macam la larat nak buat kje. Kak Lisa pun tak datang, boss pulak senyap je. Ehehe bolehlah saya berehat-rehat sikit. Tapi bosan jugak bila rasa masa lambat berlalu. Sekarang pun belum pukul 11am, lamanya nak tunggu ke pukul 5pm nanti. Opis pon sunyi je ni. Raya dah lebih seminggu, takkan lah ramai yang bercuti lagi.
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!