I'm.On.Medical.Leave.Today

Hari ke-5 saya demam. Thanks to Dr.Rusli bagi MC hari ni.

Menjelang petang demam datang balik bila seharian kena aircond semalam. Malam tadi mengulangi tindakan yang sama; tidur dalam pukul 9pm selepas amek paracetamol dan solat Isyak, berselimut dan berstokin.

Pagi tadi bangun dengan bulu mata melekat satu sama lain. Cannot open my eyes. Panas dalam hingga kuar taik mata..huhu. Then decided not to go to office. Tido balik selepas solat Subuh sambil menanti pukul 9am. Kalau kuar awal pun xguna gak sebab clinic buka pukul 9am.

Saya yang agak poyo. Sebelum g clinic snap 1 photo dlu.
See demam kan? Mata mcm lepas nangis..huhu

Pukul 9.55am mendaftar di Klinik Abd. Aziz. Tunggu dekat sejam barulah tiba giliran untuk dapatkan consultation dari Dr.Rusli. Consultation room yang ber'aircond', kerusi patient betul-betul mengadap aircond. Aiyak, sejuk sangat sampai nak ubah duduk kerusi lain. Lucu pulak bila Dr.Rusli terpaksa tutup lead aircond demi saya.

Setelah sesi soal jawap dengan doktor, saya diberikan 4 jenis ubat dan Medical Cert. Balik umah, makan nasi sikit lalu amek ubat. Tidur sampai pukul 3.30pm. Walaupun demam, solat kna buat jugak kan. Rehatkan badan, rehatkan kepala; takmo fikir apa-apa. Esok kna masuk opis semula, klu masih tak kebah kna la g jupe Dr.Rusli semula. MC la, ape lagi..

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up