Twilight.Spaghetti.Special

Semalam, sekali lagi iftar bersama officemates di rumah saya
Ya, sekali lagi speghetti menjadi main course
Twilight Spaghetti nama yang saya bagi
Nape twilight?
Sebab spaghetti ini resepi Cik Shafaq
Shafaq yang bermaksud twilight
Pulak tu memang dimakan waktu senja
 Istimewanya resepi ini sebab kuahnya dibikin sendiri
Kami boikot Prego

Mari kita telusuri resepi ini secara ringkas
Maaf kalau terkurang di mana-mana sebab saya bukan masternya

Twilight Spaghetti Special

Bahan-bahan:-
1. Spaghetti
2. Tomato puree
3. Sos spaghetti
4. Cili giling
5. Sos tiram 
6. Capsicum
7. Bawang putih
8. Bawang besar
9. Cendawan Shiitake
10. Sosej
11. Daging kisar





Cara-caranya (Awas! Turutannya mungkin kacau-bilau):-
1. Bawang besar, bawang putih, cendawan shiitake dan capsicum dipotong dadu
2. Sosej dihiris tebal. Jangan terlalu nipis supaya tak hilang rasanya
3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih
4. Tambahkan sos tiram dalam tumisan
5. Masukkan cili giling, tomato puree dan sos spaghetti, tumis hingga naik bau
6. Gaulkan cendawan dan capsicum, masak hingga agak layu
7. Campurkan daging kisar
8. Terakhir masukkan sosej hingga masak
9. Ape lagi...hidang dan makan dengan spaghetti

Hasil sheng..sheng dalam kuali


Tadaaa...ni yang dah siap dengan spaghettinya.
Siap tapau lagi...haha

p/s seperti biasa, maap dengan kualiti photo. almaklum guna henpon je..


0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up