Penyakit.Malas.Bayar.Hutang

Gaji dah masuk, beberapa barang yang bukan keperluan dah dibeli, tapi..hutang kereta, hutang laptop dan beberapa hutang lagi belum dibayar. Asal nak masuk cimbclicks atau maybank2u je, mesti datang penyakit malas. Tambah pulak klu kna request TAC.

Xbley, xbley...hutang mesti bayar. Nanti bila mati xselamat...percayalah.
Ok, ok..nanti sat-sat lagi bila penyakit malas hilang, kita login semula k (pujuk hati sendiri..hee)

Kekuatan.Berkurang.-1.5

Dulu 0.1, sekarang turun ke -1.4. Oh, saya semakin tua.

Keputusan ujian Anlene Bone Health Check semalam di in-plant clinic. Setahun lepas masih boleh berbangga dengan keputusan di dalam zone hijau, tapi tahun ni menyusut ke zone merah.

Memang dah lama tak minum susu sebagai rutin harian. Kalau beli sepeket susu 1kg tu, susah betul nak habiskan sebab takde disiplin. Bancuh bila teringat je. Selalu sangat susu tepung tu keras dalam container sebelum sempat habiskan separuh. Pastu hukumnya buang dalam tong sampah.

Kalau sesetengah orang tak suka minum susu, malah rasa nak muntah balik bila minum, tapi saya okay je. Tapi dulu memang tak bley minum susu tanpa perisa, kalau yang full cream milk tu sure tak minum sebab rasa macam hanyir. Sekarang dah tak lagi, InsyaAllah bagilah yang low fat ke, full cream ke..telan je. Delicious!

So camne ni? Nak beli semula ke susu tepung? Kang jadi lagi macam sebelum ni, keras je dalam container. Atau kita minum je la susu Dutch Lady yang dah tersiap sedia tu, kan. Masuk dalam fridge, bila nak minum tinggal tuang je. Sejuk pulak tu...aihh heaven!

Ada.Byk.Duit.Pon.Xguna

....kalau xbley kuarkan. System Offline! Dem, dah la duit xcukup dalam purse ni. Sekadar ade sehengget je, nak makan ape wei!

Mengarut

Tahun ni adalah tahun ke-3 saya dalam Blogger. Dah banyak hal yang saya mengarut dan mencarutkan di sini. Blog ni merupakan hadiah istimewa untuk diri saya sendiri (dan untuk mereka yang menyayangi saya). Bila baca semula coretan saya selama ini, saya sedar dah banyak perkara berlaku dalam hidup saya. Perkara-perkara tu mungkin tak akan muncul lagi dalam hidup saya di masa-masa akan datang. Beruntung jugalah sebab saya sempat catatkan di sini sebelum saya terlupa, maka pada masa seterusnya saya dapat imbas kembali memori dengan bantuan coretan di sini.

Tahun ni juga tahun pertama saya dengan Nuffnang. Sedang blogger lain dah expert dalam penulisan mereka dan mengumpul ramai follower, saya masih bertatih. Sedang blogger lain dan earned beratus-ratus ringgit, malah beribu-ribu ringgit, saya pula lima puluh ringgit pun belum sampai. Tapi takpe, saya tak kesah sangat tantang tu. Saya gembira menulis di sini untuk sebuah diari kehidupan saya. I may not skillful blogger, but I still happy yet this is how I spend my leisure time.

Saya percaya mereka yang menyayangi saya akan selalu mengunjungi blog ini. I even notice that there are several silent readers for this blog. Hi, guys! Nice to know that you are stalking my blog. NVM, keep visiting okay.. Seriously, I dont mind *cheer*

Kadang-kadang saya sedar saya ni membosankan. Mengarut yang bukan-bukan, syok sendiri, menggunakan ayat-ayat skema (seperti sekarang ini), dan tidak santai. Saya sendiri pun bosan jugak dengan diri saya yang membosankan. But I cant help myself, this is me. This is the way I am - Boring. Seronok baca blog orang lain (hey, saya pun silent reader jugak *wink*), bahasa yang santai sekadar ber'aku-kau', fulled of photos, fulled of activities, banyak info...tapi saya tak dapat lakukan sebaik mereka. Blog saya seperti inilah, boring. Tapi tak kesahlah kan, ada jugak daripada takde.

Yey..! Berjaya jugak saya mengarut lagi di sini. Uols pun baca lah entry ni sampai abis, baik sungguh hati uols. Tapi jangan rasa tertipu, yang di atas ni ikhlas dari saya. Biasanya blogger akan menulis dengan seikhlas hatinya. Kebanyakkannya tak tipu. Uols sendiri boleh nilaikan, kan? Ok, ciao..mo tidur suda. Gudnite, everyone *wink*.

Hilang.Sabar

Arghh tak sabar btol la saya ni. Klu rasa nak buat pape mesti nak buat cepat-cepat. Takmo pikir panjang, suka ikut hati.

Dalam 6 bulan kebelakangan ni hampir setiap hari bila ada masa free mesti browse cari umah utk dijual. Hati saya digaru-garu dengan perasaan 'aku nak beli umah..mesti!'. Antara area yang dicari ialah Bangi, Senawang, Rawang dan Kulim.

Sejak kerajaan umumkan bajet 2011, bertambahlah kuat perasaan tu menggaru-garu di hati saya. Mesti beli rumahhhhhh! Kepala saya pulak dijerit-jerit dengan suara tu. Argh...can't help myself. Bertanya pada En.Syg, dia cakap jangan beli dulu. Dah kawin nanti baru beli, sebab sekarang ni tak tau lagi nak end up kat mana lepas kawin. Tapi saya fikir, apa salahnya klu saya beli je umah kat area Kulim ni. Klu tak duk cni pon lps kawin nanti, saya boleh sewakan.

Area Bangi, Senawang dan Rawang tu adalah potential area yang tinggi yang memungkinkan kami tinggal selepas kawin. Klu Senawang lagi elok, tengah-tengah antara nak balik Selayang dengan Johor. Area Kulim ni klu beli adalah untuk disewakan. Setakat ni, Mak yang bagi sokongan penuh untuk saya beli umah. Yang lain, hambar je. Belum masanya ke?

Siapa.Dulu?

Siapa dulu? Ini bukan tentang dulu itu siapa tau. Erkk, ade ke orang/haiwan yang bernama Dulu? Tapi siapa dulu yang *kata kerja*.  Ok, contohnya siapa dulu yang tahu pasal *** atau siapa dulu yang jumpa duit tu. Haa, camtu lah.

Perasan tak kita ni sentiasa nak cepat, sentiasa nak mendahului orang lain. Heshh, tipu lah klu korang takde perasaan tu. Korang manusia ke bukan? Hehehe~

Tau tak, perasaan tu lah yang boleh jadi duri dalam daging bagi sesuatu hubungan terutamanya persahabatan. Perasaan tu buat kita jadi sentiasa tak puas hati dan nak berlumba-lumba dengan sahabat kita. Dari sudut positif, kita boleh nampak perasaan tu sihat. Tapi risau jugak klu ia boleh bawa kepada sifat dengki hati.

Dalam tak sedar kita banyak berahsia dengan sahabat kita. Lama kelamaan perasaan jauh hati pun muncul. Kan elok klu kita berkongsi setiap hal. Sharing is caring kan?

Saya.Yang.Khilaf

Diberi bunga, tahi yang kau balas? Itulah perumpamaan yang tepat untuk saya. Keselesaan dia dah bagi pada saya. Setiap hari dia berkhidmat untuk saya, tapi apa yang saya bagi pada dia? Tahi! Ya, tahi. Arghh sopan sangat pulak. Toksah sok suci, sebut je betul-betul. Taik!

Betapa saya tak berperikemanusiaan terhadap dia. Lebih tiga hari saya tinggalkan dia di bawah pokok. Saya pula berseronok-seronok dating kat tempat lain. Sampai hati saya meninggalkan dia, lebih sadis bertompok-tompok taik saya bagi pada badannya. Namun sehingga hari ini saya masih belum menyucikan dosa saya terhadap dia.

Maafkan saya, kini saya sudah sedar. Baiklah, mohon saya menyentuh

Color.Ape?

Sedang berkira-kira nak cat rumah. Lagi sebulan nak Raya Haji ni. Hari tu Raya Puasa tak sempat nak mencantikkan rumah. Raya Haji ni la masanya. Tapi nak cat color ape ek?

Mula-mula fikir nak cat color ungu, tapi mak kata pelik pulak. Haish, xkan color merah pulak. Hehehe walaupun color faveret forever saya ialah merah.

Browsed website Nippon Paint tadi. Hopefully blobbies buleh tulun..huhu. Vinilex Easy Wash cambest je. Dengan anak-anak buah yang sedang membesar ni, mesti tercalit jugak hasil seni di dinding. Kalau pilih yang ni mestilah senang dicuci kan?

Candlelight 425 cantik pulak dan sesuai dengan umah yang kecik. Buttercup Bouquet 7023D pun cantik jugak kan? Tapi ni color panas la, ok ke untuk suasana yang tenang. Takut kang

Terhutang.Lagi

Wohoo finally ade masa nak update blog ni lagi. Selepas layan Chinta petang tadi, main-main febuk sambil dengar berita dan selesai lipat kain baju yang dah berminggu-minggu tersadai atas tilam, finally inilah masanya.

Tapi tetiba baru perasan bahawasanya lappy yang sedang digunakan ni adalah lappy office. So, NO photos. Baru je ingat nak update pasal aqiqah, birthday celebration, dating di Johor dengan lunch tengahari semalam. Nampaknya tertangguh lagi la hutang-hutang tu.

Papepun saya ade citer menarik untuk dikongsikan. We are getting seriousssss. Ye..ye..uols xsalah dengar baca. Actually dating di Johor tu merupakan langkah pertama untuk ke fasa seterusnya. Walaupun selepas dua hari berlalu dan matlamat asal tak tercapai atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, namun saya happy sangat. Happy sebab dapat dating..huhu. Semoga ada peluang pada masa depan (hopefully

Abandoned

Blog yang terabai selama lebih seminggu. Walaupun banyak jugak activities yang menarik berlaku selama seminggu ni, tapi tak terluang pulak untuk menulis di sini.

Bermula dengan kenduri aqiqah baby Amin, birthday celebration untuk Fahmi, perjalanan ke Segamat dan Jamuan Terlajak Raya DT-TD di rumah Kak Lisa.

Kalau berkesempatan, InsyaAllah semuanya akan dicatatkan di sini. In the moment, takde feeling nak berblogging. Later maybe..

Dirotan

Tadi tengok video budak sekolah dirotan ibunya sebab ponteng sekolah untuk melencong ke cc. Kesian pun ade, tapi tu sume untuk kebaikan sendiri jugak.

Lantas teringat dulu masa darjah 5, selalu ponteng sekolah. Seingat saya dalam dua minggu jarang ke sekolah dan selalu ponteng. Puncanya mungkin tak munasabah. Tapi sumpah, ia berlaku sebab saya tak suka masuk kelas yang baru. Kelas pertama dalam darjah 5 ketika itu; 5 Hidrogen.

Sejak saya darjah 1, saya ditempatkan di kelas kedua; Helium. Saya sangat happy bersama kawan-kawan saya dan belajar dengan baik (walaupun tak secemerlang budak kelas pertama). Tapi disebabkan saya agak bijak jugak la, selalunya mesti top 10 kelas. Nak dijadikan cerita, pada hujung tahun darjah 4 saya diberitahu oleh cikgu yang saya di'naik'kan ke kelas pertama. Saya tak suke! Sebab bagi saya budak kelas pertama eksyen dan kedekut ilmu..hahaha. Kenyataan yang melampau. Maafkan saya, ini adalah pendapat peribadi

Ego.Sang.Kekasih

Siapa tu? Sayalah.

Camne plak? Merajuk berminggu walaupun dah rindu.

Apsal? Tu kna tnya En.Syg saya.

Sekarang dah ok la? A'ha, dah ok dah...teheee =D

Camne bley ok? En.Syg bg plan baru yang buat saya berdebar. Takutnyer. Doakan saya ye.

Sunway.Velocity.Cambest.Jer

Tinggal di Kulim yang kurang entertainment ni mengujakan saya bila tengok website Sunway Velocity hasil mengetuk iklan Nuffnang di sisi kanan blog ni.

Cambest je Sunway Velocity ni. Bila siap agaknya? Balik KL nanti mesti pegi ni. Woha..tempat sopin beb, mesti syok. Uhuk rindu mau jejalan di mall, makan-makan...click-click (amek gambo lar..). Oh, saya rindu hidup di KL =(

Another.Bundle.of.Joy

Kali ni Kak Lisa pulak. Baby boy named Amin. Simple name, isn't it?

Anak-anak sume diberi nama-nama yang simple (tp ada maksud yg baik).
1. Afiq
2. Anis
3. Alim
4. Aein
5. Atia
6. Amin

Amin, mcm penutup je..hehe. Tp sape tau kot lepas ni ade rezki nak jadikan 4 pairs. Kata Kak Lisa, biar pendek-pendek namanya. Senang...dah sah-sah nanti aku jugak yang kena tulis nama dorang kat Hahaha..betul jugak. Klu panjang sangat namanya, letih woo nak nulis. Bukan sebuah buku je, kurang-kurang 20 buah buku.

up