Dirotan

Tadi tengok video budak sekolah dirotan ibunya sebab ponteng sekolah untuk melencong ke cc. Kesian pun ade, tapi tu sume untuk kebaikan sendiri jugak.

Lantas teringat dulu masa darjah 5, selalu ponteng sekolah. Seingat saya dalam dua minggu jarang ke sekolah dan selalu ponteng. Puncanya mungkin tak munasabah. Tapi sumpah, ia berlaku sebab saya tak suka masuk kelas yang baru. Kelas pertama dalam darjah 5 ketika itu; 5 Hidrogen.

Sejak saya darjah 1, saya ditempatkan di kelas kedua; Helium. Saya sangat happy bersama kawan-kawan saya dan belajar dengan baik (walaupun tak secemerlang budak kelas pertama). Tapi disebabkan saya agak bijak jugak la, selalunya mesti top 10 kelas. Nak dijadikan cerita, pada hujung tahun darjah 4 saya diberitahu oleh cikgu yang saya di'naik'kan ke kelas pertama. Saya tak suke! Sebab bagi saya budak kelas pertama eksyen dan kedekut ilmu..hahaha. Kenyataan yang melampau. Maafkan saya, ini adalah pendapat peribadi
 ketika itu.

Bermulalah tahun yang tak best dalam sejarah pendidikan saya..huhu. Saya tak suka g sekolah. Banyak pengawas dalam kelas tu yang suka memerhatikan. Saya takde kawan dalam kelas tu sebab geng saya kekal di kelas kedua. Takde kawan nak discuss sebab budak-budak yang dalam kelas tu dah ade geng sendiri. Al maklumlah dorang memang dari kelas yang sama sejak beberapa tahun.

Saya berpakat dengan abang saya yang memang nakal. Hahaha ade kawan nak buat nakal ni. Klu ponteng sekolah, dia memang juara. Ok, time tu la, bila naik sekolah menengah abang memang suka ke sekolah. Semasa darjah 5 tu saya bersekolah sesi petang. Saya berpakat dengan abang menampakkan kami ke sekolah walaupun sebenarnya tak. Kami pakai baju sekolah, kuar umah pada waktu kawan-kawan pergi sekolah, tapi kami lepak kat umah jiran. Habiskan masa kat ctu main-main, tidur dan makan. Sampai waktu orang balik sekolah, kami pun buat-buat macam baru balik sekolah. Mak balik kje awal sikit dari kami, sebab tulah kami xbley berada di umah sebelum waktu sekolah berakhir. Memang kantoi la kalau mak nampak kami di umah.

Tapi ntah macam mana mak boleh tau selepas dua minggu tu. Mungkin cikgu ada call mak kot, atau pun ade jiran yang mengadu. Memang kena berdas-das la sampai berbirat kulit kami. Menangis tak usah cakap la, sampai tak tak kuar suara tersedu-sedu. Kesian pada abang, disebabkan saya dia pun terlibat sekali. Tapi takpelah, abang dah immune..haha.

Selepas tu saya tak lagi ponteng sekolah. Saya g jugak walaupun saya tak suka kelas tu. Berkat main-main saya, tahun depannya saya 'turun' balik ke kelas kedua. Hahahahaha...hepi! <-- Ade jugak org camni ek? Sayalah tu..kuikui

Wajah mengantuk di opis

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up