Terhutang.Lagi

Wohoo finally ade masa nak update blog ni lagi. Selepas layan Chinta petang tadi, main-main febuk sambil dengar berita dan selesai lipat kain baju yang dah berminggu-minggu tersadai atas tilam, finally inilah masanya.

Tapi tetiba baru perasan bahawasanya lappy yang sedang digunakan ni adalah lappy office. So, NO photos. Baru je ingat nak update pasal aqiqah, birthday celebration, dating di Johor dengan lunch tengahari semalam. Nampaknya tertangguh lagi la hutang-hutang tu.

Papepun saya ade citer menarik untuk dikongsikan. We are getting seriousssss. Ye..ye..uols xsalah dengar baca. Actually dating di Johor tu merupakan langkah pertama untuk ke fasa seterusnya. Walaupun selepas dua hari berlalu dan matlamat asal tak tercapai atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, namun saya happy sangat. Happy sebab dapat dating..huhu. Semoga ada peluang pada masa depan (hopefully
dalam masa terdekat ni) untuk mencapai satu matlamat itu. Barulah langkah-langkah seterusnya boleh dibuat..heee.

Saya teringin sangat nak reveal siapa En.Syg saya tu. Tapi saya kenalah hormati permintaan dia sebelum ni - belum jadi xyah la tayang-tayang, segan nanti klu jadi pape. Betul jugak tu, segan la..huhu. Tarikhnya dah dekat, tapi macam xsempat je nak execute. Belum meeting, preparation apetah lagi. Xpelah, doa saja Allah permudahkan segalanya. Klu memang dah sampai masanya, hal tu jadi mudah je. Tapi klu belum sampai masanya, memang banyak je halangan. Banyakkan bersabar ;-)

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up