awat?

Nape eh tajuk entry saya tu "awat?". Nak tau nape? Jeng..jeng..

Hehehe.. Takde pe sangat, tapi itu adalah soalan favorite si dia. Soalan yang selalu dibalas apabila saya mengemukakan soalan (erk..faham tak ayat saya ni eh?). Kekadang naik menyampah gak dengan soalan tu walaupun takde salahnya soalan tu. Sesekali merajuk juga (perhatian, saya memang kuat merajuk) bila soalan tu dikemukakan bagi menjawap soalan saya yang sebelumnya. Dalam fikiran saya, si dia malas nak layan saya (sebab tu la nak majuk..huhu =p).

P/S Maaf kalau anda bosan dengan entries saya pada malam ini, kerana saya sedang rindu dia.

Apa cerita?

Ini cerita saya dan dia
Ini cerita tentang rasa cinta rindu
Saya sangat rindu dia saat ini
Rindu sangat-sangat
Harapnya cuti kali ini dapat jumpa dia,
tapi tak dapat juga
Uhuk..sangat rindu dia

Kambing? Tak, puyuh..

Hari Sabtu lepas pada sebelah malam, saya dan officemates berkunjung ke Restoran Puncak Mutiara (somewhere dekat Penanti kalau tak silap). Dorg sume excited nak makan kambing kat situ, saya join je la hehe. Bagi saya itulah kali pertama saya ke situ, tapi bagi mereka entahlah.. yang pasti sudah berkali-kali, maklumlah orang lama di Kulim ni.

Sebabkan saya tak makan daging kambing, saya pesan nasi beriani puyuh.
Tadaaaa...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Nasi Beriani Puyuh

Air plak saya pesan Iran Cafe Ice Blanded. Sangat sedap, tapi manis jugaklah, so kena pesan air kosong sebagai 'penawar'. Cubalah kalau berkunjung ke sana.


Iran Cafe Ice Blended

Syarikat empunya restoran tu bukan je bukak restoran ni, tapi ada jenis perniagaan yang lain. Contohnya dorg ada ternak kambing, arnab dan rusa (jugak kot). So bekalan daging kambing yang dorg masak tu memang fresh (walaupun saya tak makan). Officemates saya cakap sedap sangat daging kambing yang dorg makan tu. Lembut..

Saya tak berapa menikmati makanan pada malam tu. Eh silap, nasi beriani puyuh tu je yang kurang menambat selera saya, tapi air iran cafe tu sedap sangat. Sesekali terbau kambing masa tengah makan tu, bau dari kandang kambing yang berdekatan. Suasana kat situ tenang, sejuk dan cantik jugaklah kalau photographer nak shot banyak photo. Tapi yang tak bestnya sesekali ada serangga terbang jatuh atas meja. Risau gak kalau masuk dalam makanan dan especially dalam air iran cafe saya tu. Huhuhu..mujur tak.


new layout : 3 columns

gatai nak ubah jd 3 columns. blh buh byk2 cket kat sidebar tu...huhu. nak buh ape ek?

photo.. (good idea)
ads.. (ermm blh la!)
traffic..?? (menarik)

hurm sume tu masih dalam plan lagi..nanti2 la kita execute..huhu


p/s syg, lama xjenguk kat cni eh? =(


A Song To The Sun

Furuete iru watashi no te ni
Hajimete kimi ga furete
Yasashii kimochi atatakasa ni
Yatto kizuitan da

Tozashita mado akereba
Atarashii kaze ga fuita

Waratte naite kimi to deaete
Mieru sekai wa kagayakidashita
Himawari yureru taiyou no shita de
Kanjite ita kaze wo kimi wo

Shinjiru koto mayou koto mo
Tachidomaru koto mo zenbu
Watashi ga ima koko de ikiteru
Kotae ka mo shirenai

Monokuro no mainichi ga
Irozuite yuku you ni

Waratte naite kimi to deaete
Tsuzuku mirai wa kagayaite ita
Himawari yureru taiyou no shita de
Watashi no mama ashita wo utau yo

Kagiri aru hibi wo tomaranai jikan wo
Dore dake aiseru kana? Aiseru yo ne
Kimi ga ireba hikari sae mo
Sorasanai de

Waratte naite kimi to deaete
Tsuzuku mirai wa kagayaite ita
Himawari yureru taiyou no shita de
Watashi no mama ashita wo

Arigatou tsutaetai ima nara ieru yo
Sugoshita kisetsu mo wasure wa shinai yo
Himawari yureru taiyou no you ni
Watashi no uta kimi wo terasu yo

Watashi no mama kimi wo...


TNB oh TNB!

Pukul 1.05 petang...dekat 4jam haku dok menumpang kaseh kat opis neh sebab umah sewa haku terputus bekalan lektrik. Opss..opss jgn ske ati je nak tuduh haku tak bayar bil! TNB wat penyelenggaraan la. Tapi si TNB pon 1 hal gak, wat la hari Senin ke...Selasa ke...senang citer weekdays la. Ni p wat hari Ahad time haku nak membongkang sampai tengahari. Tepat pukul 8.10 pagi tadi kipas bilik haku start benti berputar. Camne haku nak tido weih! Udah la time musim panas neh, xkuasa haku nak dapat sauna kat bilik sendiri. Terpaksalah haku bangun dan bersiap-siap g opis.


G opis pon bukan bleh wat ape sgt. Lepas haku check lot-lot aku jalan baek punya..haku pon start la surfing sana sini. Pastu melangut la haku tak tau nak watpe. Bukak notes/paper stadi device physics sat...ngantuk plak. Hadoiii..bosan sangat.

hambek! muka bosan giler..toyaa je haku tgk (kutuk walaupun muka sendiri.. =p)

12jam tu takde lektrik. Hari tu dorg edarkan surat btau dari pukul 8 pagi sampai 8 malam. Takde krojenyer haku nak lepak opis sampai pukul 8 nanti. Nak watpe neh weih?? Arghh..bosan!!



Sob..Sob..I'm Sobbing - part 2

saya sangat geram sampai rasa nak nangis kuat-kuat. bukan hal besar pon cuma sebab SMS. tapi mungkin saya terbawa-bawa perasaan tak puas hati time cuti haritu, dicampur-aduk dengan hal SMS buat hati saya semakin geram.

saya geram sangat sebab dia malas nak taip SMS sendiri. p forward SMS yang penah saya bagi kat dia then send pada saya. kadang2 tanpa edit langsung. "jaga diri, balik nanti hati2 ye. luv u"..that's what I sent, time tu dia ada kat luar. dua tiga hari lepas tu dia forward pada saya SMS yang sama dengan masa tu saya tak ke mana-mana, ada di rumah. so tak relevan la SMS tu. "balik nanti hati2 ye"...nak balik mana? saya ada je kat rumah, tak ke mana-mana. nampak tak??

kalau pun malas nak taip sendiri, edit la cket dan biarlah kena dengan keadaan. ini tak...langsung tak relevan. sakit ati!!! macam tak ikhlas nak bagi SMS. bagi untuk 'buat syarat' je.

◄Fight For Your Right!►

Berani kerana benar,
Takut kerana salah.

Pepatah Melayu yang relevan dengan hidup kita. Bukankah jika kita melakukan kesalahan, kita akan selalu merasakan takut seandainya orang lain mengetahuinya? Kalau boleh kita sorok, kita akan sorok sampailah langsung tak terhidu oleh orang lain.

Jika kita tidak melakukan kesalahan, kita akan hidup dengan tenang dan berani melangkah ke depan. Malah kita akan pertahankan diri hingga akhirnya dengan izin Allah yang Maha Benar, kebenaran akan muncul juga.

Jadi buat apa nak tangguh, lawan sajalah kalau kamu benar. Mohonlah dari Dia yang Maha Benar supaya melindungi kamu. Mengapa mesti kamu tangguh demi kebenaran (jika kamu benar), adakah kamu mahu melindungi sesuatu (kesalahan)?

.::frequent activity::.

It is on every Tuesday or Wednesday, @ CRC. Me, seldom play because I have a lot of Vit L in my body. Usually I joined just to make it merrier (The more the merrier). Hahaha joking.. I played too but there is no photo me playing.


shahrol mengawasi perlawanan =P, amy berpeluh-peluh menonton pelawanan sengit

adila : best gak tgk dorg men, mgu dpn blh join

Snapped this by myself because there was only me excited to take photo =P. Everybody was busy playing.

p/s saya semakin bulat, patut bersukan selalu

Kulimku Panas


Cuaca panas yang melanda akhir-akhir ni dijangka berakhir bulan Mac nanti (rujuk berita online). Memang pun panas, walaupun dah tengah malam macam ni. Mujurlah sekarang dah tengah bulan Februari, tak lama lagi cuaca panas ni akan berakhir. InsyaAllah...


Panas terik rasa sampai kulit walaupun badan berlapik. Saya pula memang ada masalah astigmatism, kalau keluar tengahari tanpa pakai shades memang sakitlah mata dan kepala saya. Bila keluar dari tempat redup ke tempat yang panas terik tu, rasa nak tutup mata je. Hehehe kang tak boleh nampak jalan pulak. Selagi boleh kecilkan mata, seboleh-bolehnya nak bagi kecil supaya cahaya tak lebih masuk dalam mata.


tipu

sakit..
sakit bercinta sebelum bernikah
sakit rindu, sakit hati


Flashed back - Birthday Nina

9-Feb-2010, 07:52:42 - "Salam. Selamat Hari Lahir Nina yang ke-4. Semoga Nina sihat dan cergas selalu. Dan semoga jadi anak yg solehah dan insan yg cemerlang. Aminn.." Itulah SMS yang saya hantar pada Abg. Apis pagi hari lahir Nina (sumpah! sikit pun xubah).

***** Diam... Ayah Nina tak reply pun SMS saya *****

Ptg tu selepas balik kje saya dapat called dari nombor kawasan Shah Alam. Dah sah! Memang Abg. Apis yang called. "Abg fikir siapalah.. Ni nombor adik ke?" Hee..memang patut pun sebab pagi tu saya SMS dengan nombor yang jarang digunakan untuk famili (untuk darling sebenarnya =p..).

Esoknya saya dapat email dari Abg. Apis:
"Salam adik,

malam semalam sebelum potong kek, nina ajak makan Mc'D. abg n kak ain bawah nina n atirah ke Mc'D dekat ngan umah. lepas abis makan kami semua pun balik umah, masa kat Mc'D tak sabar2 ajak balik umah kata dia nak potong kek. sampai je umah diterus ambik kek kat dalam petisejuk. seronok sgt nina, dik. dia dah 4 tahun dah, besarkan dia,dik. tak sedar, rase cam baru je 2 tahun hahaha....

p/s : adik jaga diri kat sana. kang kalau ade pape bagitau abg pis tau...wasalam adik."

Uhuhu..terharu sangat saya baca email tu. Bergenang gak air mata masa tu..uhuk =(. Terasa cepat, xsedar masa berlalu Nina pun dah 4 tahun umurnya.
Saya download photos yang Abg. Apis attach bersama email. Seronok tengok Nina, Athirah pun tumpang menyebok..hehehe.

Hepinyer dia..

~Nina's Birthday Cake~


Nina dan Ibu


Athirah pun nak jugak


Nina disuapkan Ibu




Semalam saya bagi Abah tengok photos ni. Huhu tak sangka Abah bergenang air mata, seronok + terharu. "Mbah sibuk, tak sempat nak call. Dah besar cucu Mbah"..uhuk sedih pulak.

update from office

this is a quick update. the sleepy head still here at office. dont want to go back home yet, just wanna play around in the office first. it is okay because it is already passed officehour =). the sleepy head happy when she is here. her passion is here! she is not workaholic, but she love being here. here is her world.
her big world!!

Ia dah bersarung =]

huduh! booooo!!


suker..suker.. hee walaupun selimut pink tetap tak berganti =p


ada 1 lg bedsheet yg baru dibeli semalam. tapi takmo pasang lagi sebab lari daripada konsep langsir. huhu nanti jadi tema carca merba plak. hahaha syok sendiri!

Tak jadi tengok movie

Hari ini masa saya terisi dengan kawan-kawan dan housemate. Biasanya setiap hari cuti saya akan sambung tidur sampai pukul 10 pagi (huhu rasa macam memecahkan rahsia diri plak). Tapi hari ni selepas bangun solat subuh, saya tak sambung tidur sebab dah plan nak g Jusco Bandar Perda. Walaupun plan nak g kul 11 pagi, saja tak nak sambung tidur.

Pukul 11.20 pagi barulah gerak. Saya buat dua pit stop sebelum sampai ke Jusco tu. Satu, ke rumah Adila, amek dia dan teruskan perjalanan. Dua, ke rumah Shafaq plak. Hari ini saya angkut semua 'budak-budak' ni.

Dari Kulim, saya ke area Penanti melalui jalan dalam (tak tau area ape). Huih jalan dia...boleh tahan adventure gak la bagi saya yang belum mahir memandu ni. Sangat berhati-hati masa memandu tadi, sampaikan entah bila terlepas Mengkuang Dam pun saya tak sedar.

Tujuan utama mengangkut budak-budak tu ialah meneman saya membeli bedsheet untuk katil baru saya. Sebelum ini saya guna single bed je. Baru-baru ini saya amek katil+tilam queen size dari K.Lisa. Katil anak-anak dia yang sekadar buat hiasan di bilik tidur tu di'tolak' kepada saya dengan harga murah (reganya xblh btau, secret..huhu).

Pagi tadi saya cuma minum Nescafe je, so kami ke McD sebaik sampai di Jusco. Konon nak amek menu paling murah, tapi disebabkan lapar saya amek set Big Mac dengan tukar air Milo.


"Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati"


Kata orang, sebelum memulakan shopping, perut mesti kenyang supaya nafsu membeli dapat dikurangkan. Hurmm..betul ke tu? Fakta atau auta ni? Heee..pape pun mna yang baik kita amek buat pedoman. Akhirnya selepas lebih empat jam berlegar-legar di Jusco tu, saya dapat dua set bedsheet. Nak shopping lain, budget takde.

Selesai di Jusco, Shafaq ajak g Sunway Carnival Mall pulak. Kat situ saya dapatlah peeling off masker dan barangan wanita (opss..hahaha). Lama jugak pusing-pusing di situ, tapi masih tak puas sebenarnya dan tak nak balik lagi sebab terasa nak tengok movie. Saya teringin nak tengok movie Tooth Fairy tu. Tapi setelah melihat jadual tayangan, tak dapatlah saya tengok movie tu hari ni. Cedey.. =(

Kecewa tak dapat tengok movie, kami dok lepak tengok contestant tengah rehearsal untuk contest pencarian model Sunway Carnival Mall. Ada yang tak berapa cantik tapi body yang cantik. Ada yang peha besar..kuikui =p.

saya comel x? hehehe

cik shafaq and cik adila


ni la housemate saya - finaz

Sebelum hantar budak-budak ni balik ke rumah masing-masing, kami singgah makan kat Key's char kuetiow. Bagi saya, sedap sangatlah char kuetiow kat situ. Balik Kulim dengan perut yang kenyang.

Erkk...Alhamdulillah.

I can smell what is around the corner

Hari ni di sebelah petang saya dapat dua biji oren dari BK. Sebelum tu saya ada nampak dia bawa sekotak. Kemudian BK bahagi2kan pada hampir setiap orang kat level 2 tu. Saya dengar Claire tanya, "From whom?" Mr.Yun yang jawap, "Vendor from Korea". (cuba teka sape? hehe)


To be frank, ni first time dapat oren sejak dah dua tiga hari kecik ati sebab colleague yang berbangsa Cina takde pon nak bagi kat saya =((. Bila dah dapat, suka..suka!



Pernah suatu pagi selepas turun dari bfast, semerbak satu office bau oren. Huh, tak yah pakai air freshner, wa cakap lu. Tu yang membuak-buak hati nak makan oren. Tapi takde orang nak bagi..uhuk =((


Hari ni jugak saya dah tukar PC. Sebelum ni saya guna desktop, pagi tadi sebaik sampai office saya tengok PC saya takde. Tapi saya tak terkejut sebab semalam lagi IT called btau kalau pagi-pagi saya tengok PC takde, naik Helpdesk amek laptop. Takde la gembira sangat pon berlaptop company, nanti kat umah pon kena support. Tapi nak buat camne kalau dah kerjanya macam tu.


Berbalik pada oren, SAYA SUKA OREN!! Silalah bagi saya sekotak oren..heee =D

Changed Chapter 2


Saya hanyalah seorang wanita(huhu..malu nk cakap gadis sbb dh rasa tua) yang cepat bosan dengan sesuatu perkara.


Oleh itu, secara statistiknya dalam bulan ini saja dah 2 kali saya tukar header.


Harap saya bertahan dengan header ini lebih lama lagi. Penat tu perah otak mencari idea. (Teringat pulak dulu masa study, kawan saya cakap "perah otak/berfikir lagi penat daripada kerja buruh binaan. Hehehe)


uhu xde kroje

´¯`°¤.¸.¤.¸.¤°´¯`´¯`°¤.¸.¤.¸.¤°´¯`´¯`°¤.¸.¤.¸.¤°
::::::(\_(\:::::(\_(\:::::(\_(\:::::(\_(\::::::::
::::::(=' :')::::::(=' :'):::::(=' :')::::(=' :')::::::
::::::(,('')('')::::(,('')('')::::(,('')('')::::(,('')('')::::
´¯`°¤.¸.¤.¸.¤°´¯`´¯`°¤.¸.¤.¸.¤°´¯`´¯`°¤.¸.¤.¸.¤

Changed Chapter 1



First attempt


Hepi dapat header baru! Huhuhu... Hepi macam dapat hadiah!








P/S Masih dalam process meng'upgrade' blog supaya sedap dipandang mata sendiri. Hehehe =D

betul ke cmni?

Tadi selepas berYM dengan sahabat lama, saya belek-belek magazine yang selalu saya beli (beli tapi tak baca sangat =D. selected topics je). Tiba-tiba teringat pulak kisah pada suatu hari di office.

Sedang saya menanggalkan gam getah yang terlekat di calendar yang diberi percuma oleh magazine itu, K.Lisa menegur saya.

"Apa yang awak belek-belek tu?"

"Ahh..takde la, saya buang gam yang terlekat kat calendar ni."

"Camne boleh terlekat? Awak dapat kat mna?"

"Ni..saya beli Cleo, dapat free calendar ni. Terlekat sekali kat magazine tu"

"La..awak baca Cleo ke? Tak sesuei langsung!"

Hahahaha..hampeh betul K.Lisa. Owh..mentang-mentanglah saya tak vouge. Saya baca magazine tu sebab saja suka tengok-tengok gambar. Tapi selain itu ada gak topik-topik menarik tentang kerjaya, kesihatan, motivasi cinta..huhu.

"Magazine tu banyak sangat advertise. I ingat U baca majalah Muslimah, Nona.."

Hehehehe..K.Lisa..K.Lisa.. Macamlah saya ni sopan sangat patut baca magazine yang sopan-sopan gitu..uhuhu. Lucu plak bila ingat balik.

Cleo issue Jan diorang published limited edition Mini Cleo. Shrinked size. Saya rasa diorang shrink'kan 75% daripada size asal. Cute! Saya suka sebab senang pegang, lebih mesra penggunalah gitu.. Hurm selain comel, secara tak langsung dapat kurangkan penggunaan kertas lalu membantu alam sekitar (macam ayat cikgu pulak)

up