I can smell what is around the corner

Hari ni di sebelah petang saya dapat dua biji oren dari BK. Sebelum tu saya ada nampak dia bawa sekotak. Kemudian BK bahagi2kan pada hampir setiap orang kat level 2 tu. Saya dengar Claire tanya, "From whom?" Mr.Yun yang jawap, "Vendor from Korea". (cuba teka sape? hehe)


To be frank, ni first time dapat oren sejak dah dua tiga hari kecik ati sebab colleague yang berbangsa Cina takde pon nak bagi kat saya =((. Bila dah dapat, suka..suka!



Pernah suatu pagi selepas turun dari bfast, semerbak satu office bau oren. Huh, tak yah pakai air freshner, wa cakap lu. Tu yang membuak-buak hati nak makan oren. Tapi takde orang nak bagi..uhuk =((


Hari ni jugak saya dah tukar PC. Sebelum ni saya guna desktop, pagi tadi sebaik sampai office saya tengok PC saya takde. Tapi saya tak terkejut sebab semalam lagi IT called btau kalau pagi-pagi saya tengok PC takde, naik Helpdesk amek laptop. Takde la gembira sangat pon berlaptop company, nanti kat umah pon kena support. Tapi nak buat camne kalau dah kerjanya macam tu.


Berbalik pada oren, SAYA SUKA OREN!! Silalah bagi saya sekotak oren..heee =D

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up