◄Fight For Your Right!►

Berani kerana benar,
Takut kerana salah.

Pepatah Melayu yang relevan dengan hidup kita. Bukankah jika kita melakukan kesalahan, kita akan selalu merasakan takut seandainya orang lain mengetahuinya? Kalau boleh kita sorok, kita akan sorok sampailah langsung tak terhidu oleh orang lain.

Jika kita tidak melakukan kesalahan, kita akan hidup dengan tenang dan berani melangkah ke depan. Malah kita akan pertahankan diri hingga akhirnya dengan izin Allah yang Maha Benar, kebenaran akan muncul juga.

Jadi buat apa nak tangguh, lawan sajalah kalau kamu benar. Mohonlah dari Dia yang Maha Benar supaya melindungi kamu. Mengapa mesti kamu tangguh demi kebenaran (jika kamu benar), adakah kamu mahu melindungi sesuatu (kesalahan)?

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up