Hari ini masa saya terisi dengan kawan-kawan dan housemate. Biasanya setiap hari cuti saya akan sambung tidur sampai pukul 10 pagi (huhu rasa macam memecahkan rahsia diri plak). Tapi hari ni selepas bangun solat subuh, saya tak sambung tidur sebab dah plan nak g Jusco Bandar Perda. Walaupun plan nak g kul 11 pagi, saja tak nak sambung tidur.
Pukul 11.20 pagi barulah gerak. Saya buat dua pit stop sebelum sampai ke Jusco tu. Satu, ke rumah Adila, amek dia dan teruskan perjalanan. Dua, ke rumah Shafaq plak. Hari ini saya angkut semua 'budak-budak' ni.
Dari Kulim, saya ke area Penanti melalui jalan dalam (tak tau area ape). Huih jalan dia...boleh tahan adventure gak la bagi saya yang belum mahir memandu ni. Sangat berhati-hati masa memandu tadi, sampaikan entah bila terlepas Mengkuang Dam pun saya tak sedar.
Tujuan utama mengangkut budak-budak tu ialah meneman saya membeli bedsheet untuk katil baru saya. Sebelum ini saya guna single bed je. Baru-baru ini saya amek katil+tilam queen size dari K.Lisa. Katil anak-anak dia yang sekadar buat hiasan di bilik tidur tu di'tolak' kepada saya dengan harga murah (reganya xblh btau, secret..huhu).
Pagi tadi saya cuma minum Nescafe je, so kami ke McD sebaik sampai di Jusco. Konon nak amek menu paling murah, tapi disebabkan lapar saya amek set Big Mac dengan tukar air Milo.
"Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati"
Kata orang, sebelum memulakan shopping, perut mesti kenyang supaya nafsu membeli dapat dikurangkan. Hurmm..betul ke tu? Fakta atau auta ni? Heee..pape pun mna yang baik kita amek buat pedoman. Akhirnya selepas lebih empat jam berlegar-legar di Jusco tu, saya dapat dua set bedsheet. Nak shopping lain, budget takde.
Selesai di Jusco, Shafaq ajak g Sunway Carnival Mall pulak. Kat situ saya dapatlah peeling off masker dan barangan wanita (opss..hahaha). Lama jugak pusing-pusing di situ, tapi masih tak puas sebenarnya dan tak nak balik lagi sebab terasa nak tengok movie. Saya teringin nak tengok movie Tooth Fairy tu. Tapi setelah melihat jadual tayangan, tak dapatlah saya tengok movie tu hari ni. Cedey.. =(
Kecewa tak dapat tengok movie, kami dok lepak tengok contestant tengah rehearsal untuk contest pencarian model Sunway Carnival Mall. Ada yang tak berapa cantik tapi body yang cantik. Ada yang peha besar..kuikui =p.
Sebelum hantar budak-budak ni balik ke rumah masing-masing, kami singgah makan kat Key's char kuetiow. Bagi saya, sedap sangatlah char kuetiow kat situ. Balik Kulim dengan perut yang kenyang.
Erkk...Alhamdulillah.
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!