Flashed back - Birthday Nina

9-Feb-2010, 07:52:42 - "Salam. Selamat Hari Lahir Nina yang ke-4. Semoga Nina sihat dan cergas selalu. Dan semoga jadi anak yg solehah dan insan yg cemerlang. Aminn.." Itulah SMS yang saya hantar pada Abg. Apis pagi hari lahir Nina (sumpah! sikit pun xubah).

***** Diam... Ayah Nina tak reply pun SMS saya *****

Ptg tu selepas balik kje saya dapat called dari nombor kawasan Shah Alam. Dah sah! Memang Abg. Apis yang called. "Abg fikir siapalah.. Ni nombor adik ke?" Hee..memang patut pun sebab pagi tu saya SMS dengan nombor yang jarang digunakan untuk famili (untuk darling sebenarnya =p..).

Esoknya saya dapat email dari Abg. Apis:
"Salam adik,

malam semalam sebelum potong kek, nina ajak makan Mc'D. abg n kak ain bawah nina n atirah ke Mc'D dekat ngan umah. lepas abis makan kami semua pun balik umah, masa kat Mc'D tak sabar2 ajak balik umah kata dia nak potong kek. sampai je umah diterus ambik kek kat dalam petisejuk. seronok sgt nina, dik. dia dah 4 tahun dah, besarkan dia,dik. tak sedar, rase cam baru je 2 tahun hahaha....

p/s : adik jaga diri kat sana. kang kalau ade pape bagitau abg pis tau...wasalam adik."

Uhuhu..terharu sangat saya baca email tu. Bergenang gak air mata masa tu..uhuk =(. Terasa cepat, xsedar masa berlalu Nina pun dah 4 tahun umurnya.
Saya download photos yang Abg. Apis attach bersama email. Seronok tengok Nina, Athirah pun tumpang menyebok..hehehe.

Hepinyer dia..

~Nina's Birthday Cake~


Nina dan Ibu


Athirah pun nak jugak


Nina disuapkan Ibu




Semalam saya bagi Abah tengok photos ni. Huhu tak sangka Abah bergenang air mata, seronok + terharu. "Mbah sibuk, tak sempat nak call. Dah besar cucu Mbah"..uhuk sedih pulak.

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up