Hari Sabtu lepas pada sebelah malam, saya dan officemates berkunjung ke Restoran Puncak Mutiara (somewhere dekat Penanti kalau tak silap). Dorg sume excited nak makan kambing kat situ, saya join je la hehe. Bagi saya itulah kali pertama saya ke situ, tapi bagi mereka entahlah.. yang pasti sudah berkali-kali, maklumlah orang lama di Kulim ni.
Sebabkan saya tak makan daging kambing, saya pesan nasi beriani puyuh.
Tadaaaa...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nasi Beriani Puyuh Air plak saya pesan Iran Cafe Ice Blanded. Sangat sedap, tapi manis jugaklah, so kena pesan air kosong sebagai 'penawar'. Cubalah kalau berkunjung ke sana.
Iran Cafe Ice Blended Syarikat empunya restoran tu bukan je bukak restoran ni, tapi ada jenis perniagaan yang lain. Contohnya dorg ada ternak kambing, arnab dan rusa (jugak kot). So bekalan daging kambing yang dorg masak tu memang fresh (walaupun saya tak makan). Officemates saya cakap sedap sangat daging kambing yang dorg makan tu. Lembut..
Saya tak berapa menikmati makanan pada malam tu. Eh silap, nasi beriani puyuh tu je yang kurang menambat selera saya, tapi air iran cafe tu sedap sangat. Sesekali terbau kambing masa tengah makan tu, bau dari kandang kambing yang berdekatan. Suasana kat situ tenang, sejuk dan cantik jugaklah kalau photographer nak shot banyak photo. Tapi yang tak bestnya sesekali ada serangga terbang jatuh atas meja. Risau gak kalau masuk dalam makanan dan especially dalam air iran cafe saya tu. Huhuhu..mujur tak.
4 comment(s):
berapa harga tuh..?? cam mahe je nampak...
sedapnye T__T
HUHUU.. awk buat kt lapar laaa :(
hi, eastbullet. RM12 for a plate..huuu. klu nasi beriani kambing plak RM13-17..
hi, emma..
sedap..hehehe. tp klu daging kambing lg sedap kot. alamak, saya pun jd lapar gak ni.
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!