Hebatkah? Membazirkah?

Rumah dah siap pahat masih berbunyi. Pernah dengar kan pepatah Melayu lama ni? Ia ada kaitan dengan apa yang ingin saya tulis pada malam ni. Saya nak bicarakan tentang kenduri kawin. Maklumlah sekarang ni musim orang wat kenduri, sedang dalam famili saya pun baru saja minggu lepas ada kenduri.

Tujuan asal kenduri kawin adalah untuk mewar-warkan perkahwinan. Salah satu sebab supaya masyarakat tahu sepasangan hamba Allah telah disatukan, kelak tak wujud fitnah dan buah mulut orang. Terpulang kepada mereka untuk mengadakan kenduri yang besar-besaran atau kecil-kecilan, tapi yang digalakkan dalam Islam tentulah yang bersederhana.

Setiap kenduri pasti ada cerita disebaliknya, tak kiralah ianya sempurna mahupun kekurangan. Mengaitkan kenduri dalam famili baru-baru ni, secara kasarnya ia berjalan dengan lancar dan sempurna. Alhamdulillah cuaca pun berpihak kepada kami. Perjalanan majlis memang lancar, namun pengakhirannya timbulkan cerita-cerita yang kurang enak. PEMBAZIRAN berlaku.

Ketua tukang masak tak berjaya buat anggaran yang tepat dalam membeli barangan dapur. 30 ekor ayam untuk masak dalca adalah too much. 3 kotak kicap manis untuk sekawah rendang dendeng/ rendang tok adalah too much. Lebih 50kg santan untuk 1000 orang makan adalah too much. Mungkin ketua tukang masak kurang pengalaman... Taik! Dah banyak sangat kenduri kat taman tu dia yang handle.

Walaupun saya memang tak pandai masak, tapi saya juga tau kira-kira. Pening kepala otak saya tengok barang mentah/ barang kering yang menimbun selepas kenduri. Memanglah tak busuk barang-barang kering e.g bihun 15kg tu, dan konon boleh simpan lama. Tapi seberapa lama barang-barang tu bertahan? Takkanlah 3 bulan ni nak makan bihun goreng, bihun sup atau apa-apa saja masakan berasaskan bihun hari-hari?

Kekadang orang ni saja nak pekena tuan rumah. Bila tengok tuan rumah senang sikit, mintak tu ini.. Dia fikir, takpe..tuan rumah mampu. Hish..pale otak dia! Gunung pun kalau ditarah hari-hari boleh rata.

Teringat kes mak saya. Dulu masa kenduri abang yang sulung, kami pakai katering je. Yelah, masa tu tak ramai lagi penduduk kat flat tu. Lagipun tak berapa ramai dijemput sebab kenduri tu adalah kenduri ke-3 selepas di rumah kakak ipar dan di rumah mbah kat kampung. Everything was so smooth, I could say it was perfect. Masa tu tahun 2005, katering charge RM7/tetamu. Memang puas hati sangatlah. Tapi tiba masa kenduri abang yang ke-2, kawan-kawan mak mintak buat rewang-rewang untuk seronok-seronok. Haaa..yelah seronok-seronok, sampai rendang pun tak cukup. Belum pukul 2.30 petang, rendang tinggal 5 dulang daripada 15 dulang. Kira punya kira, 2 dulang rendang lesap dengan dulang-dulang sekali. Memang keji sangatlah si pencuri tu.

Si tukang masak nasi minyak pun 1 hal. Biasanya kenduri orang Jawa cepat berakhir, pukul 4 tu memang dah takde tetamu sebab mula awal. Pukul 11 pon dah ade tetamu datang. So, dalam pukul 3 tu tetamu dah berkurang. Nak dijadikan cerita, pukul 3 tu si tukang masak g masak lagi 2 periuk nasi minyak dan 1 periuk lagi nasi putih. Sape nak makan wei! 1 periuk nasi minyak daripada 2 periuk tadi mentah pulak tu. Akhirnya ke tong sampah jugak la peginya. PEMBAZIRAN! Bukan tak bagi pada jiran-jiran, tapi selepas bagi pun ade dua lagi flusk nasi yang tak terusik.

Dengan 2 pengalaman PEMBAZIRAN tu, saya dah bertekad untuk tak buat kenduri ala rewang bila saya kawin nanti. Bagi saya, biarlah bayar mahal cket untuk katering, asalkan makanan tak terbuang camtu je. Orang kat Palestin/Darfur tu susah nak dapat makan sedap-sedap, kita kat sini membazir makanan masa kenduri..

5 comment(s):

srikandi_mujahadah said...

saya sokong k.noreen..hehe
biar bersederhana asal jgn mmbzr..hehe

nadeera said...

tgk mcm maner komuniti tempat tinggal kita juga reen..dua org kakak n kak dee semua msak rewang..alhamdulillah nasi n lauk semua cukup..cuma berlebih semangkuk daging rendang dan juga sedikit nasi tuk tuan rumah mkn mlmnyer..mcm kat umah pakcik akak kena sebaliknyer,tukang masak mintak susu cair,ingat nak wat nsai minyak,rupanyer bantai wat air bandung tuk org dapur,mintak rokok berkotak2,tapi bila kul 3 semua dah cabut lari..akhirnyer tuan rumah kena kemas sendiri..tapi kalo dah tmpat reen mcm tu,baik catering jer la kan..huhuhu

nOtCinDeReLLa said...

btul la, kak dee. kna tgk kwsn n komuniti jugak. klu dh kt kwsn kg, klu xwat rewang-rewang nt jiran-jiran kecik ati plak. klu warga veteran plak, even ala buffet pon dorg rasa leceh.

org duk umh flat, nk rewang pon kna sewa bilik komuniti ngn tadika kt bwh umh. better upah catering je kan. thnx, kak dee.

Anonymous said...

apakah maksud kenduri ala rewang2??

nOtCinDeReLLa said...

alaaa..yg masak gotong-royong tu, Amy..hehe

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up