Lebih sebulan yang lepas setelah lama jugak tak contact, Abang Lan roger kalau-kalau boleh jumpa pada hujung minggu. Saya yang takde pape plan bersetuju saja sambil bertanya "Nape, Abang Lan nak kawen dah ke?" Konon nak berselindung, Abang Lan jawap "Saja nak jupe, nak bagi barang" Heleh..macam la kita ni budak-budak yang boleh digula-gulakan.
Seperti yang dijangkakan, Abang Lan bagi kad undangan pada saya. Disebabkan ade beberapa orang lagi kenalan yang duduk di Kulim ni, Abang Lan kirimkan kad undangan yang lain untuk yang ada di sini. Majlis nikah dan majlis resepsi berlangsung 6hb June yang lepas di rumah Kak Yana di Perlis, tapi saya tak dapat hadir sebab balik ke KL. Hari ni kenduri sambut menantu di Bukit Mertajam. Kulim-Bukit Mertajam dekat je, tak sampai sejam pun.
Hari ni saya ajak Adila teman saya ke majlis sambut menantu. Kami ikut jalan dalam ke Bukit Mertajam. Ini first time saya drive ikut jalan tu. Dari Kulim ke bandar Bukit Mertajam tu, saya takde masalah tapi selepas bandar Bukit Mertajam, saya terkial-kial mencari Jalan Kebun Sireh. Akhirnya saya menyerah. Saya nampak Jusco dan menghala ke Jusco. Dari Jusco, saya ke bulatan Alagappas (lokasi saya langgar buntut myvi) yang ada dalam plan ke rumah pengantin.
Selepas masuk lorong ke rumah Abang Lan, jauh ke dalam jugak sebelum nak sampai ke khemah kenduri. Tengok kat cermin sisi, ternampak Kancil oren di belakang. Macam ku kenal plate number kereta tu. Cess Shafaq rupenyer..! Laa, dia datang kenduri ni jugak ke? Segera terus teringat pernah perasan Kak Yana adalah friend Shafaq dalam Facebook. Ceh, kalau tau Shafaq pun nak g kenduri ni, saya drive je g umah Shafaq then konvoi dari situ, takde la tercari-cari dan sesat tadi.
CikRean - Adila
CikRean - Shafaq
Owh, bulatnye pipi saya macam pau. Pipi pau ku..hurmm boleh tukar jadi title blog ni. Hahaha..
Lama gak tunggu kat ruang tamu sambil makan bahulu dan air sirap. Masa ni pengantin tengah amik gambar kat dalam bilik. Kami ni kira tunggu giliran untuk amek gambar bersama pengantin jugak la. Saya duduk mengadap pintu luar yang terbuka, punyalah lama duduk kat situ sampai sakit kepala bila terlalu banyak cahaya masuk ke mata. Note* Remember? Sayakan ada masalah astigmatism. Mujurlah saya standby spek dalam handbag. Sampai sekarang pun masih terasa sakit kepala, pastu mengadap lappy plak tu. Hehehe...
CikRean dengan katil pengantin
CikRean - Kak Yana
CikRean - Shafaq - Adila
CikRean - Kak Yana - Shafaq - Adila
Tudung saya ditiup angin.. =(
Hantaran yang Kak Yana bagi kepada Abang Lan. Yang dalam kotak Secret Recipes tu brownies agaknye ye..sebab kotaknya rendah je.
Sambil tunggu Abang Lan ♥ Kak Yana yang bergambar dengan kekawan yang lain, kami diberi album nikah mereka. Bolehlah menjamu mata.
Hikhik, tengok tu, Abang Lan happy giler. Tu diaaa..dimple tajam xhengat!
Ok, kami nak balik dah. Lama jugak kat rumah Abang Lan, ade kot 2jam. Ok, last shots..
Abang Lan.
Tahniah, Abang Lan.. Jaga diri elok-elok untuk Kak Yana. Semoga jodoh Abang Lan ♥ Kak Yana kekal dan diberkati oleh Allah SWT dunia dan akhirat. Jaga Kak Yana elok-elok k..
Kak Yana
Kak Yana pulak.. Jaga diri elok-elok untuk Abang Lan. Jaga Abang Lan saya elok-elok jugak ye..hehe. Sayang both of u!
Ok, jom balik!
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!