It was a public holiday. Sebenarnya tak best langsung hari tu. Dengan memikirkan gaji yang belum masuk lagi, saya tak rancang ke mana-mana. Masa banyak dihabiskan di rumah. SANGAT BOSAN! Sampailah ke waktu malam, tahap kebosanan dah naik ke kepala. Rasa mau keluar tengok wayang tengah malam walaupun sorang-sorang.
Sedang melayari internet, tersaja-saja check kat Maybank2u. Lah, rupanya gaji dah masuk siangnya. Taik betol! Kalau tau, siang tu dah kuar jejalan. Message la Shafaq yang balik kampung, saja nak meluahkan perasaan bosan. Ada la kata nak kuar tengok wayang malam-malam, tapi sekali Shafaq btau kononnya ada 25 banduan terlepas dari penjara Penang. Terus takut, dok diam-diam kat umah je la.
Tapi takpe la, semalamnya dah kuar men bowling ngan Shafaq, Ana, Adila dan Kay-E. Nanti saya upload photo men bowling.
** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * **
Saturday
Went to Kuala Ketil and Sungai Petani. Tujuan asalnya nak jumpa dua orang kawan yang dah lebih dua tahun tak jumpa. Tapi dapat jumpa sorang je, Iela. 12 Jun nanti Iela kawin, tapi saya tak dapat datang kenduri Iela sebab clash dengan kenduri abang sepupu. So, kebetulan ada kesempatan, saya ajak Iela turun di Kuala Ketil. Dari Kuala Ketil, saya jemput dia di stesen bus stand lalu ke Sungai Petani.
Janji dengan Iela pukul 1, tapi Iela ada hal cket jadi terpaksalah tunda lewat cket. Saya pulak pagi tu terpaksa g opis. Haish, time cuti la lot ade issue. Lepas amek Iela kat Kuala Ketil, kami ke CS Sungai Petani. Mula-mula memang terpusing-pusing dalam CS sebab tak tau nak ke mana. Pesan kat Iela jangan tunjuk barang-barang sebab saya tak mau shopping. Tapi bila nampak Body Shop yang tengah wat sale, sambar jugak 1 2 barang. Huh, tak berjaya mengawal nafsu.
Kami makan di KFC je, sambil borak-borak. Banyak berkisar tentang 'abang' Iela, kenduri, dan kje. Ada jugak terselit cerita tentang Rahmah. Kami berharap kami dapat jumpa Rahmah, kot-kot la boleh terserempak dalam CS tu. HAMPA!
Papepun hepi dapat jumpa Iela. Seronok dengar dia kje elok. Paling seronok sebab dia nak kawin dah. Semoga perkahwinan Iela kekal bahagia dunia dan akhirat. Kami berpisah lagi kira-kira pukul 6.15 petang. Saya berharap dapat jumpa Iela lagi lain kali.
** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * **
Sunday
Pagi Ahad, sedang nak bersiap g Ipoh, dapat call untuk check status lot. Hurm, terpaksa lagi g opis hari Ahad. G jap kat opis, check ape yang patut pastu headed to Ipoh for Comel's wedding. Pukul 10.35 masuk hiway dari tol Bandar Bharu, pukul 12.45 smpai kat kenduri Comel. Itu pun selepas tersesat cket kat Ipoh town. Bila dah rasa lost, masuk balik ke hiway, ikut plak jalan dari Tol Simpang Pulai.
Kat kenduri Comel, seperti yang dirancang, dapatlah jumpa Aleen dan Abu. Hasrat nak bergambar atas pelamin mahal Comel tak kesampaian bila time kitorang nak gerak balik, Comel masih kat luar dan tak masuk ke dewan semula. Kami ni nak bergambar dengan Comel di pelamin mahal dia, tapi dia pulak tak masuk-masuk ke dewan. Takde rezeki la namanya tu.
Pukul 3.30, saya, Aleen dan Abu gerak dari kenduri Comel. Tapi belum pun masuk kereta, Umie baru sampai. Maaflah Umie, tak dapat teman Umie dalam dewan sebab kami rushed nak singgah rumah Atif pulak. Tambah pulak nak g klinik sebab Aleen kurang sihat. Dalam perjalanan untuk ke hiway, nampak KPJ Ipoh, so kami singgah di situ untuk Aleen buat check-up. Sementara Aleen buat check-up, saya ke surau untuk jamak Zuhur-Asar dan tukar 'uniform'. Tak selesa sangat drive jauh pakai baju kurung.
Lepas ke KPJ, kami teruskan perjalanan ke umah Atif. Pukul 6 baru sampai kat Jawi. Lama gak di umah Atif, siap boleh lelap lagi. Tak puas men dengan Eryna, lebih kurang pukul 10 kami menuju ke Utara. Saya balik ke Kulim, Aleen dan Abu singgah di Penang sementara tunggu flight untuk balik ke Kuching.
** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * ** * **
Monday
Semalam, letih sangat nak bangun pagi-pagi untuk ke opis. Dengan selamba, message Kak Lisa btau half-day je. Yeah, sambung tidur smpai kul 10 pagi. Kul 11.39pg flashed badge dan kje mcm biasa (which is kje men-men)
2 comment(s):
maner pict kawen comel??nak la tgk
ala kak dee..org xde camera la. hr tu aleen yg ada amek gmbr wedding comel. tp dia pon blm upload lg kt FB kot..huhu
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!