He Takes My Breath Away

Oh, I am in love with him
I fall in love again and again with the same man
He takes my breath away
I love him, so much..

Kak Na.Dah.Tunang

Hari ni memang khas untuk ke rumah Kak Na. Kak Na dah booked kami untuk kenduri di rumah dia sejak 3 bulan lepas. "Nanti Kak Na tunang, hangpa p la ghumah Kak Na kalau takda papa". Tapi sebagai housemates kesayangan merangkap adik-adik kesayangan, jadual hari ni memang sengaja dikosongkan untuk Kak Na.

Kak Na cantik sangat hari ni; manis. Dengan sedikit solekan; blusher + maskara + lipstick, Kak Na semakin cantik. Kulit Kak Na pun memang takde cela.





 It's a perfect match from heaven

Pls.Plan.Your.Leave

click utk ketumbitsaran Goofy

Uhuhu, cuti terkumpul hampir 6 hari. Dah terfikir-fikir nak amik untuk ape..ngee Teethy .
Lagi 2 bulan nak raya dah. Berdasarkan normal shift calendar, ada cuti 4 hari termasuk weekends. So, nak tambah la 3 hari dari annual leave untuk cukupkan seminggu..uhuhu.

Lagi 3 hari (and counting), boleh la amik kalau-kalau tahun ni jadi nak wat majlis tunang Brows.

It's a special day!

Today is his birthday
Yes, my En.Syg's birthday
I don't have anything to present him, I'm sorry
This last 3 months and next month I have to save for roadtax renewal
Anyhow, I promised myself I would present him something later
Last night at 12.05am, I wished for his birthday
He even doesn't remember today was his birthday
It's okay, I am here to remind him  Animated Hearts 

That's something only love can do


2am and the rain is falling
Here we are at the crossroads once again
You're telling me you're so confused
You can't make up your mind
Is this meant to be
You're asking me


But only love can stay
Try again or walk away
But i believe for you and me
The sun will shine one day
So i just play my part
Pray you'll have a change of heart
But i can make you see it through
That's something only love can do


In your arms as the dawn is breaking
Face to face and a thousand miles apart
I've tried my best to make you see
There's hope beyond the pain
If we give enough
If we learn to trust


But only love can stay
Try again or walk away
Butt i believe for you and me
The sun will shine one day
So i just play my part
Pray you'll have a change of heart
But i can make you see it through
That's something only love can do


I know if I could find the words
To touch you deep inside
You'll give my dreams just one more chance
To let this be our last goodbye


But only love can stay
Try again or walk away
But i believe for you and me
The sun will shine one day
So i just play my part
Pray you'll have a change of heart
But i can make you see it through
That's something only love can do


That's something only love can do



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *



Saya tak pernah mencari Cinta saya. Maksud saya, saya tak pernah mencari lelaki yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman saya. Tipulah kalau saya tak pernah menyukai seseorang sebelum ini. Banyak kali juga jadi secret admirer orang lain. Tapi faham-faham je la, cinta monyet je sume tu. Ada gak satu dua orang yang admired saya masa zaman sekolah dulu (ceh! poyo je kenyataan ini). Tapi masa tu saya lebih suka fokus pada belajar (tak, tipu ni. actly saya tak suka kalau orang admire saya, tapi kalau saya admire orang, xpe..hahaha). Nanti rajin-rajin saya ceritakan kisah admire, crush and love saya dalam entry akan datang.



Sekarang saya bahagia dalam percintaan kedua. En.Sayang saya juga bukanlah seorang yang perfect. Yet, nobody's perfect kan? (Tapi saya dan dia = sempurnakan diri masing2.. InsyaAllah). Saya cinta dia bukan atas sesuatu sebab. Saya pun tak tahu mengapa saya cinta dia..haha. Yang saya tahu, saya cinta dia. Full stop! Love has no reason. Cinta saya pada dia hadir sendiri tanpa dia dan saya paksakan. Perlahan-lahan cinta tu datang dan boleh dipupuk dengan sedikit usaha yang bermakna.


Dulu di awal perkenalan dengan En.Sayang, saya juga bingung adakah saya layak untuk dia, dan adakah dia sememangnye untuk saya? Melalui pengalaman pertama, tentulah saya takut gagal lagi. Tapi apa yang saya buat (atas dorongan En.Sayang juga), take him as he is. Yet, nobody's perfect. Saya rasa saya perlu mencuba, jadi saya cuba dan sekarang saya bahagia kenal dia walaupun dipisahkan beratus-ratus kilometer.

Saya tak percaya pada sesuatu hasil tanpa usaha. En.Sayang saya berusaha berhubung dengan saya walaupun beberapa kali lost contact selepas kami habis belajar. En.Sayang saya setiap hari SMS atau call saya. En.Sayang saya sanggup menaiki bus dari Johor ke KL demi saya. Itulah yang saya namakan usaha yang bermakna. Dia cuba untuk meyakinkan saya. Namun, sekiranya apa yang telah dia usahakan saya masih juga ragu-ragu, maka tiada lain yang boleh dia harapkan selain love itself dapat membuka hati saya. He did it! Give him the big claps! Hehehe..


Doakan saya dan dia menghasilkan kombinasi yang sempurna. Doakan saya dan dia bahagia bersama, sebab saya cinta dia..

Yawnnn...

Uhuhu..saya sangat mengantuk!

Kenduri Abang Lan ♥ Kak Yana

Lebih sebulan yang lepas setelah lama jugak tak contact, Abang Lan roger kalau-kalau boleh jumpa pada hujung minggu. Saya yang takde pape plan bersetuju saja sambil bertanya "Nape, Abang Lan nak kawen dah ke?" Konon nak berselindung, Abang Lan jawap "Saja nak jupe, nak bagi barang" Heleh..macam la kita ni budak-budak yang boleh digula-gulakan.

Seperti yang dijangkakan, Abang Lan bagi kad undangan pada saya. Disebabkan ade beberapa orang lagi kenalan yang duduk di Kulim ni, Abang Lan kirimkan kad undangan yang lain untuk yang ada di sini. Majlis nikah dan majlis resepsi berlangsung 6hb June yang lepas di rumah Kak Yana di Perlis, tapi saya tak dapat hadir sebab balik ke KL. Hari ni kenduri sambut menantu di Bukit Mertajam. Kulim-Bukit Mertajam dekat je, tak sampai sejam pun.

Hari ni saya ajak Adila teman saya ke majlis sambut menantu. Kami ikut jalan dalam ke Bukit Mertajam. Ini first time saya drive ikut jalan tu. Dari Kulim ke bandar Bukit Mertajam tu, saya takde masalah tapi selepas bandar Bukit Mertajam, saya terkial-kial mencari Jalan Kebun Sireh. Akhirnya saya menyerah. Saya nampak Jusco dan menghala ke Jusco. Dari Jusco, saya ke bulatan Alagappas (lokasi saya langgar buntut myvi) yang ada dalam plan ke rumah pengantin.

Selepas masuk lorong ke rumah Abang Lan, jauh ke dalam jugak sebelum nak sampai ke khemah kenduri. Tengok kat cermin sisi, ternampak Kancil oren di belakang. Macam ku kenal plate number kereta tu. Cess Shafaq rupenyer..! Laa, dia datang kenduri ni jugak ke? Segera terus teringat pernah perasan Kak Yana adalah friend Shafaq dalam Facebook. Ceh, kalau tau Shafaq pun nak g kenduri ni, saya drive je g umah Shafaq then konvoi dari situ, takde la tercari-cari dan sesat tadi.
CikRean - Adila
CikRean - Shafaq
Owh, bulatnye pipi saya macam pau. Pipi pau ku..hurmm boleh tukar jadi title blog ni. Hahaha..
Lama gak tunggu kat ruang tamu sambil makan bahulu dan air sirap. Masa ni pengantin tengah amik gambar kat dalam bilik. Kami ni kira tunggu giliran untuk amek gambar bersama pengantin jugak la. Saya duduk mengadap pintu luar yang terbuka, punyalah lama duduk kat situ sampai sakit kepala bila terlalu banyak cahaya masuk ke mata. Note* Remember? Sayakan ada masalah astigmatism. Mujurlah saya standby spek dalam handbag. Sampai sekarang pun masih terasa sakit kepala, pastu mengadap lappy plak tu. Hehehe...
CikRean dengan katil pengantin
CikRean - Kak Yana

CikRean - Shafaq - Adila

CikRean - Kak Yana - Shafaq - Adila

Tudung saya ditiup angin.. =(

Hantaran yang Kak Yana bagi kepada Abang Lan. Yang dalam kotak Secret Recipes tu brownies agaknye ye..sebab kotaknya rendah je.
Sambil tunggu Abang Lan ♥ Kak Yana yang bergambar dengan kekawan yang lain, kami diberi album nikah mereka. Bolehlah menjamu mata.
Hikhik, tengok tu, Abang Lan happy giler. Tu diaaa..dimple tajam xhengat!
Ok, kami nak balik dah. Lama jugak kat rumah Abang Lan, ade kot 2jam. Ok, last shots..
Abang Lan.
Tahniah, Abang Lan.. Jaga diri elok-elok untuk Kak Yana. Semoga jodoh Abang Lan ♥ Kak Yana kekal dan diberkati oleh Allah SWT dunia dan akhirat. Jaga Kak Yana elok-elok k..

Kak Yana
Kak Yana pulak.. Jaga diri elok-elok untuk Abang Lan. Jaga Abang Lan saya elok-elok jugak ye..hehe. Sayang both of u!
Ok, jom balik!

Hebatkah? Membazirkah?

Rumah dah siap pahat masih berbunyi. Pernah dengar kan pepatah Melayu lama ni? Ia ada kaitan dengan apa yang ingin saya tulis pada malam ni. Saya nak bicarakan tentang kenduri kawin. Maklumlah sekarang ni musim orang wat kenduri, sedang dalam famili saya pun baru saja minggu lepas ada kenduri.

Tujuan asal kenduri kawin adalah untuk mewar-warkan perkahwinan. Salah satu sebab supaya masyarakat tahu sepasangan hamba Allah telah disatukan, kelak tak wujud fitnah dan buah mulut orang. Terpulang kepada mereka untuk mengadakan kenduri yang besar-besaran atau kecil-kecilan, tapi yang digalakkan dalam Islam tentulah yang bersederhana.

Setiap kenduri pasti ada cerita disebaliknya, tak kiralah ianya sempurna mahupun kekurangan. Mengaitkan kenduri dalam famili baru-baru ni, secara kasarnya ia berjalan dengan lancar dan sempurna. Alhamdulillah cuaca pun berpihak kepada kami. Perjalanan majlis memang lancar, namun pengakhirannya timbulkan cerita-cerita yang kurang enak. PEMBAZIRAN berlaku.

Ketua tukang masak tak berjaya buat anggaran yang tepat dalam membeli barangan dapur. 30 ekor ayam untuk masak dalca adalah too much. 3 kotak kicap manis untuk sekawah rendang dendeng/ rendang tok adalah too much. Lebih 50kg santan untuk 1000 orang makan adalah too much. Mungkin ketua tukang masak kurang pengalaman... Taik! Dah banyak sangat kenduri kat taman tu dia yang handle.

Walaupun saya memang tak pandai masak, tapi saya juga tau kira-kira. Pening kepala otak saya tengok barang mentah/ barang kering yang menimbun selepas kenduri. Memanglah tak busuk barang-barang kering e.g bihun 15kg tu, dan konon boleh simpan lama. Tapi seberapa lama barang-barang tu bertahan? Takkanlah 3 bulan ni nak makan bihun goreng, bihun sup atau apa-apa saja masakan berasaskan bihun hari-hari?

Kekadang orang ni saja nak pekena tuan rumah. Bila tengok tuan rumah senang sikit, mintak tu ini.. Dia fikir, takpe..tuan rumah mampu. Hish..pale otak dia! Gunung pun kalau ditarah hari-hari boleh rata.

Teringat kes mak saya. Dulu masa kenduri abang yang sulung, kami pakai katering je. Yelah, masa tu tak ramai lagi penduduk kat flat tu. Lagipun tak berapa ramai dijemput sebab kenduri tu adalah kenduri ke-3 selepas di rumah kakak ipar dan di rumah mbah kat kampung. Everything was so smooth, I could say it was perfect. Masa tu tahun 2005, katering charge RM7/tetamu. Memang puas hati sangatlah. Tapi tiba masa kenduri abang yang ke-2, kawan-kawan mak mintak buat rewang-rewang untuk seronok-seronok. Haaa..yelah seronok-seronok, sampai rendang pun tak cukup. Belum pukul 2.30 petang, rendang tinggal 5 dulang daripada 15 dulang. Kira punya kira, 2 dulang rendang lesap dengan dulang-dulang sekali. Memang keji sangatlah si pencuri tu.

Si tukang masak nasi minyak pun 1 hal. Biasanya kenduri orang Jawa cepat berakhir, pukul 4 tu memang dah takde tetamu sebab mula awal. Pukul 11 pon dah ade tetamu datang. So, dalam pukul 3 tu tetamu dah berkurang. Nak dijadikan cerita, pukul 3 tu si tukang masak g masak lagi 2 periuk nasi minyak dan 1 periuk lagi nasi putih. Sape nak makan wei! 1 periuk nasi minyak daripada 2 periuk tadi mentah pulak tu. Akhirnya ke tong sampah jugak la peginya. PEMBAZIRAN! Bukan tak bagi pada jiran-jiran, tapi selepas bagi pun ade dua lagi flusk nasi yang tak terusik.

Dengan 2 pengalaman PEMBAZIRAN tu, saya dah bertekad untuk tak buat kenduri ala rewang bila saya kawin nanti. Bagi saya, biarlah bayar mahal cket untuk katering, asalkan makanan tak terbuang camtu je. Orang kat Palestin/Darfur tu susah nak dapat makan sedap-sedap, kita kat sini membazir makanan masa kenduri..

Phobia

Just went out from sub-FAB; FA lab. Nothing much, I just went to the lab to submit job request. I don't do the Physical FA, nor Electrical FA. I just request them to do it for me. Yes, still I have to queue with other requests. *Note: I'm not princess, nor Cinderella..hehehe

My job (currently la) isn't difficult. My boss thinks for me, and I just execute (this is why sometimes I felt so bored and useless. in fact I could say I am a technician not an engineer).

Owh, I had almost off the topic. OK, just get back to the point. I hate to go to the lab. Almost every time I get sting by the electrostatic charge whenever I hang back the smock or touch the door to go out. Last week was the worse. It was happen when I hang back the smock after wore it. My hand was touched the attached hanger. I believe it was the high charge I ever felt before. I was so shocked and about to cried. Don't worry I am not that crazy to cry in the lab.

Now, I am phobia to go downstair to the lab. It's scary to get sting by the charge. I can't escape myself to void going downstair to the lab, so what do I do is before I hang the smock or tru pass the door, I will hit them with pen for example, or cover my hand with cloth. Anyhow, I still phobia with the electrostatic charge in the lab.


It's a blessed, thank you!

Syukur kerana perasaan itu masih sama. Aku tak keseorangan kerana aku dan dia masih dalam perasaan yang sama. Akhir-akhir ni aku terbawa ke kekecewaan yang dulu, yang aku takut akan terjadi lagi. Namun kini aku pasti, rasaku ini adalah rasa dia juga. Rasa yang masih sama, tetap sama.

Sayang, miss you like crazy..luv you damn much.

 

Lost.My.Passion

Saya suka kerja di sini, tapi saya dapat rasakan saya tak productive. Tak banyak yang saya belajar di sini. Some more, saya tiada usaha untuk belajar. Saya terfikir untuk cari kerja yang lain. Kerja yang membuat saya hidup.

Obese!

Saya semakin gemok
Spare tyre semakin tebal
Lemak di bawah lengan dan belakang dada semakin ketara
Ni mesti sebab sekarang saya dah kurangkan bersenam
Malu nak pakai kebaya, jeans pon dah tak muat
Cedey~


Apa.Korg.Rasa.Bila.Org.Silap.Panggil.Nama.Korg?

Bengang! Sangat bengang!

Pernah dalam 4 bulan ni saya ade kes orang salah panggil nama saya. Ok, saya tau dia seorang Chinese. Tapi dia petah berbahasa Melayu dan hidup dikalangan orang-orang Melayu. So, tak kan lah dia tak tau yang Nordin adalah nama lelaki? Hello, dia panggil saya Nordin okay! Hadoi, bengang giler saya masa tu. Haaa..gelak..gelak. Takpe, saya bagi can kat korg untuk gelak. Kalau nak gelak guling-guling pon xkesah.


Demi maruah saya, saya tegur dia. Bagi saya, nama pun satu maruah jugak, okay. Saya cakap "Panggil je I, Norina" Pastu dia mintak maap, sekarang pandai pulak nak panggil Norin. Yang saya bengang sangat dulu, bukan je secara verbal dia panggil saya Nordin, dalam email pon dia tulis Nordin jugak. Hey, kan dalam Outlook tu dah terang-terang dia sent ke NORINA, camne boleh jadi NORDIN plak? Hadoyai, sakit jiwa camni..


Kopi dan Jajan

Ahhh..air kopi, sedapnyerr! Lama tak minum air kopi, dah 2 bulan dah kot. Dulu masa kecik-kecik, hari-hari minum kopi. Kalau rendam biskut jagung dalam air kopi...ahhh tak terkata sedapnyerrrr! Mak Nah, pengasuh saya dan abang suka bancuh air kopi. Kopi Mak Nah memang terbaekkk! Kitorg dibesarkan dengan air kopi Mak Nah. Sedap, tambah pulak kecik-kecik dulu mana banyak komplen, sumenyer ditelan. Nasi putih makan dengan ikan goreng pon sodap..hehehe.

Sambil taip entry ni, sambil minum air kopi dengan makan jajan super ring..huhu rasa sadis giler. Tengah lapo ni sebenarnye, tp malas nak kuar beli makanan.

Teringat plak makanan yang mak masak masa balik minggu lepas. Hari Sabtu bersarapan dengan nasi goreng kampung; perencah ikan bilis dengan sayur kangkung. Ade jugak pulut dan sambal. Haa, yang ni saya yang request. Hahaha, order je ek? Banyak cantek! Hahaha.. Hari Jumaat dalam perjalanan balik dah btau kat mak nak makan pulut dengan sambal. "Mak, adik lapar pulut sambal la, mak" Hehehe..

Tengahari Sabtu tu, balik je dari kenduri Amira, masuk umah bau tomyam. Tapi sebab dah kenyang kat kenduri Amira, petang barulah saya rasa tom yam mak. Hari Ahad, mak mogok! Hahaha..penat g kenduri kot. Petang baru mak masak sardin..hehehe. Ermm..cedapnyer walaupun sardin. Arghh..saya lapo!!


peneman saya malam ni..uhuk =`(


Outing.With.CikLa

Saturday, June 5th @ 1Utama - Saya dan CikLa kuar untuk tengok muvee selepas beberapa bulan tak jupe. Kitorg tengok muvee Prince of Persia. Walla! Best la citer tu, 1 scene pon tak terlepas. Sangat enjoy the muvee, rasa nak tengok lagi. Ye, saya faham kalau guyz komen citer tu best. Mungkin citer tu tak cukup thrill kot. Tapi bagi saya dah best dah citer tu.






up