bLue vs rEd + yeLLow

Hari ni penuh warna-warni. Pagi-pagi dapat warna MERAH. Tengahari pulak disinari KUNING. Menjelang lewat petang MERAH kembali mengganas. Tapi sebenarnya BIRU jadi menjadi tema hari ni.



Updated on Saturday 9:27 am

Ingat tak cerita seorang pemuda yang selalu marah? Tatkala dia marah, ayahnya suruh dia pakukan kemarahannya pada dinding. Lama-kelamaan dia kurang memaku yang bermaksud dia beransur-ansur menjadi seorang yang penyabar. Maka ayahnya suruh dia cabutkan setiap paku bilamana dia telah meniti harinya tanpa marah. Akhirnya kesemua paku tercabut tapi meninggalkan bekas-bekas di dinding. Bekas-bekas luka di hati sebenarnya. Jadi, jangan cepat marah, ya Norina.

Saya ini memang failed kurang bijak mengawal perasaan. Tapi saya ini sebenarnya bukan suka nak marah-marah tak tentu pasal, sebab saya ini belum gila..huhu. Saya ini akan marah bila diprovok. Biasanya saya seorang yang comel je..kikiki.

Seperti pagi semalam, saya jadi marah lalu membunyikan hon banyak kali dan panjang (feberet bila marah) pada pemandu bodoh yang tetiba membrek dan bagi signal 1 second untuk ke kiri. Udah la tadi aku ni follow dia dengan kelajuan 50kmj. Dengan sabarnya aku melayan selenga dia, tetiba dengan buat bodo dengan bagi signal 1 second. Sakit jiwa betol!

Tengah hari saya sangat ok. Pergi lunch kat Kulim Mall TomYam dengan Azrin dan Shafaq. Pesan nasi putih tomyam dengan telur dadar. Kenyang dan happy.

Menjelang petang red mode datang balik. Dengan terdesak memenuhi kehendak customer yang last minutes baru nak cakap, saya ini dilayan dengan kejam oleh seorang section head. Step yang selama ini tak pernah dibisingkan kini dibahas. Sedangkan step tu hujung bulan ni baru jalan. "Pls check and approve on the first 10 step, I'll amend the remaining. We need to cover those 10 steps by today because the lot has just started" Disebabkan kekangan masa saya rayu mohon pengesahan dia. "This is 'blank cheque'. I wont signed" dengan menolak document tu. Sakitnya hati saya! Berkali-kali saya mohon kat dia, tapi dia buat camtu. Then what I did, I slammed the document and leave. Psycho x? Hahaha puas hati..

Sebab tu lah hari saya berwarna MERAH-KUNING-MERAH semalam walaupun bertemakan BIRU..huhu. Layanzzz

En.Sygku

I miss you..



Kehilangan

Saya betul-betul tersentap   . Saya tahu lambat laun ia tentu terjadi, tapi tak sangka secepat ni. Saya tak sedia.

Saya dah rasa sedih dan kehilangan walaupun ia belum terjadi. Kenapa dia nak pergi? Personal matter? Saya rasa itu bukan main reason. Tapi saya fikir sebabnya ialah rasa tak puas hati dan kurang keyakinan pada masa depan dia di sini.

Saya perlukan dia, kami perlukan dia. Saya sayang dia.. Uhuk, saya sedih  

Letih.Dan.Sakit

Dua tiga hari ni rasa letih betul, tak sempat nak melayan perasaan (ya, tipu). Hujung minggu lepas balik KL, pergi kenduri dengan famili. Semalam dan hari ni pulak puasa sunat, terasa la letih sikit. Tapi masih okay, belum collapse lagi.

Saya sunyi...............................................................

Cerita.Pagi.Ini

Malam tadi tidur nyenyak betul. Pukul 11 dah berbaring-baring atas katil, ntah bila tertidur. Tersedar lebih kurang pukul 12, dengar kat luar tengah hujan. Patutlah tadinya rasa panas, nak hujan rupanya.

Tidur dengan nyenyak tanpa gangguan dengan Azrin kat sebelah. Seminggu ni dia tumpang kat rumah sebab dia takde kenderaan. Kereta Kancil yang dia selalu bawak bakal digantikan dengan kereta Saga yang baru. Sementara tunggu kereta Saga sampai, dia tumpang dulu di rumah saya.

Pagi ni bangun dengan hujan masih menemani di luar. Lama jugak hujan kali ni, lebih 6jam. Tapi harap takde pape bencana berlaku. Even masa OTW ke opis pun hujan lagi, tapi renyai-renyai je. Agaknya sebab hujan, pukul 7.30pagi dah mula jammed kat simpang empat Sg.Ular tu. Dua kali green light pun tak dapat pergi sebab dah jammed kat depan.

Selepas jambatan, berhampiran dengan Caltex tengok-tengok ade xcident. Patutlah jammed! Remuk bahagian depan dan belakang kereta Viva yang siap bersticker bunga-bunga tu. Cermin belakangnya pecah, tinggal bingkai aje. Haish..bila hujan-hujan camni, kena put extra careful la. Yang penting, SABAR..huhu (owh..ini nasihat untuk diri sendiri jugak. selalu tak sabar..hehe)

Dah.Bayar.Hutang?

Dalam tak sedar, hari ni dah 14 Syaaban. Kurang lebih 16 hari lagi datang bulan Ramadhan. Sekejap je..

Bila umur dah meningkat, masa terasa berlalu dengan cepat. Dulu masa kecik-kecik rehat 15 minit pon rasa lama. Siap boleh main kejar-kejar lagi lepas abis makan. Tapi sekarang, 15 minit tu rasa sekejap sangat. Tau-tau dah abis waktu..

Alhamdulillah, puasa Ramadhan yang lepas dah abis ganti. Ganti siap-siap masa Syawal lepas, takut kalau-kalau lambat ganti tak sedar dah sampai Syaaban pulak. Saya xberapa sure sangat, tapi selalu dengar dari orang sekeliling kata mereka tak baik ganti puasa di hujung-hujung bulan Syaaban. Makhruh kot. Tapi kalau puasa sunat takpe. Haish nanti saya semak balik, kot tersilap fakta pulak.


Que Sera Sera

"Kita bukan budak-budak lagi, CikRean. Kita kena bertindak matang. Kalau CikRean ragu-ragu, solat istikharah. Bila kita nak buat keputusan, kita mintak panduan dari Allah. Kan bagus klu kita amalkan.."

Cikla, thank you very much for the advice. I'm really appreciate it. Yes, that's right, kita tentu selamat kalau kita sentiasa mintak panduan dari Dia. For now, I don't wanna make any decision because I had made one. Just go with the flow.

I don't wanna push him anymore. Lets give him times to make his mind. Meanwhile, hopefully I got chance to understand him and knowing him...more.

Kesunyian.. Eh, Kesayuan La

Dua hari ni rasa sayu pulak, sejak malam tu. Ada betulnya apa yang dikatakan, saya mengaku.

Takpelah, lepas kje nanti gerak balik KL tumpang Amy bersama Ayu dan Zura. Balik umah boleh jupe Mak Abah dengan adik-beradik yang lain. Nanti perasaan sayu ni hilanglah. Hopefully.

Esok pun boleh jupe Mbah, Siwo, Bibik, Paman dengan sepupu-sepupu sebelah Mak. Mbah turun KL esok sebab kawan masa kje kat kilang getah buat kenduri kawen anaknya. So, adik-beradik Mak yang ade kat KL mesti berkumpul sekali bila Mbah turun dari Sagil.

Hati pun gundah-gulana ni. Lampu kat umah sewa, satu per satu tak boleh ON. Kelip-kelip dan sampai satu masa langsung dah tak berkelip. Terus mampos! Umah tu takde masalah kecuali wiring. Saya pasti, ni mesti masalah wiring!

Berat hati nak pindah cari umah lain sebab selesa di umah sekarang. Tapi mana tahan klu hampir 2 bulan sekali nak tukar starter dan lampu. Sedey la..hukhuk..


Perempuan.Ini

Perempuan ini dah meningkat dewasa, namun jiwanya masih remaja
Melampaukah?

Perempuan ini ingin dikasihi dan jiwanya ingin dibelai
Melampaukah?

Perempuan ini mempunyai impian yang banyak dan besar
Melampaukah?

Perempuan ini mengimpikan mahligai yang indah di hati dan di mata
Melampaukah?

Perempuan ini impikan persandingan yang sempurna
Melampaukah?

Perempuan ini ingin mas kahwin berupa seutas rantai tangan emas
Melampaukah?

Perempuan ini mahukan kerjaya seiring rumahtangga
Melampaukah?

Perempuan ini sedang berangan dan mengarut dalam blognya
Melampaukah?

Dilema Wakil Rakyat Pembangkang

Oh, kali ni tetiba nak tulis entry tentang politik pulak. Maafkan saya..huhu

Actually tadi bacalah online news, biasalah pepagi kan. Terbaca kisah rakyat di mana nasib mereka teraniaya oleh kerajaan. Maka berpakatlah mereka membuat bantahan. Dalam ramai-ramai yang berada di situ, terselitlah paling tidak seorang wakil rakyat pembangkang. Dalam amatan saya mestilah pihak kerajaan akan membuat andaian bahawasanya wakil rakyat pembangkang itu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.

Di Malaysia ni, apa-apa saja isu yang melibatkan rakyat tentu ada pihak yang akan mempolitikkan isu tersebut. Tak caya??


Toasted Pocketful vs GCB

Dalam minggu ni, dua menu baru dari KFC dan McD saya dah cuba. KFC Toasted Pocketful tu saya cuba semasa lunch hari Jumaat lepas. McD GCB pulak pada malamnya. Dua menu baru dalam sehari..huhu hebat!




KFC Toasted Pocketful tu sedap macam yang diperkatakan dalam iklannya. Tapi saya musykil sangat ni. Apsal ek saya tak berubah jadi Nora Danish masa first bite dan jadi Angelina Jolie untuk bites seterusnya? Paling tidak pun, sekurang-kurangnya jadi Shakira la..hurm musykil..musykil  Very Confused .

First bite untuk McD GCB pulak mengingatkan saya pada masakan ayam kicap mak saya. Oh, seb baik tak homesick! Sedaplah, tapi memang rasa ayam kicap mak saya masak. Chicken thigh tu dorang marinate dalam sos kicap yang berempah kot, then grilled. 1 yang tak berapa best pasal McD GCB tu, dorang tak buang kulit pada chicken thigh tu..haish..

Saya lebih suka KFC Toasted Pocketful tu lagi daripada McD GCB tu. McD GCB tu xde la special sangat, makan ayam kicap mak saya lagi special..huhu~



wut the 'ache' 'ee' 'elle' 'elle'!!!!

Semalam rata-rata orang akan blog tentang kenaikan harga petrol yang secara automatik ternaiklah juga harga barang-barang yang lain. Masing-masing bengang dengan apa yang berlaku. Marahkan kerajaan, marahkan Najib. Tapi saya malas nak cakap pasal tu. Bukanlah nak jadi bodo sekadar mengikut dan mengiyakan tindakan kerajaan tu, tapi worth ke saya bising-bising sekarang? Hurmm..suara saya tak didengari pun, klu undi blh nampak kottt...hahaha

Bkn hal ini yang saya nak blog sekarang, tapi hal semalam jugak la. Geram dan bengang giler ngn sorang senior engineer ni..! Taulah dia dah lama, yelah nama pun senior kan. Mentang-mentanglah dia senior, dia ske ati je nak buli saya dengan kata-kata dia. Dia buli saya sebab saya baru, tapi dalam masa yang sama dia anggap saya orang yang dah lama yang tau semua benda. "Awak lot owner, takkan lah tak tau?" Betullah saya tak tau, dan saya cakap saya akan rujuk pada senior saya. "Cepat tau, dah lama dorang cari measurement box tu, xjumpa. Cepat tau. Ha lagi satu...bla..bla..bla" Membebel aje, tadi suh cepat tapi sempat lagi nak membebel..bla..bla..bla. Sakit ati! Dia buli saya sebab saya orang baru, tapi dalam masa yang sama anggap saya orang lama dan tau semua benda. Tak faham dan tak mo faham dia. Malas nak layan.

Esoknya bukan saya yang bukak cerita tak puas hati, tapi senior saya sendiri pon bengang dengan senior yang tu. Kami diberikan projek ni tanpa leader kami passdown clearly tentang projek ni sebab masa tu leader kami dah sibuk nak balik bercuti Korea. Kami pun sebenarnya tercangang-cangang dengan projek ni, tapi masih berusaha untuk jayakan. Senang-senang je dorang tekan kami. Stress betol! Tak pernah dalam sejarah projek2 sebelum ni front-end fabricate kat sini, back-end fabricate kat company lain. Masalah alignment la...dan ntah ape2 lagi issue timbul. Even lot type pon jadi issue..huh!

Tak sabar tunggu leader balik dari Korea. Dia lebih tau pasal projek ni, so kami takde la teragak-agak nak buat keputusan. Pastu ade orang boleh backing..hehehe.

p/s hopefully nanti mr.yun bawak gim banyak-banyak...sedapnyerrr

Teda kah?

Teda kah lowongan di JB untuk saya?
Hehehe..bahasa Sabah campur bahasa Indon. Suke hati saya saja..

Ya Allah, aku pohon rahmat dan kasih sayangMu untuk berikan yang terbaik kepadaku. Di manakah sebenarnya? Masih di sinikah, atau bakal ke sana pula? Ya Allah, pandukanlah hati ini ke jalan yang benar.

~Rindu En.Syg~

Dulu kalau rindukan En.Syg, saya selalu MMS photo pada dia, bukan dia MMS photo dia pada saya. Hahaha..ni siapa rindu siapa? Rindu sangat kat En.Syg sekarang ni. Apa boleh buat, hubungan jarak jauh memanglah macam ni. Rindu-rindu selalu..



(-_~) demam..

Saya dapat medical leave hari ni. Semalam lagi dah selsema dan rasa nak demam. Sakit kepala saya tiap kali bersin bertalu-talu tak henti-henti.

Tadi pagi seperti biasa saya bangun pukul 6 untuk solat subuh dan bersiap-siap g office. Tapi usai solat, saya rasa malas sangat nak bersiap, kepala pun masih rasa berat sangat. Saya berlingkar atas katil dan dapat rasakan kepanasan badan sendiri. Oh, saya tahu...saya dah demam ni. Ok, sambung tidur!

Pukul 9 tadi saya bangun dari tidur dan bersiap-siap pulak ke klinik. Kepala masih rasa berat untuk drive sendiri ke klinik, tapi tak sampai hati nak kejutkan Kak Na yang mungkin sedang nyenyak tidur. "Takpelah, pelan-pelan drive nanti sampailah," pujuk hati sendiri.

Lama jugak berada di klinik tadi, dari pukul 9.32pg sampailah 10.38pg (tahu pun sebab ade rekod dalam MC yang disertakan). Dr.Rusli yang attend tadi. Ini kali kedua saya berkunjung ke klinik tu, kali terakhir setahun yang lepas. Doktor tu kerek sikit, tapi baik sebenarnya. Alhamdulillah dia signed medical leave untuk saya tadi, kalau tak mesti esok pagi saya kena apply annual leave. Hurmm..berkuranglah cuti yang saya kumpul nanti, mujur dapat medical leave.

Lepas makan ubat dalam pukul 11.30pg tadi, saya terus tarik selimut. Tidur dengan nyenyak sampai pukul 2ptg. Alhamdulillah, dah berpeluh sikit-sikit, nak kebah demam la ni. Selsema pun dah berkurang, betul la mujarab Zyrtec tu.

The.Ajnabee

Pernah tak selama korang berchatting, ada stranger yang first time chatting ngan korang bertanyakan soalan macam ni, "Apa yang membuat hidup kamu bahagia?"...

Hurmm..jujur masa ni saya memang terkesima dengan soalan yang terlontar tu. Ada benih kagum terhadap si chatter. Kagum dengan cara dia berfikir, mungkin.

Selalunya bila first time chatting mesti tanya soalan wajib "asl plz" dan disusuli dengan soalan yang sekadar berbasa-basi dan mohon akan jumpa lagi di lain kali. Tiada soalan yang mengagumkan berat seperti di atas.

Oh, siapakah dia? Hanya sekali tu je saya chat dengan stranger tu. Saya memang berharap saya boleh chatting dengan dia lagi. Saya benar-benar kagum..huhu.

Namun itu kisah kira-kira 4 tahun lepas semasa saya masih bermain-main di Universiti. Lama dah kan? Tapi tiba-tiba teringat pulak..hehe takde pape, sekadar teringat.

Cinta.Kau.Dan.Aku - Siti.Rosmizah

Saya baru habis baca novel ni. Saya suka! Gaya penulisannya tak berat, dan tak bosan. Novel memang melekakan, silap haribulan kita masuk sekali dalam dunia si penulis. Jangan hairan kalau boleh termimpikan kisah dalam novel tu, malah ada juga kes di mana seseorang (kebanyakkannya perempuan la, sebab kaum hawa memang suka baca novel) boleh terbawa-bawa watak dalam novel demi mencipta keasyikkan hidup yang penuh drama.



Saya tak pasti sama ada novel ni dah lama atau tak, ini pun saya pinjam dari cubemate saya. Dah lama saya tak beli novel. Saya sendiri tak ingat bila kali terakhir saya beli novel. Novel terakhir yang saya punya adalah pemberian Kak Min. Sebelum tu ada jugak, En.Syg hadiahkan pada saya (so sweet kan?).

Tak rajinlah nak buat ulasan tentang novel yang baru saya habis baca ni. Actually tak pandai nak buat ulasan. Rajin-rajin korang bacalah ye..hehehe

Sejuk.Menggoda

Hujan.... Tadi plan nak rempit ngan Adila g Minat Supermarket, saja jalan-jalan. Tak jadilah sebab hujan yang sangat lebat. Syok jugak tarik selimut sejuk-sejuk ni, tapi tadi sebelum Zuhur dah tidur. Walaupun hawa sejuk ni menggoda, mata masih tetap segar. Mari blogging, blog stalking, blog hopping...fesbuking! Hehehe

Superwoman

Superwoman? Sbb jatuh tertiarap sambil tangan skidding kat lantai, semalam. Memang gaya superman la. Cumanya kalau superman nak terbang naik, tangan kanan ke depan. Saya pula jatuh dgn gaya tangan kiri ke depan. Hadoii sakit sangat, tapi kelakar jugak..hahaha.

Gara-gara nak elakkan penghantar gas nampak rambut saya, saya berlari ke bilik dari ruang tamu yang jaraknya kurang 2 meter. Tapi disebabkan panic, saya berlari tak cukup tanah lantai sambil membongkokkan diri. Sebab tu la jatuh tertiarap. Sakit sebelah kiri badan saya..uhuk.

Lepas jatuh, tergelak berdekah-dekah dengan Kak Na dan Finaz. Tak tahan dengan perumpamaan yang Kak Na sebut. "Lagri macam babi ligan anjing tu! Akhirnya jatuh berdebuk"..hahaha.

Adi Juara!

Amacam program realiti Mentor semalam? Korang tengok x? Mesti ramai yang tengok kan? Tahniah pada Mohamad sebab jadi juara. Tapi bagi saya, Adi adalah juara sebenarnya. Adibah Noor pun pilih Adi tau.. Sorry to say, pendapat saya Mohamad menang sebab peminat sokong Ziana. Mohamad ada pakej macam Black, tapi dia tak setanding Black. Tapi ape pun, dia mungkin ade kelebihan tersendiri yang mungkin segelintir penyokong (macam saya ni) tak nampak.

Adi hebat! Dia berjaya mencuri perhatian saya semalam. Persembahannya memikat, dia boleh berjaya jadi penghibur terbaik. Bukan sekadar seorang penyanyi yang punya suara yang mantap, tapi juga boleh menghiburkan peminatnya. Penyanyi yang berjaya ialah penyanyi yang mampu menjadi penghibur, bukan saja menyanyi tapi melalui tarian dan gaya.

Saya langsung tak terpesona dengan nyanyian Nani semasa dia menyanyi lagu baru. Sepatah haram tak jelas ape yang dia nyanyikan. Suara dia sebenarnya dah power, tapi lenggok lagu tu terlebih sangat. Campur plak ngan slang-slang asing..huhu.

Papepun, Adi adalah juara sebenar...hahahaha (gelak poyo)

U.Owez.B.My.Boo

Entry title tu actly xde kna mngena ngan isinya..sja bubuh lepas dengar lagu My Boo..hehehe. Lepas lunch td, berfesbuking dan dengar radio sambil berbaring-baring. Pahtu tertidur.........

Cuti-cuti ujung minggu ni pantang letak kepala. Asal letak je, mesti terlelap. Come on, Cik Rean! Energize urself. Malam td clicked Milo's ad kat blog ni. Very good info. Move~ ini yang penting. Klu xmove, mmg rasa lemau aje. Lebih-lebih lagi masa ujung minggu ni, rasa nak hibernate je dalam bilik.



up