The.Ajnabee

Pernah tak selama korang berchatting, ada stranger yang first time chatting ngan korang bertanyakan soalan macam ni, "Apa yang membuat hidup kamu bahagia?"...

Hurmm..jujur masa ni saya memang terkesima dengan soalan yang terlontar tu. Ada benih kagum terhadap si chatter. Kagum dengan cara dia berfikir, mungkin.

Selalunya bila first time chatting mesti tanya soalan wajib "asl plz" dan disusuli dengan soalan yang sekadar berbasa-basi dan mohon akan jumpa lagi di lain kali. Tiada soalan yang mengagumkan berat seperti di atas.

Oh, siapakah dia? Hanya sekali tu je saya chat dengan stranger tu. Saya memang berharap saya boleh chatting dengan dia lagi. Saya benar-benar kagum..huhu.

Namun itu kisah kira-kira 4 tahun lepas semasa saya masih bermain-main di Universiti. Lama dah kan? Tapi tiba-tiba teringat pulak..hehe takde pape, sekadar teringat.

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up