Cerita.Pagi.Ini

Malam tadi tidur nyenyak betul. Pukul 11 dah berbaring-baring atas katil, ntah bila tertidur. Tersedar lebih kurang pukul 12, dengar kat luar tengah hujan. Patutlah tadinya rasa panas, nak hujan rupanya.

Tidur dengan nyenyak tanpa gangguan dengan Azrin kat sebelah. Seminggu ni dia tumpang kat rumah sebab dia takde kenderaan. Kereta Kancil yang dia selalu bawak bakal digantikan dengan kereta Saga yang baru. Sementara tunggu kereta Saga sampai, dia tumpang dulu di rumah saya.

Pagi ni bangun dengan hujan masih menemani di luar. Lama jugak hujan kali ni, lebih 6jam. Tapi harap takde pape bencana berlaku. Even masa OTW ke opis pun hujan lagi, tapi renyai-renyai je. Agaknya sebab hujan, pukul 7.30pagi dah mula jammed kat simpang empat Sg.Ular tu. Dua kali green light pun tak dapat pergi sebab dah jammed kat depan.

Selepas jambatan, berhampiran dengan Caltex tengok-tengok ade xcident. Patutlah jammed! Remuk bahagian depan dan belakang kereta Viva yang siap bersticker bunga-bunga tu. Cermin belakangnya pecah, tinggal bingkai aje. Haish..bila hujan-hujan camni, kena put extra careful la. Yang penting, SABAR..huhu (owh..ini nasihat untuk diri sendiri jugak. selalu tak sabar..hehe)

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up