Kudis.Melarat

Lepas satu..satu isu dibangkitkan. Daripada hanya satu isu yang boleh diselesaikan dengan perbincangan kedua-dua belah pihak, kini melarat ke isu-isu lain yang mengarut. Sekarang timbul pulak isu ladang kelapa sawit dan tenaga kerja dorang di sini. Macam kurap pun ade, sedap sangat menggaru agaknya.

Kurap = Pemikiran dorang
Penggaru = Media dorang

Bapak-bapak di sana memang sentiasa tidak puas hati dengan kita. Sejak dulu dah tertanam sifat dengki pada kita, sebelum pembentukan kita lagi. Hanya kita yang bertamadun ni je yang malas nak layan sifat dengki khianat dorang tu. Dah jadi kudis buta dalam hati bapak-bapak dan ibuk-ibuk di sana, dah tak dapat nak sembuh dah.

Pengotor plak tu. Yekkk..berak pahtu pegang taik sendiri demi untuk lempar kat kita. Kotor pun kotorlah, janji aku puas hati, katanya. Hahaha.. Dah bulan baik camni, xpenat ke berteriak depan 'rumah' kita? Tak haus ke? Owhhh...lupa, kamu tak semestinya Islam. Kan, bapak-bapak ama ibuk-ibuk?

Kalau kita tengok photo dorang yang bikin kecoh tu, kebanyakkannya muka tak siap. Serebeh je.. Rugged tu ibuk-ibuknya. Haii..sedang kamu pun tak betul, ni nak marah-marah negara orang pulak. Bertindaklah secara professional, bukan macam penyangak. Bapak-bapak yang professional tak buat macam tu. Mereka cool je di kantor. Salute ama kamu, bapak-bapak yang professional!

Kalau.Ada.Lebih.Eloklah.Membantu

Sempena bulan baik ni, saya nak mengajak semua berbuat kebajikan.
Sekadar berkongsi info, namun dengan harap ada ruang di hati uols untuk membantu.

Ada sebuah sekolah rendah Islam di Kulim; Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang Kulim (SRINPEK) yang memerlukan dana untuk membangunkan bangunan baru demi keselesaan anak-anak yang belajar di situ.
Buat masa sekarang, anak-anak ini belajar di satu premis shoplot yang disewa dan satu bangunan setingkat yang diwakafkan. Kesiankan?
Tapi anak-anak ni cemerlang walaupun terpaksa bersempit dan tak dapat kemudahan yang sempurna.



Depa ni menggunakan kurikulum KBSR sepenuhnya dan ditambah dengan kurikulum ad-Diniah.
So dua-dua anak-anak ni dapat; dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Anak-anak ni menduduki peperiksaan UPSR pada tahun enam dan juga UPSR-I pada tahun lima.
Produk SRINPEK berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah seperti Maktab Mahmud Alor Setar & cawangannya, MRSM & MRSM Ulul-Albab, Sek. Men. Yayasan Khairiyah, SMKA dan SMKAA.

Demi merealisasikan pembangunan bangunan baru, uols boleh membeli/mewakafkan RM30 untuk setiap 1/2kaki persegi.
Atau uols boleh buat sumbangan lain seperti peralatan kelas, bahan-bahan binaan dan lain-lain.
Untuk sumbangan dalam bentuk wang, bolehlah transfer ke Bank Islam Kulim (No. Akaun 02-057-0100-1384-3) atau hantar cek atas nama Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang Kulim.


Untuk keterangan lanjut, boleh melayari laman rasmi SRINPEK -bukti saya tak tipu..huhu

Nasi.Lemak.Sambal.Sotong

Sejak dua hari yang lepas saya teringin nak makan nasi lemak. Tapi baru semalam saya dapat makan. Dua hari lepas berbuka di rumah Ustazah. Takkanlah nak beli sebungkus nasi lemak untuk saya seorang sedang yang lain makan makanan yang Ustazah masak. Tak patut kot.. Kalau beli lebih sebungkus pun, nanti membazir bila takde orang nak makan. So kesimpulannya hasrat ditangguh keesokan harinya; which is yesterday.

Pukul 5.15 cmtu la lebih kurang, saya gerak ke Bazaar Jalan Kelang Lama. Dah tau lokasi gerai nasi lemak kukus yang jadi langganan saya sejak tahun lepas. So sebaik saja keluar dari kereta yang diparkir kat pusat gymnasium rakyat, terus meluru ke lokasi berkenaan. Beli nasi lemak berlaukkan sambal sotong dan telur mata, dan bihun sup Pak Long yang dipesan Finaz....zupp terus balik masuk kereta. Mata ni tak bley tgk juadah banyak2, nanti lebih banyak yang terbazir daripada yang dimakan.

Usai solat Asar, lepak-lepak depan TV sampailah masuk waktu Maghrib
Allahuakbar.. Allahuakbar
Mata dah terkebil-kebil tengok nasi lemak..haish sonoknye dapat nasi lemak
Doa iftar dibaca lalu makan. Makan sedap sangat sampai tak heran pedasnya nasi lemak tu. Tambah pulak ada kuih seri muka. Wahh bertambah selera!


Tapi sonoknya tak lama. Lepas masuk je waktu Isyak, perut mula memulas. Senak dan sakit. Sejak malam semalam hingga entry ni bakal dipostkan kejap lagi, saya masih rasa sakit di perut. Hari ni je lebih lima kali saya ke toilet. Angin campur dengan makanan pedas, ha kau amek...sakit perut ni. Rasanya hingga akhir Ramadhan ni, nasi lemak akan tersenarai dalam makanan yang diboikot.

 

Kakak

Saya tak punya kakak kandung. Saya cuma pinjam kakak orang lain sejak kecil sehinggalah abang-abang saya berkahwin. Lalu sekarang saya punya kakak sendiri; kakak ipar.

Disebabkan tak punya kakak sendiri, saya sangat menyayangi kakak-kakak orang lain yang muncul dalam hidup saya. Saya menumpang kasih sayang mereka. Sikap itu terbawa-bawa sampai sekarang.

Pagi ini saya terasa kehilangan keberadaan seorang kakak. Dia telah pergi mengejar cita-citanya. Tiada lagi tempat untuk mengadu apabila saya resah. Kerana dia kakak, saya tak segan meluahkan rasa; even apabila rasa rindu pada En.Syg.

Pagi ini receptors sedih saya tiba-tiba triggered apabila membaca email farewell dari dia. Tambah sebak apabila membalas email itu. Uwaaa..bergenang ayaq mata menahan sebak. Sebaik button send di tekan, terus meluru ke toilet. Uhuk..uhuk menangis untuk 2 minit.

Kenangan Eidul Fitri tahun lepas semasa open house di rumah Shahrol
Credit to Shahrol for the funny captions


Iftar.Bersama.Teman

Acara ni dah mula dirancang sejak dua minggu yang lepas

Iftar ala potluck
 
Setiap teman berebut cop nak bawak makanan ape
 
Tapi saya...nak masak ape ni?
 
Hadoiiii..dah la tak reti masak
 
"Saya bawak air je la, boleh?"
 
"Ribena bandung satu!"
 
Hahaha..ade request pulak
 
Akhirnya harinya tiba..Ya, hari ni lah
 
Spaghetti versi Shafaq
 
Salad buah versi Ana
 
Dan air oren je versi saya
 
Kenyang sangat, dan seronok bila berkumpul
 
Oho..tak lupa oreo cheese cake sempena belated bday Shafaq
 
Lepas kenyang rasa nak tersadai macam biawak
 
Hahahaha..

Resah.Ini.Sampai.Bila?

Saya tak dapat nak jadi orang lain kerana saya adalah saya
Saya tak sama dengan mereka
Namun tetap juga saya bersama mereka kerana mereka menerima saya
Saya tak dapat jadi seperti mereka dengan berubah sekelip mata
Sudah berbulan saya menyertai mereka, tapi saya tetap seperti ini
Saya sangat segan terhadap mereka dan pernah juga mengelak untuk bersama
Saya ingin berubah tapi selalu saja perwatakan saya tak seiring dengan keinginan saya itu
Tetap saja selesa mengenakan jeans, blouse pendek, tudung jarang dan berselipar tanpa stokin
Saya rasa hipokrit kerana saya hanya tutup sempurna bila bersama mereka
Di luar atau jauh dari pandangan mereka, saya tetap seperti ini
Patutkah saya berhenti menyertai mereka? Atau meneruskan?
Sudikah mereka bersabar dan memberi masa yang banyak untuk saya?
Bolehkah mereka memahami?
Saya janggal dan asing di majlis mereka
Namun ada beberapa figura yang saya kenal malah sudah mula menyayangi
Mungkin hanya saya yang merasai kejanggalan ini, namun mereka menyambut saya dengan ciuman di pipi
Apapun saya tetap berasa serba salah dan segan terhadap mereka

Withheld.Number

Tidur saya diganggu pagi tadi. Pagi-pagi buta dalam pukul 1.30am. Someone rang me which I thought it was a call from FAB. Dengan minda separuh sedar, saya menjawap panggilan itu. Tapi sempat jeling pada skrin hp, hurmm withheld number. I wondered who.

"Hello.." dengan suara seksi mamai. Pls don't blame me!
"Hello, sayang.." Huh, sape ni? Tak mungkin En.Syg saya. Tapi saya tak melatah, kot kot la budak FAB saja nak usik saya.
"Tengah tido ke?"
"Sape ni? Of course la tido. Sape ni?"
Dengan tak menjawap soklan, dia soal saya balik "Kat sana ujan x?" dengan suara yang menyeramkan bulu tengkok.
"Tak! Sape ni?" Saya dah bengang dan rasa jijik
"Cni ujan la, sayang. Sejuk. Abang rindu kat sayang" Keeeepala otak! Malas dah nak layan. Confirm bukan call dari FAB. Huh!

Put the hp aside without hang it up, saja..biar bil telepon syaiton tu banyak. I tried to go back to sleep. But couldn't. Rasa trauma.

Tengok another hp, ada SMS dari En.Syg sejam sebelum tu. Sayang belum tido kot time ni. I SMSed En.Syg. He wasn't sleep yet. Mengadu kat dia sampai hilang rasa takut.

Bulan puasa macam ni pun ade jugak manusia yang berperangai syaiton. Ada jugak syaiton yang tak terbelenggu rupanya. He's one of them. Masih gah merayap di atas muka bumiNya di bulan mulia ni. Apa problem dorang? Sengaja nak uji iman kita ke? Nak tengok sama ada kita tergoda atau tak? Come on la, get a life!

p/s Thanks, Sayang. I luv u..

This.Is.A.Scheduled.Post


Amaran.Keras

Ramadhan. Walaupun bulan Ramadhan dikatakan bulan panas, namun di awal bulan ini hujan turun dengan sangat lebat. Amaran buat pengguna jalan Kulim-Serdang, elakkan melalui jalan ini apabila hujan lebat. Banjir bakal berlaku di beberapa kawasan rendah. Sayangi enjin kereta anda.

Photo diambil semasa dalam perjalanan balik ke KL minggu lepas

P/s Kalau dekat-dekat nak raya nanti pun hujan je, nampaknya kena ikut Junjong atau Juru la..

kabab

Kabab (sila baca dengan tone P.Ramli dalam filem Pendekar Bujang Lapok).    Hehe..sebenarnya kabab ialah kebab. Sengaja mengejanya begitu, tapi ejaan tu masih betul okay.

Sejak awal Ramadhan di Kulim, saya gemar pulak makan makanan yang berasal dari Parsi ni   . Sehingga Ramadhan ke 7 hari ni, dah 3 kali saya beli dishes tu kat bazaar Ramadhan Sg.Ular, depan 7E. Hari ni saya beli lagi. Tapi hari ni cuma sebungkus aje. Sebab dah beli sekeping murtabak. Alhamdulillah, makan sekeping murtabak pun dah kenyang  . Save the best for last.

Kebab daging yang berharga RM2 tu masih belum saya habiskan. Tak larat nak habiskan. Kejap2 lagi la, sambil tengok Hotel Mania boleh ngap-ngap..hehe.

P/s En.Sayang, lepas ni boleh tak tambah menu kat gerai tu? Bisnes kebab pulak nak?   


6 Ramadhan

Pagi tadi bangun bersahur dengan mak, abah dan adik-adik. Rasanya hari ni dah boleh berpuasa, tapi malangnya masih belum bersih. Pagi tadi amek bus dari Hentian Duta pada pukul 10.30pagi. Sampai kat Kulim tepat pukul 3.30petang. Berehat sekejap lalu leka tak solat Zuhur. Pukul 4.40petang keluar beli juadah berbuka sebab ingatkan bolehlah berpuasa hari ni. Pukul 5.30petang selepas balik dari bazaar, mandi dan bersiap untuk solat. Maka tahulah diri ni masih belum bersih. Hurmm..esok kot. InsyaAllah.

Walaupun tak boleh berpuasa, masih juga nak berbuka bila masuk waktu maghrib. Housemate pun ada tadi, kira teman dia berbukalah. Di bazaar tadi, saya beli bihun sup dan air amra asamko. Total RM5.30 untuk juadah berbuka. Bihun sup dengan harga RM3.50, manakala air amra asamko berharga RM2.00. Agak mahallah air tu sebab tahun lepas cuma RM1.00, bermakna kenaikan sehingga dua kali harga lama.

Lepas berbuka tadi, bersin berkali-kali sampai selsema. Sakit kepala saya, rasa berat dan mungkin kena tidur awal malam ni. Tapi dah beberapa malam tak teman En.Sayang. Rindu pula pada dia  yang sekarang sibuk buat bisnes. Semoga Allah permudahkan urusannya. Semoga En.Sayang success!

Cerita.Awal.Ramadhan

Salam Ramadhan untuk semua yang berpuasa. Tak yang tak boleh berpuasa, bersabarlah hingga boleh berpuasa ya (ucapan untuk diri sendiri..uhuk).

Tahun ni tahun kedua saya berpuasa di Kulim. Diam tak diam dah 18 bulan saya di sini. Dan dah 2 kali juga lah saya terlepas awal Ramadhan. Rasa rugi jugak, tapi dah tercatat rezeki saya begitu redha lah.

Cuti
Hari Jumaat ni saya gerak balik KL. Konon nak balik berpuasa dengan famili lah...konon. Hari Isnin barulah balik sini semula. Tebus tread-off setengah hari bulan lepas dan setengah hari bulan ni. Sayang pulak nak tolak annual leave yang nak cecah 8 hari tu. AL tu nak tolak masa Raya nanti. Time cuti Merdeka nanti pun nak balik jugak. Kna lah apply 1 hari cuti pada 30hb tu.

Masa Berbuka-Sahur
Hari ni kan baru hari pertama Ramadhan tapi saya pulak off, so tak terasa lagi semangat berbuka dan sahur. Tapi tadi ada juga saya singgah kat bazaar kecil di Sg.Ular tu. Tak larat nak tawaf bazaar Jalan Kelang Lama dengan flow yang lebih deras awal-awal ni. Kang nanti jalan terkepit-kepit pulak.

Bulan Ramadhan ni harap dapat berjimat cermat dan tak membazir. Semoga dapat kurangkan berat badan..huhu. Tapi tadi je dah RM10 di bazaar dan kedai runcit..haish boleh ke jimat camni? Tadi kat office ada colleague ajak berbuka secara buffet; RM28/seorang. Saya suka berkumpul beramai-ramai, makan sama-sama. Tapi bila difikirkan, tak melampaukah RM28 hanya untuk sekali berbuka? Ya betul, boleh makan semua yang saya nak tanpa had. Tapi macamlah saya boleh makan semua jenis makanan yang ada. Biasanya kan, time berbuka dapat minum air pun dah lega. Cukuplah makan kuih dua tiga ketul. Saya fikir, tak perlu kot saya spend sebegitu banyak untuk sehari. Takpelah, sesekali tak join xpe kot. Eman..eman duit te

Masa bulan Rejab hari tu, saya cuba bersahur dengan segelas air kosong dan 3 biji tamar. Alhamdulillah bertenaga sampai ke petang. Ramadhan ni saya nak cuba kot kot boleh bertahan macam sebelum ni. Kot la suasana Ramadhan tak sama dengan suasana Rejab. Ramadhan kan bulan panas. We'll see okay..  


Source here

YahooOoo

Yes, HR just advised to all employee that 16 Sept will be observed as public holiday in conjuction with Malaysia Day! Then I can have 11 days of Raya holiday..yippieeee

Less

Tak rajinnya nak berblog akhir-akhir ni walaupun banyak mende nak diblogkan. Previous entry pon sekadar embed video nyanyian Rossa daripada youtube.

Serius sangat takde mood. Jumpa lagi bila mood sudah muncul.


Ape.Citer?

Hanyut dalam dunia sendiri. Dari pagi tak kuar dari rumah. Perut lapar, mata mengantuk. Tak makan pun boleh jadi montel. Tidur saja.

Cuaca di luar pula sedang mendung. Mungkin menyambut Ramadhan yang bakal tiba tengah minggu depan. Kemudian Ramadhan akan dibahangi matahari.

Hari saya ditemani Hitz Capsules sejak pagi tadi. Tiada housemate di hujung minggu ni. Semua balik kampung. Keseorangan saya sendiri. Nak g jejalan la...mandi sungai pun best kan. Alahai teringat pulak kat kampung. Kalau balik kampung boleh g Gunung Ledang.


Gambar tahun bila ni? Dah tak ingat, menandakan sudah tua menandakan dah lama tak g sana.

Selamat Tinggal

Nekad!




PercayaLah

Hehehe..En.Syg tengah bengang dengan saya sebab banyak berdiam dalam seminggu dua ni. En.Syg tak puas hati dengan alasan yang saya berikan. "Apa masalahnya? Dulu kalau busy tak pernah pun macam ni. Ni mesti ada pape. Apa yang tak puas hati ni? Cakap.."

En.Sygku,
Saya memang busy dalam seminggu dua ni. Percayalah....! Huhuhu


up