Tahun ni tahun kedua saya berpuasa di Kulim. Diam tak diam dah 18 bulan saya di sini. Dan dah 2 kali juga lah saya terlepas awal Ramadhan. Rasa rugi jugak, tapi dah tercatat rezeki saya begitu redha lah.
Cuti
Hari Jumaat ni saya gerak balik KL. Konon nak balik berpuasa dengan famili lah...konon. Hari Isnin barulah balik sini semula. Tebus tread-off setengah hari bulan lepas dan setengah hari bulan ni. Sayang pulak nak tolak annual leave yang nak cecah 8 hari tu. AL tu nak tolak masa Raya nanti. Time cuti Merdeka nanti pun nak balik jugak. Kna lah apply 1 hari cuti pada 30hb tu.
Masa Berbuka-Sahur
Hari ni kan baru hari pertama Ramadhan tapi saya pulak off, so tak terasa lagi semangat berbuka dan sahur. Tapi tadi ada juga saya singgah kat bazaar kecil di Sg.Ular tu. Tak larat nak tawaf bazaar Jalan Kelang Lama dengan flow yang lebih deras awal-awal ni. Kang nanti jalan terkepit-kepit pulak.
Bulan Ramadhan ni harap dapat berjimat cermat dan tak membazir. Semoga dapat kurangkan berat badan..huhu. Tapi tadi je dah RM10 di bazaar dan kedai runcit..haish boleh ke jimat camni? Tadi kat office ada colleague ajak berbuka secara buffet; RM28/seorang. Saya suka berkumpul beramai-ramai, makan sama-sama. Tapi bila difikirkan, tak melampaukah RM28 hanya untuk sekali berbuka? Ya betul, boleh makan semua yang saya nak tanpa had. Tapi macamlah saya boleh makan semua jenis makanan yang ada. Biasanya kan, time berbuka dapat minum air pun dah lega. Cukuplah makan kuih dua tiga ketul. Saya fikir, tak perlu kot saya spend sebegitu banyak untuk sehari. Takpelah, sesekali tak join xpe kot. Eman..eman duit te
Masa bulan Rejab hari tu, saya cuba bersahur dengan segelas air kosong dan 3 biji tamar. Alhamdulillah bertenaga sampai ke petang. Ramadhan ni saya nak cuba kot kot boleh bertahan macam sebelum ni. Kot la suasana Ramadhan tak sama dengan suasana Rejab. Ramadhan kan bulan panas. We'll see okay..
Source here
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!