Kalau.Ada.Lebih.Eloklah.Membantu

Sempena bulan baik ni, saya nak mengajak semua berbuat kebajikan.
Sekadar berkongsi info, namun dengan harap ada ruang di hati uols untuk membantu.

Ada sebuah sekolah rendah Islam di Kulim; Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang Kulim (SRINPEK) yang memerlukan dana untuk membangunkan bangunan baru demi keselesaan anak-anak yang belajar di situ.
Buat masa sekarang, anak-anak ini belajar di satu premis shoplot yang disewa dan satu bangunan setingkat yang diwakafkan. Kesiankan?
Tapi anak-anak ni cemerlang walaupun terpaksa bersempit dan tak dapat kemudahan yang sempurna.



Depa ni menggunakan kurikulum KBSR sepenuhnya dan ditambah dengan kurikulum ad-Diniah.
So dua-dua anak-anak ni dapat; dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Anak-anak ni menduduki peperiksaan UPSR pada tahun enam dan juga UPSR-I pada tahun lima.
Produk SRINPEK berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah seperti Maktab Mahmud Alor Setar & cawangannya, MRSM & MRSM Ulul-Albab, Sek. Men. Yayasan Khairiyah, SMKA dan SMKAA.

Demi merealisasikan pembangunan bangunan baru, uols boleh membeli/mewakafkan RM30 untuk setiap 1/2kaki persegi.
Atau uols boleh buat sumbangan lain seperti peralatan kelas, bahan-bahan binaan dan lain-lain.
Untuk sumbangan dalam bentuk wang, bolehlah transfer ke Bank Islam Kulim (No. Akaun 02-057-0100-1384-3) atau hantar cek atas nama Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang Kulim.


Untuk keterangan lanjut, boleh melayari laman rasmi SRINPEK -bukti saya tak tipu..huhu

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up