6 Ramadhan

Pagi tadi bangun bersahur dengan mak, abah dan adik-adik. Rasanya hari ni dah boleh berpuasa, tapi malangnya masih belum bersih. Pagi tadi amek bus dari Hentian Duta pada pukul 10.30pagi. Sampai kat Kulim tepat pukul 3.30petang. Berehat sekejap lalu leka tak solat Zuhur. Pukul 4.40petang keluar beli juadah berbuka sebab ingatkan bolehlah berpuasa hari ni. Pukul 5.30petang selepas balik dari bazaar, mandi dan bersiap untuk solat. Maka tahulah diri ni masih belum bersih. Hurmm..esok kot. InsyaAllah.

Walaupun tak boleh berpuasa, masih juga nak berbuka bila masuk waktu maghrib. Housemate pun ada tadi, kira teman dia berbukalah. Di bazaar tadi, saya beli bihun sup dan air amra asamko. Total RM5.30 untuk juadah berbuka. Bihun sup dengan harga RM3.50, manakala air amra asamko berharga RM2.00. Agak mahallah air tu sebab tahun lepas cuma RM1.00, bermakna kenaikan sehingga dua kali harga lama.

Lepas berbuka tadi, bersin berkali-kali sampai selsema. Sakit kepala saya, rasa berat dan mungkin kena tidur awal malam ni. Tapi dah beberapa malam tak teman En.Sayang. Rindu pula pada dia  yang sekarang sibuk buat bisnes. Semoga Allah permudahkan urusannya. Semoga En.Sayang success!

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up