2 wonderful years together

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

♥♥♥ Happy 2nd Anniversary, Love!! ♥♥♥




Saya boleh membantu anda

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Ramai tak tahu yang saya boleh bantu mereka. Apabila mereka tidak tahu yang saya boleh membantu, masalah mereka akan berlanjutan sehingga akhirnya tidak dapat diselesaikan.

Mereka tak tahu yang saya boleh bantu mereka untuk menjadikan diri mereka lebih berkeyakinan.

Mereka tak tahu yang saya boleh bantu mereka untuk hidup lebih baik.

Hidup yang mewah tak ada makna jika kita tidak sihat. Jadi, benarkan saya membantu anda untuk hidup lebih sihat dan berkeyakinan.

Saya ada cara untuk membantu anda. Dengan izin daripada-Nya, masalah anda pasti boleh diselesaikan.

Just my two cents!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Jangan takut nak start business, buat je!

Risau tu adalah doa, jadi jangan risau!

Mulakan je, dan doa sungguh-sungguh pada Allah untuk jagakan.

Kalau fikir takut orang pedajal, Allah kan ada! Pedulikan je, bukan niat kita buruk nak caras orang lain ke.. Kita niat nak tambah rezeki.

Orang lain tak pernah curi rezeki kita, dan kita pun tak curi rezeki orang lain. Allah dah tetapkan rezeki masing-masing

Adakah anda peminat soya?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Anda peminat soya? Saya, ermm ya! Dulu masa saya masih bersekolah rendah di pinggir bandar Kuala Lumpur, hampir setiap hari saya beli air soya homemade semasa dalam perjalanan ke sekolah. Kalau tak pekena air soya sejuk tengahari tu, tak sempurna rasanya. Suka sangatlah, sampailah ada satu hari tu saya demam panas dan doktor menasihatkan supaya banyakkan pengambilan protein daripada ikan, kurangkan pengambilan protein daripada soya. Protein daripada ikan adalah lebih baik daripada protein daripada soya katanya. "Ok, doctor. I understood".. Eceh, takde lah saya cakap camtu pun. Sekadar angguk je. Bukan main nak speaking London nyer.. Sejak tu, saya dah kurangkan beli air soya yang sangat tempting tu. Sekadar lalu dan jeling-jeling je sebelah gerai air soya yang sejuk meleleh tu. Oh, NO! Tapi kekadang beli jugak lah. Doktor kata kurangkan je kan, bukan suruh tolak terus..hehehe

Semasa berbuka puasa, favorite air tentulah air soya. Setiap kali pergi bazar Ramadhan [atau nama sekarang PARAM; pasar Ramadhan ;-)], plastik air soya adalah salah satu plastik yang tersangkut kat jari. Alangkah nikmatnya minum air soya! Air mahal Ribena pun tak boleh lawan, you...

source: Google


TAPI....bila dah meningkat usia dan bergaul dengan ramai orang, saya dapat tahu soya tak bagus sebenarnya. Ini kerana kebanyakan dalam pasaran adalah jenis genetically modified organism (GMO) iaitu soya yang telah diubah genetiknya, bukan asli. Dan soya adalah tidak bagus untuk diambil secara berlebihan dan mentah. Sebaik-baiknya, pengambilan soya perlu dalam kuantiti sederhana dan telah diperap (fermented). Contohnya soya yang telah diperap ialah seperti tempe, miso dan natto.

Susah eh nak move on?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

 Wahai awak, kesian awak... 
Kesian sebab awak masih menyimpan dendam
Saya faham awak pernah terluka 
Tetapi perlukah awak ingat luka yang lama tu?
Jangan sampai dendam yang disimpan itu membusukkan hati awak
Sudah-sudahlah meletakkan kesalahan pada orang lain atas setiap kecelakaan
Memaafkan dan melupakan lebih indah daripada berdendam
Ia mampu membuat awak tersenyum dan bahagia setiap hari
Berbahagialah tanpa dendam

Jamuan Aidilfitri TD-DT-FA-Rel 2014

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Alhamdulillah, tahun ini empat department berkolaborasi mengadakan jamuan Aidilfitri. Sebenarnya tahun-tahun lepas hanya tiga department saja berkolaborasi, maka tahun ini ada pertambahan ahli keluarga lah. Meriah, ramai...kami berjaya menjamu hampir 130 orang tetamu dengan budget RM1415. Berbaloi-baloi rasanya, sangat bersyukur. Kebanyakan menu habis licin dan tiada pembaziran. Alhamdulillah..

Berbeza dengan tahun-tahun yang lepas, tahun ini kami kurangkan variasi menu dan kuantiti rentetan komplen daripada beberapa orang penyumbang yang mengatakan terdapat pembaziran melampau pada tahun sebelumnya. Tahun ini, menu utama ialah sate ayam (beef is prohibited, menghormati sahabat-sahabat yang beragama Hindu), rendang dan ketupat pulut, lemang, nasi impit dan kuah kacang, laksa lemak, serta nasi putih dengan ayam masak merah dan acar jelatah. Kami ada rendang veggie untuk colleague yang vagetarian. Side dishes yang superb pula roti jala, lasagna ayam dan chicken bake pasta. Desert yang melampau sedapnya seperti sagu gula melaka dengan santan, agar-agar santan, caremel cake, marble cake, buah tembikai, american cheese cake dan macam-macam lagi. Desert memang variety sangat. Tahun lepas, kami ada cendol, tapai, ais krim, dadih dan beberapa menu lain. Walau dengan variasi menu yang dikurangkan tahun ini, Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan berakhir dengan baik.

Tak banyak gambar yang diambil tahun ni. Masing-masing seronok makan sampai lupa nak capture moment yang best-best..hehehe. Enjoy the moment lagi best daripada capture the moment :-P




Salam AidilFitri

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Allah..Allah.. Lama sangat tak menjenguk di sini. Bahasa cliche-nya, dah bersawang blog cik puan norina!

Selamat Hari Raya AidilFitri sahabat-sahabat semua. Mohon maaf atas keterlanjuran saya kepada kamu semua. Dalam suka-suka ni jangan lupa kirimkan doa buat saudara-saudara kita di bumi Palestine, Syria dan seluruh dunia, semoga Allah berikan ketabahan kepada kita. Aameen~

p/s Tahun ni pertama kalinya saya beraya bersama suami, tahun lepas En.Syg tak cuti.

April yang mendung

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Baru-baru ini kami menerima berita kurang menyenangkan daripada pihak pengurusan kilang, dukacitanya memaklumkan bahawa kenaikan gaji pada tahun ini ditangguh kepada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Setiap tahun pada bulan April, inilah masanya keputusan 'report card' akan diterima dan kenaikan pangkat atau kenaikan gaji diumumkan. Dengan berita daripada pihak pengurusan itu, maka tahun ini mungkin akan mengulangi sejarah tahun-tahun yang dahulu apabila krisis kewangan kilang berlaku akibat ekonomi yang merosot.

La haula wa la quwwata illa billah

Anlene Bone Check

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Tau tak lama-kelamaan tulang kita akan reput kalau ia tak dapat kalsium yang mencukupi? Ini boleh menyebabkan kita menghidap kerapuhan tulang dan lama-lama kita boleh jadi bongkok. Sebab itulah kita kena dapatkan khasiat kalsium untuk tulang kita, termasuklah kalsium untuk gigi...heeee cuba senyum. Hehehe

Setiap tahun kilang tempat saya kerja akan menganjurkan minggu kesihatan, maka pelbagai syarikat atau agensi kesihatan dipanggil untuk mengadakan promosi atau memberi khidmat kesihatan kepada warga kilang. Hari ini dan semalam turn syarikat Anlene mengadakan promosi mereka. Diorang buat pemeriksaan tulang percuma. Keputusan saya ujian ketumpatan tulang saya agak mengecewakan. Hurmm..kurang minum atau makan makanan berkalsium, sebab tu lah ketumpatan tulang cuma -1.2 saja. Ish..ish..ish..rasa macam dah cukup dah minum susu setiap pagi. Tak cukup rupanya..

Haa..inilah keputusan ujian ketumpatan tulang saya

Dicadangkan kita kena minum 2 gelas susu sehari, kurangkan minum minuman ber'cafien' dan banyakkan bersenam. InsyaAllah kalau kita usaha, kita pasti berjaya! Ngee..

Selepas pemeriksaan tulang, saya dapat cenderahati dari Anlene. Diorang bagi kalendar dan pedometer. Disebabkan tester minuman Anlene berperisa coklat yang ermm..dap..dap, saya pun tertarik untuk beli sepeket Anlene berperisa coklat tu. Tapi tak bawa duit pulak, terpaksalah turun ke cube dan amik duit RM21 untuk sepeket 600gm Anlene coklat. Yang bestnya, bawa sekali tumbler untuk isi tester tu..hahaha. Tak malu!

Pedometer yang dapat free..hehe
Oh ye, dengan pembelian 600gm Anlene coklat tu, saya dapat shaker percuma. Dengan shaker ni kita boleh dapat bancuh susu Anlene tu dengan rasa yang sama macam diorang bancuh. Err..paham tak apa yang saya nak maksud kan?. Ngeh..ngeh..ngeh

Minsyam Kapsul Minyak Zaitun

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

In previous post, saya ada share apakah supplement yang saya ambil untuk maintain kesihatan saya. Hari ni saya nak share lebih detail tentang Minsyam kapsul minyak zaitun yang telah saya consume sejak lebih setahun lepas.

Kapsul soft gel minyak zaitun daripada Minsyam sangat mudah diambil. Bagi saya yang 'tak lalu' nak telan minyak zaitun mentah-mentah, of course saya pilih ia dalam bentuk kapsul. Tambah pulak sebelum ni saya dimomokkan dengan betapa 'horror'-nya telan minyak zaitun mentah-mentah..hehehe. Alhamdulillah, dengan adanya kapsul minyak zaitun ni saya boleh mendapatkan khasiat buah dari pohon yang berkah ini.
"Makanlah minyak zaitun, dan berminyaklah dengannya kerana ia keluar dari pohon yang diberkati" - Riwayat Tarmizi
Minyak zaitun adalah istimewa kerana ia disebutkan di dalam Al-Quran dan Sunnah. Minyak zaitun kaya dengan antioksidan, terutamanya vitamin E. Berbanding minyak tumbuhan yang lain, minyak zaitun mengandungi lemak monotaktepu yang sangat tinggi, iaitu lemak yang tidak teroksida dalam badan. Minyak zaitun juga mengandungi rendah lemak politaktepunya, iaitu jenis yang teroksida. Selain itu, minyak zaitun dapat mengurangkan keradangan dan boleh mengurangkan risiko kanser payudara daripada berulang.

Bagi pesakit jantung, minyak zaitun membantu merendahkan tahap kolesterol dalam darah. Manakala bagi pesakit darah tinggi atau darah rendah, penggunaan berterusan minyak zaitun boleh membantu menstabilkan tekanan darah.

Saya mempunyai masalah tekanan darah rendah. Kerap secara tiba-tiba rasa pening dan hilang imbangan diri. Sejak saya amalkan kapsul minyak zaitun, Alhamdulillah symptom itu jarang-jarang saya hidap sekarang.

Minyak zaitun adalah minyak purba yang biasanya digunakan untuk pelbagai masalah kesihatan, termasuk refluks asid. Refluks asid boleh menyebabkan reaksi tidak selesa seperti keradangan dan kerengsaan, iaitu symptom gastritis (gastrik). Minyak zaitun boleh membantu untuk mengurangkan dan mencegah gejala refluks asid. Inilah salah satu sebab yang paling kukuh bagi saya untuk memilih kapsul minyak zaitun.


Bagi yang berminat untuk mencuba Minsyam kapsul minyak zaitun ini, anda boleh dapatkannya di toko-toko ubat atau jamu yang berhampiran, atau boleh hubungi saya untuk tempahan. InsyaAllah saya akan membantu. Semoga hidup kita lebih sihat dan berkat dengan makanan sunnah.

Impian

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Kadang-kala kebanyakan apa yang kita mahukan dalam hidup sebenarnya sudah kita dapat, cuma kita tak nampak je. Beruntunglah bagi orang-orang yang tahu apa yang dia nak dan dia sudah dapat.

A boat docked in a tiny Mexican village.

An American tourist complimented the Mexican fisherman on the quality of his fish and asked how long it took him to catch them.

"Not very long," answered the Mexican.

"But then, why didn't you stay out longer and catch more?" asked the American.

The Mexican explained that his small catch was sufficient to meet his needs and those of his family.

The American asked, "But what do you do with all your time?"

"I sleep late, fish a little, play with my children, and take a siesta with my wife. In the evenings, I go into the village to see my friends, have a few drinks, play the guitar, and sing a few songs...I have a full life."

The American interrupted, "I have an MBA from Harvard and I can help you!

You should start by fishing longer every day. You can then sell the extra fish you catch. With the extra revenue, you can buy a bigger boat. With the extra money the larger boat will bring, you can buy a second one and a third one and so on until you have an entire fleet of trawlers.

Instead of selling your fish to a middle man, you can negotiate directly with the processing plants and maybe even open your own plant."

"You can then leave this little village and move to Mexico City, Los Angeles, or even New York City! From there you can direct your huge enterprise."

"How long would that take?" asked the Mexican.

"Twenty, perhaps twenty-five years," replied the American.

"And after that?"

"Afterwards? That's when it gets really interesting," answered the American, laughing. "When your business gets really big, you can start selling stock and make millions!"

"Millions? Really? And after that?"

"After that -- and this is the best part -- you'll be able to retire, live in a tiny village near the coast, sleep late, catch a few fish, take a siesta, and spend your evenings drinking and enjoying your friends!"

The moral of the story is: Know what really matters in life, and you may find that it is already much closer than you think.

Genggam Fatimah Ajaib.. ngeee

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Semalam di Facebook saya berjanji nak share tentang genggam fatimah di blog ini. Jadi, hari ni saya nak mengotakan janji saya. Misi janji ditepati..hehehe

Genggam fatimah ni banyak khasiatnya, macam kacip fatimah dan akar fatimah jugak. Tapi sebelum tu mari kenal rupa genggam fatimah. Genggam fatimah berbentuk kudup macam bunga tapi tiada tangkai. Kalau uols tengok blog Kak Lady Ell, dia ada bagi perbezaan antara genggam fatimah ni dengan kacip fatimah dan akar fatimah.

Ini rupa genggam fatimah selepas direbus. Sebelum direbus, ia tidak kembang macam ni

Saya kenal genggam fatimah ni apabila bidan yang saya dapatkan khidmatnya mempelawa saya untuk cuba air rebusannya. Antara khasiatnya ia melawaskan angin dalam badan, merawat rahem, mengempiskan perut dan melancarkan peredaran darah. Masalah utama saya ialah angin dalam badan sampai perut buncit. Jadi tanpa fikir banyak, terus setuju mencuba sepeket genggam fatimah. Harganya boleh tahan juga kononnya sukar untuk mendapatkan tumbuhan herba ni. Dipercayai tumbuhan ni hidup berhampiran gunung berapi.

Air rebusan genggam fatimah akan semakin berwarna cair setelah beberapa kali direbus  

Dikelilingi Aura Positif

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Hari ni seharian saya di Penang Island. Fuhh, letih! Tapi seronok. Saya ikut colleague di office ke majlis meraikan pencapaian master coordinator dalam biz Shaklee di Equatorial Hotel. Terus terang saya bukan ahli Shaklee, tapi saya datang untuk melihat orang-orang yang telah berjaya supaya dapat menjadi pemangkin untuk saya pun berjaya. Saya mahu jadi seorang yang kaya dan berjaya! Hehehe pinjam ayat Dr.Azizan Osman.

Di sini saya ingin minta maaf sekiranya kehadiran saya tidak disenangi oleh ahli Shaklee kerana saya hanya orang luar. Minta halalkan makan minum dan perkongsian ilmu sepanjang majlis tadi. Sedikit sebanyak menyuntik semangat saya untuk maju. Halalkan ya~

Apa yang saya dapat dalam majlis tadi, kunci kejayaan ialah duplication. Ini dikongsikan oleh president Shaklee Malaysia. Kalau ingin berjaya, kita kena duplicate atau tiru orang yang telah berjaya; cara macam mana mereka berjaya. Namun paling penting, kena bersungguh-sungguh dan jangan bertangguh. Cari push factor supaya kita terus istiqamah untuk berusaha bersungguh-sungguh.

InsyaAllah semoga suatu hari nanti umat Islam akan terus maju dan cemerlang. Umat Islam perlu kaya dan berjaya!

En.Syg mesti suka tengok saya pakai baju ni.. I miss you, Syg

Comfort Zone

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم


Source: Google

Source: Google

1st Anniversary cum SIL engagement day

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Hari ni iols cuti, uols.. Semalam bday Sultan Kedah, so hari ni kilang bagi replacement day lah. Three days weekends la kiter ;-) Esok kje tapi Rabu kena force leave, cost optimization katernyee.. Whatever, Malaysia masih aman. Hehehe :-D

En.Syg dah g kje, so berseoranganlah cuti-cuti begini. See, apalah maknanya cuti kalau takat duk berkurung kat dalam rumah. Bangun tidur, makan, mengadap TV, main internet (tulis entry yang ntahpapentah ni), satgi mandi, solat, makan lagi..ahh repeatable activities. Bosan doh! Lepak-lepak tengok photos dalam phone, ok ada bahan untuk dikongsi~

Dah sebulan lebih ia berlalu, anniversary kami yang pertama lah tu. Kebetulan pula, adik ipar bertunang pada hari yang sama. Takde siapa yang tahu pun, lagi pula kami bukanlah celebrities pada hari kejadian. Cukuplah hanya kami berdua saja yang tahu. Disebabkan bukan celebrities, muka pun comot je. Apa taknya, pakai dah comel dah, tapi masuk dapur tolong masak sampai berminyak muka dengan bau kari kambing. Hahaha :-D

Hari itu, first time saya merasai kemeriahan keluarga mentua. Sepuluh daripada sebelas anak abah dan mak mentua balik meraikan majlis pertunangan adik ipar saya. Campur menantu dan cucu-cucu, MasyaAllah ramai sungguh. Alhamdulillah~


Hari itu juga, saya kenal sisi diri suami yang saya belum pernah lihat. Anak-anak buah suka berdamping dengannya kerana dia suka melayan karenah mereka. Tak kira lelaki atau perempuan, mereka suka dengan Pak Itam :-D Mak Itam ni pun turut tumpang kasih dengan anak-anak buah yang so adorable and freely.


Rindu blogging

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Dah lama dah tak post entry baru, bukan sebab takde cerita tapi tak berkesempatan. Geram dengan contractor TM yang tak mahu datang rumah untuk bikin internal wiring yang baru. Orang nak bagi duit upah pun tak nak..ish~

At the moment saya sedang di office, lunch hour. Tak best naik curi masa menaip di kala ini. Rushing dan segan orang nampak. Ye dak? Huhuhu

Ada beberapa hal nak bercerita, nantilah bila internet di rumah sudah pulih akan saya catatkan perjalanan hidup saya akhir-akhir ni. InsyaAllah~

My A.I:-
- 1st anniversary cum SIL engagement day
- seminar dunia usahawan dr.azizan osman
- friends' wedding
- Shafaq's farewell

up