entah

di mataku terlihat girang bunga api tahun baru cina

namun di hatiku rawan merinduinya

aku senyum dalam tangisan

Crowded


Picture above describe my word. That was happen yesterday when every body rush to get home and going to hometown for the CNY. Owh I made big mistake by choosing this time to meet Ckla. I should find another time I think.. Anyway, it's not a big problem.


Today in the morning I went to Ampang Point drove by Ckla. We went to bookshop, bought 2nd hand book for me to start reading and improve my English. Hee that what I think and I wanted to try.



By the way, I also bought new blouse...two. They will I wear when I start the OJT next month.
LemonGrass was the place we have our lunch. I had nasi lemak pandan and limau ice..huhu. Bolehlah rasanya..


checklist

  1. Bilik sewa - OK, dh confirm..
  2. Transport - Ermm..OK kot
  3. Tilam/Bantal/Selimut
  4. Pakaian
  5. Kasut
  6. Telekung/Sejadah
  7. Toiletries
  8. Stationeries
  9. Make up set - huhuhu
  10. Ape lagi???? Tolong!!

makanan lewat malam

malam ni saya terpaksa tidur lewat sedikit kerana ketika membebel ni saya sedang menikmati burger. sebelum maghrib tadi saya telah minum petang yang buat saya kenyang hingga mlm. sekarang la pulak terasa laparnya. mungkin semasa mengajar adik perempuan saya satu-satunya itu membuat latihan matematik, energy tubuh saya banyak digunakan.. memang mengajar bukan satu tugas yang mudah. apatah lagi bagi saya yang kurang sabar ini.

mulai malam semalam saya telah mendera dia membuat latihan matematik. malam semalam dia tidur pukul 10.30, hari ni lewat hingga pukul 11.30. saya sedar kelemahan penguasaan matematiknya dan dengan sebab itulah saya menderanya demi kebaikan dia kelak. tapi mungkin tindakan saya kini agak terlewat dan bertahan untuk jangka pendek saja kerana kira-kira dua minggu lagi saya pula akan berhijrah ke utara. saya berasa kesal kerana saya tidak dapat mendidiknya lebih lama lagi.

pendapat saya, adik-adik saya perlukan bimbingan dan pengawasan dalam pembelajaran mereka supaya mereka terdorong untuk berjaya dalam akademik. saya mungkin antara mereka yang bernasib baik dianugerahkan Allah dengan sifat bersaing dan inginkan kejayaan. namun sifat itu tidak saya lihat dalam jiwa adik-adik saya. saya tidak memandang rendah terhadap mereka, namun saya sangat kenal adik-adik saya. bagai pahat dengan penukul, diketuk barulah buat kerja. kerana itulah saya agak kesal kerana tidak dapat bersama mereka dengan lebih lama lagi, lebih-lebih lagi adik lelaki saya yang akan menempuh spm tahun ini.

-chemistry-

kamu dan aku berbeza

walaupun di dunia yang sama

kamu dengan caramu

aku dengan caraku

namun kita punyai satu
cinta...
kerana kamu dan aku berbeza
kerana kamu dan aku manusia
manusia yang tidak pernah sempurna
justeru kamu dan aku jatuh cinta
cinta yang buat kita rasa sempurna...

indie.again =]

I enjoy indie music (basically, I love music badly). For the second consecutive year, AJL has acknowledged an indie band. Congratulation to M.U.H for the acknowledgement! I thought Sampai Surga, a song sing by Fizal Tahir could be the winner even though I hope Estrange will bring it on..hee.

-kipas susah mati indie music-

Nobody Is Perfect

"Tuhan tidak berikan apa yang kamu mahukan, tetapi Dia berikan apa yang kamu tak terfikirkan iaitu yang terbaik untukmu".

Dia tak boleh berikan semua yang kita inginkan kerana barangkali permintaan itu akan membawa kepada kemusnahan, bukan saja kepada diri sendiri malah melibatkan dunia keseluruhannya. Seperti manusia yang punyai tanggungjawap, Dia Maha Berkuasa terhadap setiap inci dunia ini. Bayangkan jika semua kehendak dan permintaan seluruh hambaNya dikabulkan, huru-hara bahkan musnahlah bumi yang indah ini.

Si miskin mendambakan kekayaan. Jika keseluruhan hambaNya kaya, sifat tamak lebih bermaharajalela di dalam hati. Tiada yang mempunyai hati yang belas kasihan. Tentulah, mahu belas kasihan kepada siapa jika keseluruhannya sudah kaya? Si miskin itu mungkin sebenarnya lebih bahagia dalam kemiskinannya. Dia Maha Mengetahui..

Peperangan yang berlaku juga mempunyai maksud tersirat bagi yang memikir. Bagi si pemikir yang tidak mengalaminya, dia akan merasakan keindahan keamanan dan kemerdekaan. Dia akan lebih menghargai keamanan yang dikecapinya dan bersyukur padaNya. Segala yang berlaku di muka bumi adalah rahsiaNya untuk manusia berfikir.

Saya suka untuk mengingatkan dan menasihati diri untuk bersyukur atas pemberianNya pada saya. Kekurangan saya itulah kebahagiaan yang Dia berikan pada saya. Walaupun sesekali saya sering frustrated bilakah saya akan berjaya seperti teman-teman lain, tapi belum pernah terlintas Dia sengaja menggagalkan saya dan menyalahkanNya. Sebaliknya, jika itu berlaku adalah salah saya sendiri yang sedikit sekali mendekatkan diri kepada pencipta saya yang selalu menyayangi saya walaupun saya melupainya.

Jika saya menangisi kekurangan saya, tidakkah Dia lebih bersedih kerana saya tidak mensyukuriNya yang mencipta saya di dunia ini? Manusia yang tidak kenang budi!

mY LoVe



Aku ingin

Belayar ke alam bahagia bersamamu

Asal kamu menerima aku apa adanya

Asal kamu selalu mencintai aku

Melengkapi kekuranganku

Kerana kau membuat aku sempurna

BINATANG!

Tadi saya luangkan masa membaca buletin board di rangkaian komuniti,Friendster. Sakit hati saya dan sedih mengenangkan nasib yang menimpa mereka; rakyat Palestin. Saya akui bahawa sebelumnya saya tidak mengambil peduli tentang keganasan yang berlaku. Saya hanya menganggap itu adalah bahagian takdir untuk mereka. Yang berlaku itu adalah lumrah dunia kerana tidak semua manusia di muka bumi Allah ini hidup bahagia aman damai. Inilah dunia..
Hidup, mati..itu semua telah ditentukan Dia. Peperangan mahupun keamanan adalah lumrah dunia. Bagi saya itu biasa saja, dan mungkin kekejaman itu sudah terlalu kerap saya dengar hingga saya tuli dengannya. Hati dan akal saya tidak biasa untuk merasa terbeban dan sedih sedikit pun dengan kisah mereka. Kenalan kerap memanjangkan kisah mereka kepada saya, tidak sekali saya peduli.
Namun, artikel yang barusan saya baca itu sangat menghibakan saya betapa kejinya sifat Zionis. Sudahlah Zionis laknat itu membunuh mereka dengan peluru buta, lalu dilepaskan anjing-anjing lapar untuk menyiat-nyiat daging tubuh si mangsa. Zionis laknat memang berhati binatang.
Zionis laknat itu berpegang teguh dengan pendirian bangsa bukan Yahudi merupakan binatang yang harus dibunuh. Namun tidakkah mereka sendiri adalah binatang yang meminjam tubuh manusia? Tidakkah mereka itulah yang harus dibunuh?

puisi . nan . indah

Mengapa engkau bersedih
Bukankah syurga sudah ada di depanmu
Mengapa engkau menangis
Bukankah sudah cukup masa bayimu

Kau lahir membawa cinta
Cinta kepada Yang Kuasa
Sebagai iman
Dalam mengharungi kerasnya dunia

Ketika kau lahir ke dunia
Kau titiskan air mata
Sebagai tanda bahagia
Atas kurniaNya

Air mata itu
Menjadi rintik hujan
Yang membasahi bumi
Di atas gersangnya taman
Tempat bunga-bunga mewangi

Untuk itulah
Setiap gerimis datang
Aku selalu menyambutnya
Hatiku merasakan bahagia
Saat basah menyegarkan jiwa

Perasaan itu
Sama seperti saat aku melihatmu
Dlama keringnya hati ini
Kau basuh jiwaku
Kau segarkan diriku
Akan masa-masa indah itu

Tapi
Ku tak tahu jalan menujumu
Jalan untuk mengumpulkan rintik hujan
Menjadi satu genangan kalbu
Atas jiwa
Agar tidak beku

Hatiku kalut
Tak berbentuk tak menentu
Manahan rasa ini
Yang merisaukan hatiku

Wahai bunga nan ayu
Mengapa kau diam membisu
Ke mana aku harus mengalirkan air mataku
Sebagai rintik hujan untuk dirimu
Agar segar selalu
Tidak layu ditelan waktu


Cinta Itu..

1) Bekas kekasih saya adalah:
seorang yang romantik tp PENIPU


2) Saya sedang mendengar:
One Step At A Time...there's no need to rush. hehehe


3) Mungkin saya:
akan amik masa agak lama untuk success


4) Saya suka:
air soya


5) Sahabat2 baik saya:
agak ramai juga tapi dah lama xjumpe mereka


6) Saya x paham:
mengapa semua orang nak pandu keta sendiri sorang2 p keje..


7) Saya kehilangan:
passion hidup saya bila terperap di rumah terlalu lama


8) Ramai yg berkata:
saya comel..haha


9) Makna name saya:
saya xpasti.. mungkin CAHAYA KAMI


10) Cinta itu:
indah bila diletakkan di dalam hati yang suci (huhu poyo plak)


11) Di suatu tempat, seseorg sdg:
merindui saya..hoho. saya sedang gila bayang


12) Saya akan cuba:
buat yang terbaik dalam kerja saya dan menggapai semua cita² saya


13) Makna SELAMANYA:
masa yang tiada had


14) Henpon saya:
ada dua..nokia n sony ericsson. tp dua² pun yg cikai punya


15) Bila sy bangun dr tido:
mestilah mengeliat dulu..hahaha


16) Saya paling meluat:
orang yang suka komplen! ape² nk komplen..mcm la bagus sgt!


17) Party adalah:
aktiviti yang menyeronokkan...tapi bila dah lupa diri, xelok la tu


18) Haiwan yg paling cute penah sy jumpe:
anak gajah..hehehe saya suka tengok ia menghayunkan punggung comelnya (opss..lucah ke bunyinye?)


19) Peringkat umur yg paling menyeronokkan:
REMAJA


20) Hari ini:
anak buah saya tido lama hingga 3 jam. selalunya dia tdo xsampai sejam.. comel tgk dia tdo, saya rasa bahagia..


21) Mlm ini saya akan:
tgk citer PUAKA NIYANG RAPIK..


22) Sy betul2 inginkan:
kehidupan yang selesa dan berjaya


23) Bile tgk muka di cermin pagi td:
huh tembam as usual =p

Bahagia vs. Nestapa

Berjumpa 2 hari berturut² buat saya rasa amat gembira dan puas hati. Percintaan jarak jauh ini membuat saya selalu 'terseksa'. Setiap kali berjumpa, hanya untuk 4 5 jam saja. Dah tentulah masih banyak rindu yang tersisa.

Hari pertama selepas berjumpa, berat rasa hati untuk pulang meninggalkan dia. Tambahan memikirkan saya akan berhijrah jauh ke utara. Sesekali bergenang air mata demi memikirkannya. Namun, hari kedua saya pulang dengan lega tanpa rasa ralat di hati.

Pulang ke rumah, diperli abah..hahaha. Tapi bunyinya menggigit perasaan saya. Di dalam bilik, diam² saya mengalirkan air mata. Abah hanya bertindak melindungi dan tak inginkan sesuatu menimpa saya. Saya faham teguran itu..

xcukup sehari

we will meet up today..again. maybe he just feeling hard to let me go far away from him. supposed, he going home today in the morning but he postpone it to tomorrow. i love him..

Finally

Dengan secebis kesabaran dan limpahan kasih sayang-Nya, aku dikurniakan satu langkah yang bakal membawa aku ke jalan yang aku impikan. It’s time for me to show my abilities and what i capable of. Aku mohon agar aku tidak dipalingkan dari jalan ini dan semoga Dia selalu merahmatiku. Aminn..

11 Januari

hari ini sepatutnya saya dan kekasih hati bertemu setelah lebih 6bulan. tapi disebabkan dia tidak sihat, kami menunda pertemuan kami. esok kami berjanji di tempat biasa.

dia di selatan tanahair manakala saya di lembah klang, maka agak terbatas untuk selalu bertemu. namun demikian kami sering berkomunikasi.
p/s ingat, komunikasi itu penting dalam sebuah perhubungan!

saya sayang akan dia malah telah terdetik di hati untuk mempunyai ikatan yang sah dengannya. saya berharap kami berdua akan dikurniakan Allah pekerjaan supaya kami dapat menyimpan dan membuat persediaan.

kami membuat keputusan untuk bertemu kerana selepas ini kebarangkalian untuk bertemu lebih terhad apabila saya mula bekerja di utara. utara-selatan...hurm lagi lah jauh kan!

tarikh hari ini mengingatkan saya pada sebuah lagu. saya suka lagu itu..suka sangat. jom layan


thanks so much to you guyzz

A call
Last two Friday, Jan 2, 2009, I got a call from Ms.Asmah from Silterra regarding to my application to join NCITE programme. It is an OJT/Internship programme, actually. She asked me to come for an interview on Wednesday, Jan 7,2009 at 3pm.

Since I got the call, I have been worried where I could stay at least a night when I reached Kulim. I contacted my friend, Huda but it would be difficult because she lives with her brothers. Then, I called my ex-roommate during my first and second years studied in KUKUM, Muni and she kindly invited me to stay in her house. (Thanks so much, Muni)

On Monday, I got an email from Ms.Asmah after I called to inform that I don't get any email from her since she called me on the last Friday.
Dear Norina
It was pleasant talking to you. As discussed, please take note that the interview will be as follows:
Date : 7 Jan 08 (Wed)
Time : 3 pm
Venue : SilTerra Malaysia Sdn Bhd


My Journey
Tuesday, Jan 6, 2009 at 5.30pm, I took MaraLiner's bus to Kulim and reached at 10.40pm in the night. Right after I reached there, I called Muni to fetch me down at the bus station. I stayed a night in Muni's house. She, actually sharing the house with K.Ely and Aifa, our junior in KUKUM.

The day
The day has come.. I did a practice to attend the interview. I speak in front of a mirror and try to built my confident. I pray to Allah that I can do best in the interview. At 1.30pm, Muni was home to send nasi bungkus for me and went back to her office. (She was very kind to me). She promise to back at 2.20 - 2.30pm to take me to Silterra.
After took the lunch, I performed solat and get ready to the interview. By 2.35pm, Muni cames and take me to Silterra. I was interviewed by Mrs.Norlisa and Mr.Yun. I thinks, we had a smooth conversation and I hope something good will comes.


Visit
In the evening after the interview, I rush to Atif's house. Actually I have a bit unpleasant feeling because I may like someone who selfish. I, rushly get out from Muni's house right after my business done. Ashamed! Fortunately, Muni don't feel that way.
Muni take me to bus station after she finished her work. I took bus from Kulim to Serdang and supposed take another bus to Parit Buntar. Unfortunately, when I reached Serdang, the last bus to Parit Buntar had already gone. By hook or by crook, I had to take a taxi and paid MYR30 for the fare to USM Transkrian.
Atif and her husband fetch me down and take me to their home in Taman Bersatu, Nibong Tebal. I stayed in the house for 2 days. In the last day, which was yesterday, I cooked lunch for them. In the evening, I took a bus to KL and went back home at 11pm.

A.L.A.H.A.I

apabila datang tawaran, ia datang dua tiga serentak hingga saya sendiri bingung untuk memilih. tapi apabila tiada, satu pun tak datang untuk suatu masa yang agak lama. tapi jelas, saya hanya boleh memilih satu antara dua tiga itu. Allah mahu menguji saya..

syukur

saya menemui sinar baru hari ini. walaupun sinar itu masih belum terang-benderang, tapi saya sangat bersyukur pada-Nya kerana Dia masih sayang dan berikan kesempatan untuk saya melihat sinar itu (Internship interview with Silterra)

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yang terbaik untuk diriku. Berikanlah yang hak kepadaku dan semoga Engkau selalu merahmati dan menyayangi aku. Aminn"

salam tahun baru

selamat tahun baru hijrah dan selamat tahun baru masihi untuk semua..!

kalau kebanyakan orang lebih berminat menyambut tahun baru dengan menghadiri party² atau konsert, saya pula lebih selesa habiskan masa bersama keluarga. hari ini saya telah ke air terjun ulu yam untuk mandi-manda di sana.

opss silap..saya tak bawa baju untuk mandi, jadi saya cuma menjadi jurukamera saja. baru je beberapa minggu lepas saya melepaskan gian bermain air, kali ini tak terfikir pun oleh saya untuk turut serta bermandi-manda. cukuplah merendamkan kaki dan menikmati suasana air terjun yang nyaman.

sejak kecil saya memang sukakan air terjun. saya kurang gemarkan pantai kerana airnya masin. kalau sekadar berjalan² di gigi pantai, ok la. namun nak bermandi-manda di situ, saya kurang minat. sebab..sekiranya air yang masin itu masuk ke mulut, ergggh saya kurang selesa. kerana itulah saya lebih sukakan air terjun walaupun ia bising. satu lagi fakta, suasana air terjun tidak menyebabkan anda hitam, sebaliknya kulit anda menjadi cerah apabila lama berendam..betul kan? heeee

up