Bahagia vs. Nestapa

Berjumpa 2 hari berturut² buat saya rasa amat gembira dan puas hati. Percintaan jarak jauh ini membuat saya selalu 'terseksa'. Setiap kali berjumpa, hanya untuk 4 5 jam saja. Dah tentulah masih banyak rindu yang tersisa.

Hari pertama selepas berjumpa, berat rasa hati untuk pulang meninggalkan dia. Tambahan memikirkan saya akan berhijrah jauh ke utara. Sesekali bergenang air mata demi memikirkannya. Namun, hari kedua saya pulang dengan lega tanpa rasa ralat di hati.

Pulang ke rumah, diperli abah..hahaha. Tapi bunyinya menggigit perasaan saya. Di dalam bilik, diam² saya mengalirkan air mata. Abah hanya bertindak melindungi dan tak inginkan sesuatu menimpa saya. Saya faham teguran itu..

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up