Dia tak boleh berikan semua yang kita inginkan kerana barangkali permintaan itu akan membawa kepada kemusnahan, bukan saja kepada diri sendiri malah melibatkan dunia keseluruhannya. Seperti manusia yang punyai tanggungjawap, Dia Maha Berkuasa terhadap setiap inci dunia ini. Bayangkan jika semua kehendak dan permintaan seluruh hambaNya dikabulkan, huru-hara bahkan musnahlah bumi yang indah ini.
Si miskin mendambakan kekayaan. Jika keseluruhan hambaNya kaya, sifat tamak lebih bermaharajalela di dalam hati. Tiada yang mempunyai hati yang belas kasihan. Tentulah, mahu belas kasihan kepada siapa jika keseluruhannya sudah kaya? Si miskin itu mungkin sebenarnya lebih bahagia dalam kemiskinannya. Dia Maha Mengetahui..
Peperangan yang berlaku juga mempunyai maksud tersirat bagi yang memikir. Bagi si pemikir yang tidak mengalaminya, dia akan merasakan keindahan keamanan dan kemerdekaan. Dia akan lebih menghargai keamanan yang dikecapinya dan bersyukur padaNya. Segala yang berlaku di muka bumi adalah rahsiaNya untuk manusia berfikir.
Saya suka untuk mengingatkan dan menasihati diri untuk bersyukur atas pemberianNya pada saya. Kekurangan saya itulah kebahagiaan yang Dia berikan pada saya. Walaupun sesekali saya sering frustrated bilakah saya akan berjaya seperti teman-teman lain, tapi belum pernah terlintas Dia sengaja menggagalkan saya dan menyalahkanNya. Sebaliknya, jika itu berlaku adalah salah saya sendiri yang sedikit sekali mendekatkan diri kepada pencipta saya yang selalu menyayangi saya walaupun saya melupainya.
Jika saya menangisi kekurangan saya, tidakkah Dia lebih bersedih kerana saya tidak mensyukuriNya yang mencipta saya di dunia ini? Manusia yang tidak kenang budi!
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!