makanan lewat malam

malam ni saya terpaksa tidur lewat sedikit kerana ketika membebel ni saya sedang menikmati burger. sebelum maghrib tadi saya telah minum petang yang buat saya kenyang hingga mlm. sekarang la pulak terasa laparnya. mungkin semasa mengajar adik perempuan saya satu-satunya itu membuat latihan matematik, energy tubuh saya banyak digunakan.. memang mengajar bukan satu tugas yang mudah. apatah lagi bagi saya yang kurang sabar ini.

mulai malam semalam saya telah mendera dia membuat latihan matematik. malam semalam dia tidur pukul 10.30, hari ni lewat hingga pukul 11.30. saya sedar kelemahan penguasaan matematiknya dan dengan sebab itulah saya menderanya demi kebaikan dia kelak. tapi mungkin tindakan saya kini agak terlewat dan bertahan untuk jangka pendek saja kerana kira-kira dua minggu lagi saya pula akan berhijrah ke utara. saya berasa kesal kerana saya tidak dapat mendidiknya lebih lama lagi.

pendapat saya, adik-adik saya perlukan bimbingan dan pengawasan dalam pembelajaran mereka supaya mereka terdorong untuk berjaya dalam akademik. saya mungkin antara mereka yang bernasib baik dianugerahkan Allah dengan sifat bersaing dan inginkan kejayaan. namun sifat itu tidak saya lihat dalam jiwa adik-adik saya. saya tidak memandang rendah terhadap mereka, namun saya sangat kenal adik-adik saya. bagai pahat dengan penukul, diketuk barulah buat kerja. kerana itulah saya agak kesal kerana tidak dapat bersama mereka dengan lebih lama lagi, lebih-lebih lagi adik lelaki saya yang akan menempuh spm tahun ini.

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up